BUMI BERTAMBAH PANAS SABAN HARI, BENCANA ALAM PULA KERAP BERSUA MEMBERI INDIKASI KRONIS LALU CUACA TAK BISA LAGI DIPREDIKSI. PERUBAHAN IKIM PERLAHAN-LAHAN MENGUBAH POLA KEHIDUPAN SEJAGAT. ALAM CIPTAANNYA MAKIN PUNAH. REFERENSI WARISAN ANAK CUCU KIAN BINASA. ADAKAH KITA RELA UNTUK DICACI GENERASI ESOK ATAS KEGAGALAN DALAM MEMULIHARA ALAM? SELAGI NYAWA INI DIKANDUNG BADAN, SEDARLAH BAHAWA AIR YANG DITEGUK, SESUAP MAKANAN HASIL BUMI SERTA OKSIGEN YANG DIHIRUP KINI RANAP.
4 of 4
Kesinambungan Ekspedisi Gombessa Kelima antara Laurent Ballesta bersama Blancpain menerokai Laut Tengah Perancis.
Sejak pelancaran Fifty Fathoms yakni jam tangan menyelam moden pertama pada tahun 1953, Blancpain sudah melestarikan komitmen untuk meneroka, memelihara serta memperoleh ilmu pemahaman yang lebih efektif mengenai lautan dunia. Sepanjang 66 tahun, dedikasi ini telah dijunjung dan dipergiat menerusi pelbagai perkongsian. Lima tahun lalu, sebagai sokongan tahunan Blancpain buat ekspedisi dan projek oseanografi utama, jenama ini memperkenalkan satu siri perdana edisi terhad BOC atau Blancpain Ocean Commitment. Berikutan kejayaan jam tangan bersama mesej positif yang disampaikan, rumah arloji ini meluaskan inisiatif pada tahun 2016 lantas memperkenalkan siri ketiganya.
Siri Fifty Fathoms, jam tangan 500 Fathoms GMT ciptaan Blancpain
Arloji Fifty Fathoms Ocean Commitment III diolah dengan karakter asas model 1953, yang mana menjadi penanda aras bagi kesemua jam tangan menyelam kala itu. Teguh kepada DNA atau susuk rekaan asalnya, jam tangan BOC dikuasakan oleh nadi penggulungan automatik kaliber 1151. Lalu, berupaya mencapai rizab kuasa selama empat hari. Keseimbangan ini di perkasa dengan hairspring silikon yang mana kalis sensitif terhadap medan magnet. Case jam disempurnakan dengan case-back transparan daripada material nilam. Langsung mengusulkan komponen dalaman bercorak hiasan Côtes de Genève, serta rotor penggulungan emas yang terukir dengan tulisan ‘Ocean Commitment’ bersalut kemasan NAC yakni material aloi berkomposisi platinum.
Luminox meraikan ulang tahun ke-35 dengan memperkenalkan tiga jam tangan Luminox 35th Anniversary Heritage Collection yang penuh legasi dan fungsi kecergasan terbaik.