Skip to content

PENGALAMAN HOROLOGI BELL & ROSS TERBAHARU DI THE EXCHANGE TRX

Kongsikan artikel ini

Bell & Ross meneruskan keunggulan pengembaraan horologi di Malaysia dengan pembukaan butik jam tangan terbaharu yang terletak di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.

Jenama jam tangan yang terkenal dengan reka bentuk yang eksprimental dan seni pembuatan Swiss penuh warisan, Bell & Ross meneruskan langkahan ke hadapan untuk penguasaan horologi di Malaysia. Berlokasi di pusat beli-belah The Exchange TRX, Bell & Ross melancarkan butik baharu yang terletak di pusat kewangan antarabangsa Kuala Lumpur. Sebelum ini, butik mereka terletak di destinasi strategik seperti Pavilion KL, The Gardens Mall, Mid valley, 1 Utama, Pavilion Bukit Jalil dan juga Pavilion Damansara Heights.

bell & ross Malaysia

Dari kepesatan metropolitan Kuala Lumpur kepada kawasan kepelbagaian di Damansara, jam tangan buatan Switzerland bersedia untuk memberikan pengalaman horologi yang terbaik kepada peminat dari pelbagai latar belakang. Ini merupakan komitmen mereka untuk menghasilkan jam tangan yang berkualiti dalam menggabungkan ketepatan dan gaya. Desain untuk melengkapi gaya hidup profesional dalam situasi ekstrim dan kontemporari.

Fungsi Bertemu Desain Jam Tangan

Tunjang utama kepada Bell & Ross adalah dedikasi mereka kepada fungsi jam tangan yang tidak akan menggadaikan reka bentuk. Dihasilkan untuk melengkapi kehidupan golongan profesional serta menceduk inspirasi daripada kejuruteraan penerbangan dan instrumen ketenteraan. Mereka berazam untuk terus mencabar sempadan ekstrim dari segi desain dan rangkaian fungsi yang diperlukan oleh setiap profesional. Hari ini, ia digunakan oleh angkasawan, juruterbang dan penyelam sebagai alat untuk melengkapkan setiap misi mereka.

the exchange trx

Falsafah ini diterjemahkan melalui desain ‘Circle in a square’ yang ikonik. Ia diinspirasikan daripada peralatan dan instrumen dalam kapal terbang. Estetika ini bukan hnaya mewakili dedikasi mereka kepada kombinasi ketepatan masa dan stail, tetapi juga memberikan penghargaan kepada individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Jam tangan Swiss ini dihasilkan untuk mereka yang yakin pada diri sendiri, dengan menghargai nilai impak pada desain klasik dan kepentingan praktikal.

Reka Bentuk & Inspirasi Butik

Butik terbaru di The Exchange TRX merefleksikan tutur desain yang tersendiri dan identiti jenama yang menjadi signature kepada Bell & Ross. Ia mengangkat perhubungan natara bentuk dan fungsi, seni dekorasi butik ini membiaskan falsafah jenama, dalam mengambil inspirasi daripada struktur fuselage pada kapal terbang. Hiasan dalam pula memberikan sentuhan natural yang sofistikated serta perincian kayu-kayan.

bell & ross kl

Melihat pada setiap sudut butik, pengunjung akan melihat kepelbagaian material yang digunakan pada dekorasi dan unit paparan. Desain ini menitik beratkan kepada komitmen janema pada ketepatan waktu, gaya dan ketahanan. Lantas, ia menwujudkan satu persekitaran yang sempurna melantangkan semnagat Bell & Ross. Pengunjung dapat mengeksplorasikan dunia horologi jenama serta merasai Bahasa reka bentuk yang menjadikan signature kepada jenama dari Paris, Perancis ini.

Ruang utama dalam butik ini diciptakan dengan fokus kepada tekstur mineral, yang menerbitkan suasana yang menggabungkan sisi sofistikated dan fungsi yang berhubung. Pilihan desain ini menampilkan kombinasi antara marmar hitam, yang menjadi pilhan sebagai wakilan warna yang sinonim dengan jenama ini.

Pada bahagian tengah butik ini pula menampilkan konsol monolitik yang menjadi tarikan utama. Ia menjadi pusat totem kepada dunia Bell & Ross. Paparan ini mempersembahkan produk-produk yang menjadi simbol kepada jenama, dalam memberikan pengunjung untuk menyelami diri mereka dengan lebih mendalam lagi. Inspirasi diceduk daripada falsafah “functionality in substance, timeless style in form,” yang memperlihatkan seni dekorasi dalaman yang memberikan perhatian pada setiap perincian fungsi dan gaya.

Di Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur

trx

Malaysia terus mengukuhkan status sebagai pusat utama buat Bell & Ross. Dan portfolio terbaharu di The Exchange TRX ini membuktikan semangat perhubungan antara jenama dan peminat di Malaysia. Setiap butik membawakan sisi signature pada desain dan identiti jenama. Lantas memberikan persekitaran yang mengujakan kepada pengunjung untuk melihat seleksi jam tangan yang disediakan di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki)

Untuk melihat seleksi jam tangan Bell & Ross yang terkini, layari laman rasmi mereka di sini. 

 

Baca lebih lanjut: 10 JAM TANGAN MEWAH & TERBAIK SETAKAT INI

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7

5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7 BUAT ANDA TERGAMAM

Bacaan Lanjut
Descente

DESCENTE ENERZITE FLUID WIRE 2.0, KASUT LARIAN YANG STABIL DAN SELESA

Bacaan Lanjut
Descente TRX

DESCENTE BUKA STOR PERTAMA DI ASIA TENGGARA DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut
Salomon Malaysia

SALOMON BUKA STOR PERTAMA MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut

10 JENAMA WANGIAN YANG ANDA PERLU TAHU DI TROVE

Bacaan Lanjut

KETAHUI WANGIAN KEGEMARAN BINTANG THAILAND, MILE PHAKPHUM

Bacaan Lanjut