Skip to content

KEMEWAHAN PERINCIAN TAHUN LUNAR 2020

Kongsikan artikel ini

Tahun Baru Cina 2020 selang dua minggu saja lagi. Tidak hanya menandakan permulaan dekad baru, ia juga merupakan permulaan kitaran 12 tahun baru zodiak Cin yang bermula dengan tikus. Demikian, haiwan daripada keluarga rodensia dan mamalia ini dipaparkan terperinci laksana rumah arloji mewah terkemuka dunia. Di antaranya adalah Panerai, Vacheron Constantin, Piaget, Chopard dan Blancpain. Terkenal dengan karakternya yang cergas, bijak dan kesederhanaan, figura tikus diperlihatkan pada setiap jam tangan edisi terhad ini. Seni warisan ketukangan arloji berbalas kearifan teknik artistik para artisan membaluti setiap sisi susuk rekaan karya nan unggul ini.

2 of 5

Métiers d’Art The Legend Of The Chinese Zodiac Edisi Terhad Tahun Tikus, 40 mm Citra Vacheron Constantin

Menggabungkan kecemerlangan teknikal Kaliber 2460 G4, karya unggul ini ditawarkan dalam dua rona yakni biru dan gangsa. Terhad kepada 12 utas setiap satu, arloji ini memadukan seni kraf tangan tradisional Cina dan Swiss. Seni guntingan kertas tradisional Cina Jian Zhi dilapisi dengan enamel Grand Feu yang mana merupakan teknik kemasan warisan Swiss yang terkenal. Bertujuan untuk menyerlahkan lagi efek ukiran tikus agar tampil kontras.

2 of 5

By zuhairiesahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Franck Muller Malaysia

TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU

Bacaan Lanjut
must watch April 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
omega apollo 8

MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER

Bacaan Lanjut

FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Bacaan Lanjut
Awal Ashaari Scha Alyahya

FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
blancpain x swatch

BLANCPAIN X SWATCH: JAM TANGAN BIOCERAMIC SCUBA FIFTY FATHOMS MENEMUI LAUT KEENAM, OCEAN OF STORMS

Bacaan Lanjut