G-Factory Premium – pertama di Malaysia!
Jun 2016
WARGA SELATAN TANAH AIR KINI MAMPU MEMILIKI KOLEKSI JAM TANGAN CASIO DAN RANGKAIANNYA DI BUTIK JAM G-FACTORY PREMIUM PERTAMA DI MALAYSIA DAN KETIGA DI DUNIA YANG TERLETAK DI KOMTAR JBCC JOHOR BAHRU
oleh Ryan Mohamad

(Dari kiri) Hunny Madu, JC Chee, En. Hiroyuki Sezai, Eric Lim (Marco Corporations) dan Deborah Henry
G-Factory Premium menjanjikan koleksi jam tangan di bawah jenama itu dengan kehadiran berbagai rangkaian. Perasmian butik turut dihadiri DJ dan pengacara terkenal Hunny Madu dan pelakon Ola Bola, JC Chee. Ratu cantik Malaysia, Deborah Henry bertindak selaku pengacara majlis itu. Ruang legar JBCC di banjiri pemilik pusat membeli-belah itu selain orang kuat Valiram Group, para klien, penaja dan tetamu jemputan.
Butik G-Factory Premium, Lot G39, Ground Floor, Komtar Johor Bahru City Centre, Johor Bahru, 80000 Johor.
5 MINIT EKSKLUSIF BERSAMA
HIROYUKI SEZAI, PENGARAH URUSAN CASIO MALAYSIA
Tentang keadaan pasaran jam tangan di Malaysia?
Selepas implementasi GST oleh kerajaaan tahun lalu, penjualan sedikit merundum namun ia kembali stabil dan meningkat penjualannya awal tahun ini.
Mengapa Johor Bahru?
Kami cuba menakluk semua bandar- bandar besar di Malaysia seperti Johor Bahru, Kuala Lumpur, Ipoh, Kota Kinabalu dan sebagainya. Di Malaysia sahaja sudah punyai 15 butik G-Factory. Tapi untuk G-Factory Premium inilah yang pertama di Malaysia.
Tentang G-Factory Premium?
Butik ini tidak terlalu besar. Mungkin kerana susun atur dan pencahayaan menampakkannya luas. Di kiri butik menempatkan rangkaian G-Shock Baby G manakala di bahagian kanan koleksi premium.
Koleksi Casio yang menjadi highlight tahun ini?
Untuk rangkaian Premium saya boleh katakan koleksi G-Shock MR-G. Satu lagi ialah G-Shock yang disalut emas 18 karat. Walaupun ia bukan untuk dijual, namun koleksi popular ini dibuat begitu untuk menyuntik sesuatu yang mengujakan bagi penggemarnya.
Pergerakan jam tangan Casio?
Ia adalah Casio Movement. Pergerakan yang dicipta sendiri jenama ini di kilang kami.

Sekitar pelancaran G-Factory Premium di Johor Bahru

G-FACTORY Premium Store menawarkan koleksi premium daripada Casio, seperti rangkaian elit Oceanus yang eksklusif.

Casio Malaysia dengan bangganya memperkenalkan G-SHOCK MRG-G1000DC serba baru, model jam tangan terkini daripada siri MR-G

Satu-satunya jam tangan Gold G-Shock Concept Model ikonik yang bertatahkan emas 15 karat
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RADO TRUE SQUARE SKELETON: MEKANIKAL KOMPLEKS DALAM BINGKAI SERAMIK
Rado memperkenalkan True Square Skeleton dengan rekaan seramik hitam, pergerakan skeleton R808 dan berlian baguette.
5 DUTA JAM TANGAN TERKINI DARI KOREA SELATAN
Korea Selatan turut menguasai dunia jam tangan sebagai duta jenama dan menjadi bukti impak mereka kepada dunia.
GL PICKS: 9 JAM TANGAN LELAKI PALING ‘ON-TOP’ TAHUN INI
Sembilan jam tangan lelaki paling ‘on-top’ tahun ini. Gabungan gaya dan ketepatan masa untuk lelaki moden yang tahu nilai setiap detik.
BR-X3 NIGHT VISION DARI BELL & ROSS: KECANGGIHAN DI WAKTU MALAM
Evolusi baharu dalam dunia horologi, BR-X3 Night Vision menggabungkan reka bentuk avant-garde dengan ketepatan teknikal bertaraf profesional.
BELL & ROSS X RAFALE: KOLABORASI BERPRESTIJ
Bell & Ross memperkenalkan BR-03 Rafale Solo Display Chronograph edisi terhad, meraikan ketepatan, prestasi dan dunia aeronautik
PESONA BAHARU: TUDOR ROYAL BIRU MENGGODA PANDANGAN
TUDOR Royal Biru tampil dengan pesona baharu yang memikat menggabungkan keanggunan klasik dan sentuhan moden untuk gaya maskulin.










