Skip to content

KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MILIK G-DRAGON

KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH MILIK G-DRAGON

Kongsikan artikel ini

Koleksi jam tangan mewah milik G-Dragon merupakan salah satu koleksi yang membuatkan peminat fesyen cukup rasa ingin tahu. 

Ikon fesyen dan King of K-Pop, G-Dragon sudah lama mempunyai minat dalam mengumpul dan memakai jam tangan mewah. Minatnya terhadap mengumpul jam tangan mewah bukanlah perkara yang mengejutkan, lebih-lebih lagi dengan minatnya terhadap fesyen dan barangan mewah. Setiap jam tangan mewah milik G-Dragon dipakai bersama pakaiannya yang padan, menjadikan penampilannya cukup sempurna.

#1 JACOB & CO. Boutique Watch

jam tangan mewah g-dragon

Ketika ke Hong Kong untuk acara CHANEL Cruise 2024/2025, G-Dragon kelihatan memakai jam tangan JACOB & CO. Boutique Watch di lapangan terbang. Ini merupakan salah satu kemuncak dalam koleksi jam tangan G-Dragon. Dengan nilai lebih kurang RM1.01 juta, jam tangan tersebut dihiasi dengan pelbagai berlian, jug amelengkapi penampilan G-Dragon yang dipenuhi CHANEL itu.

#2 Jacob & CO. X PEACEMINUSONE

jam tangan mewah g-dragon

Sebagai ikon fesyen dan peminat jam tangan mewah, kolaborasi antara jenama G-Dragon, PEACEMINUSONE bersama Jacob & CO. bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Jam tangan yang unik dan eksklusif ini menonjolkan inovatif jenama tersebut dalam menghasilkan jam tangan mewah, ditambah sentuhan peribadi G-Dragon. Kerjasama ini telah diperkenalkan sempena pelancaran butik pertama Jacob & Co. di Seoul, Korea Selatan.

#3 Richard Mille RM52-01

jam tangan mewah g-dragon

Minat G-Dragon terhadap item fesyen ini bukanlah baru. Pada tahun 2016, G-Dragon kelihatan mengenakan jam tangan Richard Mille RM52-01 seramik putih bersama reka bentuk tengkorak merah di SBS Gayo Daejeon, Seoul. Jam tangan yang bernilai hampir RM4.9 juta ini sangat terhad dengan enam unit sahaja. G-Dragon menjadi salah seorang yang memiliki jam tangan ini membuktikan kehebatannya dalam dunia fesyen.

#4 Richard Mille RM035

jam tangan mewah g-dragon

Ketika persembahan terakhir konsert jelajah dunia 0to10 pada tahun 2016 di Jepun, G-Dragon kelihatan memakai jam tangan Richard Mille RM035 Baby Nadal di atas pentas. Sentuhan kemewahan dilihat melalui rona hitam jam tangan tersebut. Jam tangan ini bernilai hampir RM1.1 juta.

#5 Rolex Day-Date 36

jam tangan mewah g-dragon

 

 

 

 

Pada awal kariernya, G-Dragon juga banyak kelihatan memakai jam tangan Rolex. Rolex Day-Date 36 dan Rolex Day-Date 40 adalah antara yang menjadi pilihannya. Rona emas dan rose gold merupakan antara rona kesukaannya, penuh dengan kemewahan. Dengan harga lebih kurang RM183,000 ke RM 186,000, Rolex menjadi pilihan harian G-Dragon sejak dahulu lagi.

Pautan Berkaitan: 5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7 BUAT ANDA TERGAMAM

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BATALION HOROLOGI BAHARU MONTBLANC 2025

Bacaan Lanjut

BELL & ROSS : MAHAKARYA SKELETONIZATION

Bacaan Lanjut
G-DRAGON BAKAL GEGARKAN PENTAS AXIATA ARENA BUKIT JALIL

G-DRAGON BAKAL GEGARKAN PENTAS AXIATA ARENA BUKIT JALIL

Bacaan Lanjut
10 LAGU BARU DILANCARKAN MENJADI PILIHAN GLAM LELAKI

10 LAGU BARU DILANCARKAN MENJADI PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
TIRU GAYA RAMBUT BARU IKONIK IDOLA K-POP

TIRU GAYA RAMBUT BARU IKONIK IDOLA K-POP

Bacaan Lanjut
G-DRAGON BAKAL GEGARKAN PENTAS AXIATA ARENA BUKIT JALIL

G-DRAGON KEMBALI BERAKSI DI PENTAS KONSERT JELAJAH DUNIA

Bacaan Lanjut