HUBLOT PERKENAL BIG BANG UNICO GOLF BAHARU
Pembuat jam tangan Switzerland itu berganding bahu dengan Pemain Golf #1 dunia Dustin Johnson bagi memperkenalkan jam tangan khusus untuk sukan ketepatan terunggul – golf. Hublot telah mencipta, membangun, mengeluarkan dan memasang modul bagi melengkapi gerakan UNICO baharunya, yang dicipta khas untuk golf. Gerakan HUB1580 membolehkan pemain golf menghitung mata mereka dengan lancar semasa di padang golf. Jam tangan golf mekanikal Hublot menampilkan paparan apertur dan bersifat ultra ringan, memberikan prestasi sukan yang sebenar.

Dustin umum dianggap sebagai satu fenomena dalam dunia golf. Gaya dan kebolehan beliau telah merevolusikan sejauh mana permainan tersebut ditanggapi dan beliau menjadi peneraju bagi era baharu sukan tersebut. Kedua-duanya berkongsi visi dan gaya yang pastinya berkesan, jika bukan benar-benar ortodoks. Dustin dan Hublot, golf dan pembuatan jam – kedua-duanya adalah mengenai ketepatan, masa dan kesempurnaan. Kedua-duanya bersama-sama berbangga untuk memperkenalkan Big Bang Unico Golf. Jam tangan golf semua-dalam-satu yang sebenar.

“Big Bang Unico Golf memiliki reka bentuk kontemporari dan mudah digunakan. Ia mempunyai paparan digital dan amat ringan – kurang daripada 100 gram pada pergelangan tangan. Ia memiliki segala-galanya yang saya inginkan daripada jam tangan golf dan merupakan padanan sempurna.”
Muka jam Big Bang Unico Golf diukir daripada Texalium®, satu bahan yang inovatif, eksklusif untuk Hublot, yang merupakan gabungan antara gentian karbon dengan aluminium. Komposit unik ini memberikan ciri ringan kepada jam tangan. Berat jam tangan tersebut persis 97.93 gram!

Big Bang Unico Golf mempunyai rupa kronograf dan diilhamkan sebagai kronograf. Gerakannya menampilkan sesondol berbentuk hati kembali-kepada-sifar yang memastikan mekanisme mengira adalah mantap dan andal.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 26 Oktober 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Lihatkan tujuh sorotan jam tangan baharu yang menjadi tumpuan horologi bulan September.
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS
Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH
Gaya edgy, bezel rustic, dan keterbolehbacaan tinggi hanyalah sebahagian daripada ciri menonjol Luminox Adventure Watch 1300 Series.
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA
Haaland terus membuktikan bahawa koleksi jam tangannya sama hebat dengan prestasinya di atas padang.










