Skip to content

LESTARI STAIL KRONOGRAF VINTAJ WILLIAM L.1985

Kongsikan artikel ini

Perkenalkan jenama jam tangan mewah terbaru di pasaran! Persona jam tangan William L. 1985 menerusi elemen demokratiknya, memecah tradisi biasa dengan mempersembahkan rangkaian jam tangan menawan, mampu milik dan berkualiti. Mengambil inpirasi dari kronograf vintaj Swiss 50-an yang ikonik, dan pada masa yang sama dimodenkan dengan perhatian kepada perincian.

Diasaskan oleh Guillaume Laidet, seorang peminat tegar dan pereka jam tangan yang memulakan jenamanya sendiri, menawarkan koleksi bermakna yang diwarisi sepenuh dari keluarganya yang berabad lamanya. Selama hampir setahun dalam industri pembuatan jam tangan Swiss, Guillaume hadir dengan visi membangunkan jam tangan berkronograf vintaj kepada yang lebih segar dan moden, di mana setiap satu dibuat di Paris dan dikilangkan di Shenzhen.

Bagi merealisasikan impian dan citanya, berkongsi falsafah bagi menghadirkan jenama jam tangan yang kekal untuk diingati dek persona dan perinciannya.

Antara yang menyerlah dari jenama unggul ini adalah 3 variasi jam tangan William L. 1985  yang boleh anda pilih dan cuba hari ini.

3 of 3

VINTAGE STYLE CALENDAR

Keluli tahan karat 40mm dengn tiga kaunter kalender ini adalah gabungan sempurna antara fungsi berguna dan gaya era 50-an. Subdial pada jam 3 menunjukkan hari bekerja, subdial pada jam 6 menunjukkan tarikh dan sudbial pada jam 9 menunjukkan waktu dalam format 24 jam. Angka-angka digunakan dan anda akan menemui jarum tangan Dauphin dengan Super-Luminova®. kubah mineral glace yang tahan kasar dengan salutan anti-relektif.

3 of 3

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Franck Muller Malaysia

TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU

Bacaan Lanjut
must watch April 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
omega apollo 8

MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER

Bacaan Lanjut

FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Bacaan Lanjut
Awal Ashaari Scha Alyahya

FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
blancpain x swatch

BLANCPAIN X SWATCH: JAM TANGAN BIOCERAMIC SCUBA FIFTY FATHOMS MENEMUI LAUT KEENAM, OCEAN OF STORMS

Bacaan Lanjut