SEVENFRIDAY GAMES 2023 KEMBALI DI BALI, INDONESIA
GLAM Lelaki terbang ke Bali, Indonesia untuk menyertai SEVENFRIDAY Games 2023, acara tahunan yang dianjurkan oleh jenama jam tangan yang berasal dari Zurich, Switzerland.
Berlokasi di Alila Manggis, SEVENFRIDAY Games kembali ke Bali, Indonesia selepas beberapa tahun ditunda kerana pandemik. Editor Digtial GLAM Lelaki, Muzammin Muzlan terbang ke pulau peranginan popular itu untuk menyertai SEVENFRIDAY Games 2023 yang diadakan kali ini di Indonesia.
SEVENFRIDAY Games merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh SEVENFRIDAY iaitu jenama jam tangan global yang berasal dari Zurich, Switzerland. Edisi tahun ini menyaksikan kehadiran barisan media serta rakan serta keluarga jenama berkumpul untuk bertanding dalam beberapa acara dalam merebut trofi kejuaraan.
Semua peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan nama buah-buahan tempatan. Antaranya Durian, Nangka, Jeruk, Kelapa dan Manggis. Saya terpilih untuk Team Belimbing yang mewakili warna kuning. Setiap kumpulan perlu bertanding dalam beberapa acara seperti water polo frisbee, water gun, pertandingan memasak nasi goreng bumbu Bali dan juga laughing challenge.
Juara keseluruhan diberikan trofi kemenangan pada majlis makan malam yang diadakan pada malam tersebut. Pada majlis itu, kami dijamukan dengan makanan tradisi bumi Bali iaitu Megibung. Ia merupakan juadah yang dikongsi bersama di atas dulang. Acara diakhiri dengan beberapa persembahan dan juga parti penutup.
“SEVENFRIDAY adalah sebuah jenama yang diasaskan dengan mengambil risiko, mencabar ‘norma’ dan mencipta alternatif baharu,” kata pengasasnya, Dan Niederer.
Bersempena dengan cara tahunan ini, jenama jam tangan asal Swtizerland ini turut melancarkan koleksi terbaharu SEVENFRIDAY T1/09 Beach Club. Desain jam tangan edisi terhad ini menceduk inspirasi daripada pengembaraan musim panas di persisiran pantai dan lautan. Sesuai dengan lokasi kali ini, ia menampilkan lukisan kartun ikan paus, udang karang, dan sinaran matahari di pantai dalam warna-warna ceria seperti biru, kuning dan putih. Jam ini boleh didapati pada harga RM 4,800.
SEVENFRIDAY bukan hanya terkenal dengan jam tangan. Ia adalah jenama gaya hidup yang menginspirasikan industrial dalam rekaan jam tangan, kaca mata, pakaian dan aksesori. Terutamanya buat individu dari seluruh dunia yang live everyday like it’s Friday!. Jika anda mempunyai atitud #liveSEVENFRIDAY sebenar, koleksi jam tanngan SEVENFRIDAY boleh didapati melalui Red Army Watches Malaysia.
Butik Red Army Watches Malaysia terletak di 1 Utama Shopping Centre dan Pavilion Kuala Lumpur.
Baca lebih lanjut: VICEROY BALI, SYURGA PERCUTIAN ALAM SEMULAJADI DI UBUD, BALI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ULTRA UPGRADED OMEGA SPEEDMASTER MOONPHASE METEORITE
Omega melancarkan Speedmaster Moonphase Meteorite dengan paparan fasa bulan dua hemisfera dengan dimensi, dail meteorit, dan pergerakan manual baharu. Versi terbaru Speedmaster Moonphase kini dilengkapi dengan paparan untuk Hemisfera Utara dan Selatan, serta dua jenis meteorit pada dailnya. Speedmaster Moonphase Meteorite, memperkenalkan beberapa perubahan. Ia menggunakan pergerakan manual kaliber 9914, berdasarkan kaliber 9908/9. Ini adalah…
TANAH GAJAH, A RESORT BY HADIPRANA: DESTINASI PERCUTIAN ALAM SEMULA JADI DI UBUD, BALI
Tanah Gajah, a Resort by Hadiprana merupakan sebuah destinasi percutian yang menjanjikan ketenangan, privasi dan keindahan alam semula jadi Ubud, Bali yang tiada tandingan.
FRANCK MULLER MELANCARKAN BUTIK FLAGSHIP TERBESAR ASIA DI PAVILION KUALA LUMPUR
Acara pembukaan semula butik flagship Franck Muller terbesar rantau Asia di Pavilion Kuala Lumpur dihadiri oleh barisan selebriti tempatan seperti Awal Ashaari dan Scha Alyahya.
PENGALAMAN HOROLOGI BELL & ROSS TERBAHARU DI THE EXCHANGE TRX
Bell & Ross meneruskan keunggulan pengembaraan horologi di Malaysia dengan pembukaan butik jam tangan terbaharu yang terletak di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.
CABAR SEMPADAN GAYA DENGAN JAM TANGAN FRANCK MULLER VANGUARD BEACH BAHARU
Franck Muller memperkenalkan koleksi jam tangan Vanguard Beach terbaharu yang hadir dalam tiga pilihan warna yang bold, lebih berani dan penuh energi untuk lelaki masa kini.
SUUNTO VERTICAL – JAM TANGAN PINTAR PALING BERKUASA UNTUK PENGEMBARAAN LELAKI ALPHA
Made in Finland, jam tangan Suunto Vertical terbaharu menampilkan peta offline percuma, pengecasan solar dan hayat bateri yang paling berkuasa.