Richard Mille RM 43-01 Ferrari 2025: Jam Tangan Paling Mewah Kolaborasi Supercar & Teknologi Swiss
Legasi minat seumur hidup yang diolah menjadi simbol prestasi.
RM 43-01 Tourbillon Split-Seconds Chronograph Ferrari adalah hasil gabungan dua nama gergasi antara Richard Mille dan Ferrari. Richard Mille dan Ferrari berkongsi obsesi terhadap prestasi dan inovasi yang sama. Selepas kejayaan RM UP-01 pada 2022, edisi kedua ini tampil lebih berani dengan komplikasi horologi yang kompleks serta sentuhan rekaan automotif yang lahir dari semangat Maranello. Hasilnya, sebuah jam tangan mewah berteknologi tinggi yang sarat dengan DNA Ferrari, secara tak langsung memberi penghormatan kepada sejarah gemilang ‘Prancing Horse’ melalui reka bentuknya.
RM 43-01
RM 43-01 ditawarkan dalam dua edisi terhad yang berbeza, 75 unit dalam titanium gred 5 yang dibalut dengan sisi Carbon TPT®, dan 75 unit lagi dalam binaan penuh Carbon TPT®. Dua versi ini mencerminkan dua personaliti berbeza. Pemandu bergaya yang berkelas dan pelumba yang dipacu adrenalin. Ferrari Centro Stile memainkan peranan penting dalam proses rekaan, menghasilkan butiran halus seperti bentuk crown, tali jam, dan plat titanium berlogo Prancing Horse. Rekaan dail terbuka jam ini diilhamkan daripada papan pemuka Ferrari, dengan butiran seperti rangka bersudut, permukaan berlapis, dan skru emas yang menyerupai komponen enjin Ferrari yang kompleks.
Di sebalik reka bentuk luarannya yang dramatik, tersembunyi sebuah pergerakan mekanikal yang mengambil masa tiga tahun untuk direka dari awal. Mekanikal ini direka bersama Audemars Piguet Le Locle. Kaliber RM43-01 dibina berasaskan plat asas titanium gred 5 skeleton sepenuhnya, diperkukuh dengan “rangka” kecil daripada titanium dan Carbon TPT®. Jam ini mempunyai rizab kuasa selama 70 jam dan dilengkapi dengan ciri-ciri inovatif seperti tourbillon yang terletak di bahagian tepi, penunjuk kekuatan putaran (tork), dan paparan saat yang bergerak menggunakan bilah berputar. Mekanisme kronograf split-seconds ini turut dioptimumkan untuk kecekapan tenaga dan ketahanan melalui simulasi canggih dan reka bentuk komponen berprestasi tinggi.
Jam tangan RM 43-01 ini merupakan satu penghormatan penuh kepada legasi Ferrari dan semangat Richard Mille yang tidak pernah berkompromi dalam mendorong batas dunia horologi. Setiap garisan, bahan dan mekanisme direka dengan fokus dan dedikasi sepenuhnya bagi menghasilkan jam tangan yang bukan sekadar mencatat masa, tetapi melambangkan semangat masa yang bergerak pantas tanpa henti.
Artikel berkaitan:JAM TANGAN CHOPARD TERBARU: KOLEKSI EKSKLUSIF DI WATCHES & WONDERS 2025
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI
Sambutan Hari Raya tidak lengkap tanpa persiapan rapi, termasuk dari segi fesyen, penampilan, dan keperluan asas seorang lelaki.
JAM TANGAN MEWAH MELEWATI OSCAR 2025
Pada Anugerah Akademi ke-97, bukan sahaja fesyen pakaian yang menjadi tumpuan, tetapi juga aksesori mewah seperti jam tangan.
SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 G-SHOCK BERSAMA 88RISING
Sempena ulang tahun ke-40 G-SHOCK yang bersejarah, jenama ini singgah ke Kuala Lumpur dalam meneruskan jelajah pop-up di seluruh Asia Tenggara yang bertemakan "Rooted in Toughness" bersama 88rising.
SPICE UP PENAMPILAN ANDA DENGAN AKSESORI INI
Mahu berikan nafas baru pada penampilan harian anda? Tidak perlu berbelanja besar pun! Anda cuma perlukan beberapa aksesori ini.
RESPONS CASIO & RENAULT TERHADAP LAGU ‘BALAS DENDAM’ SHAKIRA
Lagu baharu Shakira, Bzrp Music Session #53 trending di media sosial sejak dilancarkan pada Rabu lalu.
GERARD PIQUE BIDAS LIRIK LAGU SHAKIRA, BZRP MUSIC SESSIONS #53
Hampir setahun berpisah, Shakira melancarkan lagu terbaharu sebagai tindakan balas dendam terhadap kecurangan Gerard Pique.