Pemelihara Masa Depan Rolex
Terinspirasi oleh lima pemenang Anugerah Rolex 2021 untuk Perusahaan. Ketahui bagaimana pemelihara masa depan Rolex ini menangani beberapa cabaran sukar dengan perkenalan projek serta idea-idea bernas.
Anugerah Rolex dipersembahkan buat julung kali pada 45 tahun yang lalu, bertujuan untuk meraikan ulang tahun ke-50 jam tangan kalis air pertama di dunia; yakni barisan arloji Oyster. Menerusi agenda ini, rumah arloji ini bertekad untuk menyokong usaha individu luar biasa yang berpunya projek inovatif. Sekali gus, mereka berjuang untuk memperluaskan pengetahuan umum mengenai kelestarian Alam; dari melindungi alam sekitar beralih membantu memelihara habitat serta spesies juga meningkatkan kesejahteraan sejagat.

Bagi penjelajah kutub dan Rolex Testimonee Alain Hubert, ekspedisi melintasi ais adalah satu pengalaman mistik
Antara inisiatif yang disokong Rolex kala ini merangkumi program Mission Blue Sylvia Earle yang bertujuan untuk memelihara lautan. Selain, mempertingkatkan pertalian bersama National Geographic, yakni merupakan rakan Rolex sejak 1954, untuk memahami perubahan iklim melalui sains.
Membimbing kita untuk ke arah masa depan juga untuk memahami kelestarian alam, projek-projek pemelihara masa depan merangkap pemenang Anugerah Rolex 2021 untuk Perusahaan, adalah memerangi kekurangan nutrisi makanan di Tanzania dan projek perlindungan biodiversiti yang kaya di Trans-Himalaya. Selain itu, meneroka terumbu karang di laut dalam Lautan Hindi dan merungkaikan petunjuk perubahan iklim di gua terhujung Kutub Utara. Terakhir sekali, memanfaatkan pengetahuan pribumi bagi memetakan sumber alam untuk mencegah konflik iklim di Chad.

Felix Brooks-church memerangi kekurangan nutrisi makanan di Tanzania.
Felix Brooks-church, Tanzania
Pola pemakanan dan nutrisi yang buruk menyumbang kepada 15,000 kematian kanak-kanak setiap hari di seluruh dunia. Pengusaha sosial Amerika Felix Brooks-church berpunya jawapan dengan mengemukakan sistem atau pek makanan seimbang untuk memastikan setiap makanan yang dimakan oleh masyarakat yang kurang mampu; terutamanya ibu dan bayi mengandungi semua nutrien asas lagi penting. Projeknya membawa kehidupan dan harapan baru buat anak-anak di Tanzania.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Lihatkan tujuh sorotan jam tangan baharu yang menjadi tumpuan horologi bulan September.
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS
Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.
DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH
Gaya edgy, bezel rustic, dan keterbolehbacaan tinggi hanyalah sebahagian daripada ciri menonjol Luminox Adventure Watch 1300 Series.
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA
Haaland terus membuktikan bahawa koleksi jam tangannya sama hebat dengan prestasinya di atas padang.











