Satu Butik, Pampangan Semesta Rolex
Mengambil lokasi di The Starhill, Cortina Watch membuka semula gerbang butik Rolex lantas menjadikannya butik pertama dengan konstruksi fasad menentangi hamparan peruncitan mewah paling ikonik ibu kota.
Merupakan salah satu rantau metropolitan yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara, Cortina Watch dan Rolex merasmikan pembukaan semula ruang butiknya yang tampil berwajah baharu di Starhill Gallery. Butik seluas 134 meter persegi ini menawarkan perkhidmatan serta kepakaran profesional dalam suasana serba elegan. Lantas, membiaskan rasa harmoni yang memeluk kehangatan cahaya lembut, keramahan serta keintiman nadi jenama unggul arloji ini.
Mengambil lokasi di Bukit Bintang, butik ini terletak di tengah-tengah hamparan peruncitan mewah paling ikonik di ibu kota. Tambahan pula, dikelilingi medan membeli-belah yang terkenal juga berpunya kemudahan dalam menelusuri lintasan serta laluan dengan penuh keselesaan. Butik Rolex ini menduduki aras bawah atau ground floor, Starhill Gallery; atau dengan profil mewah barunya The Starhill setelah menjalani proses renovasi dan transformasi. The Starhill nan ikonik dikenali kerana berpunya konsep fasad bangunan yang menampilkan deretan butik-butik mewah berhadapan jalan utama di Bukit Bintang. Langsung, menghasilkan hubungan visual yang memesonakan lalu merayakan hubungannya dengan ibu kota.
“Hubungan Cortina Watch dengan Rolex bermula pada tahun 2002 apabila kami melancarkan butik Rolex pertama bersama-sama di Malaysia, di The Starhill. Dua dekad sudah berlalu pergi, dan kini, dengan adanya butik yang telah diperbaharui; kami berhasrat untuk mengagungkan pengalaman buat pelanggan kami pada tahap yang lebih tinggi dari sebelumnya. Ia sentiasa menjadi komitmen kami untuk mempersembahkan pengalaman serba mewah yang terbaik melalui perkongsian hebat serta butik baharu ini. Kami amat berbesar hati bagi memulakan pengembangan ini bersama Rolex disamping menciptakan kejayaan pada masa hadapan,” kata Tay Liam Khoon, Pengarah Urusan Cortina Watch Sdn Bhd.
Setiap elemen rekaan dalaman menampilkan estetika Rolex yang elegan dan memancarkan nilai keunggulan mahkotanya yang simbolik. Kecemerlangan, ketepatan dan perhatian terhadap perincian terhasil daripada kalibrasi teliti dari warna dan corak buat pemilihan perabot serta dekorasi. Sumber kehangatan cahaya yang harmoni tampil menyerlahkan keindahan barisan pilihan arloji Rolex, dipaparkan dalam kotak pameran yang berlapis kulit rona kuning air dan trim bingkai berkemasan gangsa.
Dinding aksen aqua zamrud yang menyambut kedatangan tetamu menyerlahkan warisan Rolex yang diperkaya dengan motif gelombang. Lantas, ia merujuk kepada himpunan Oyster yang ikonik merangkap jam tangan kalis air pertama di dunia. Warna hijau pekat ini turut terlihat pada dinding di sekitar ruangan butik, mencipta aksen yang harmoni lagi menyegarkan lirikan pandangan. Dindingnya bercampur tekstur daripada kayu coklat walnut kepada kerikil berwarna kuning air; serta panel stuko buatan tangan adalah referensi buat corak bezel bergalur jam tangan Oyster.
Pautan berkaitan: PEMANGSA NAN PERKASA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOLEKSI ARLOJI BRAD PITT YANG MEWAH & SOFISTIKATED
Selain masyhur dengan wajah tampan dan bakat lakonan, Brad Pitt juga terkenal dengan cita rasa halusnya pada jam tangan mewah.
KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM
Jenama jam tangan mewah OMEGA memperkenalkan kempen media sosial terbaru untuk produk mereka, Speedmaster 38mm.
KEMBARA KECERGASAN LUMINOX BERSAMA GL GANG, IYZDHAM ANGKIMHWA
Luminox meraikan ulang tahun ke-35 dengan memperkenalkan tiga jam tangan Luminox 35th Anniversary Heritage Collection yang penuh legasi dan fungsi kecergasan terbaik.
TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU
Jenama horologi Switzerland, Franck Muller memperkenalkan jam tangan Franck Muller Long Island Evolution dengan tiga model yang eksklusif di rantau Asia Pasifik.
MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER
OMEGA terus mengorbitkan misi Apollo 8 yang ikonik dengan memperkenalkan jam tangan Dark Side of the Moon terbaharu dalam misi horologi ke langit angkasa.
FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL
Baru-baru ini, TMJ telah dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor. Dengan berikutan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17. Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail mempunyai keperibadian yang berjiwa rakyat, praktikal dan berwawasan. Baginda juga yang menjadi kebanggaan Bangsa Johor dari segenap…