GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN MEERQEEN
Editor & arahan kreatif: JOHAN KASSIM, Pengarah seni kanan: KHAI RAMLI, Pereka grafik: HILMAN HISHAM, Grooming: SHARMAN YEE Dandanan: CODY CHUA Gambar: CHEE WEI, Pelatih amali: BATRISYIA FAISAL,Teks/temubual: KHAIRUL ABIDIN
KALI TERAKHIR GLAM LELAKI MENYUNTING MEERQEEN ADALAH PADA 2021. KALA ITU, MEERQEEN MASIH HIJAU DALAM DUNIA SENI LAKON. DAN ISTIMEWA UNTUK EDISI PRINT RELAUNCH INI, GLAM LELAKI MENAMPILKAN THE ALL GROWN UP-MEERQEEN.

Putar kembali ke tahun 2021, Meerqeen antara tiga wajah segar yang kami pilih sebagai ‘cover boy’ saat Glam Lelaki muncul selepas beberapa bulan ‘direhatkan’. Tahun ini apabila GL membuat keputusan untuk menghidupkan kembali edisi cetak, dia sekali lagi menjadi pilihan. Mengapa tidak? Dia antara figura masa kini yang didampingi pakej; dikurnia rupa, bakat, menjadi kegemaran pelbagai jenama antarabangsa.
“Orang kata saya poyo,” balas Meerqeen saat saya bertanyakan salah faham lazim atau misconception orang tentang dirinya. Baginya, cara pembawaan diri serta penampilannya mungkin mengundang salah faham. “Bila terjumpa orang yang saya kenal walaupun dah lama tak bertemu, biasanya saya akan menyapa dulu. Tapi saya tak boleh ubah apa yang orang fikir tentang saya. Bagi saya pendapat orang itu valid selagi dia tak mengenali saya. I always get yang saya ini sombong dan poyo, tapi once you get into my life ceritanya berbeza. Ia tak sama seperti yang anda fikir.”
Bagi saya secara peribadi, pemilik nama penuh Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam ini antara bintang generasi baharu yang berjaya mengecapi populariti seawal penglibatan, popularnya bukan biasa-biasa kerana namanya konsisten membolosi top five di pelbagai acara anugerah, malah ada juga yang menobatkannya sebagai pemilik trofi termasuklah diangkat sebagai Aktor TV Popular di ABPBH 2023. Bila ditanya pernahkah dia merasa terbeban dengan populariti yang dikecapi, jawapan balas yang saya terima berbeza sama sekali. Bukan ya, bukan tidak, tetapi dia merasakan dirinya belum lagi mencapai status ‘bintang’.

Blazer & seluar, KENZO
“Dari hari pertama saya berada di industri sampai ke hari ini, I’m not there yet. Saya tak rasa saya superstar pun. Saya masih orang biasa, lelaki muda yang masih mencari apa yang saya mahu dalam kehidupan. Saya selalu ingat pesan my mom, biar setinggi mana pun saya terbang bagaikan helang, akhirnya saya akan jejak ke tanah juga. Ya, bila dikenali ada banyak benda yang perlu kita jaga, tapi buat masa ini apa yang saya perlu utamakan ialah keluarga saya.”
“Berapa lama masa diambil untuk membiasakan diri dengan perhatian orang luar?,” saya mengusul pertanyaan lagi. “Sebenarnya agak susah. Saya tidak membesar dengan dikelilingi orang yang popular, mungkin my aunty (ibu saudaranya ialah penyanyi senior, Safura), tapi saya tak pernah nampak. Saya cuba adapt dan mengawal diri, dan ia berlangsung secara natural. Jujur saya cakap ia sebenarnya membuatkan saya gembira kerana ada orang recognize diri saya.” Menurut Meerqeen dia mengambil masa lebih kurang dua tahun untuk memahami dan membiasakan diri dengan perhatian peminat sebaik mula dikenali selepas menyertai satu pertandingan pencarian bakat.
“Kalaulah boleh diulang momen dalam hidup, fasa mana yang mahu diulang semula? Saya percaya dalam hidup ada satu zaman yang mahu kita revisit.” “Saya selalu cakap dengan kawan-kawan, saya rindu momen orang tak mengenali saya. Bagi saya itu satu zaman yang ‘pure’. Kalau boleh saya mahu ulang momen itu, tapi itulah, mustahil kan?”

Top, BOTTEGA VENETA

Usia Meerqeen bakal menginjak ke angka 24 Jun ini, dia masih punya banyak masa untuk mengumpul pengalaman dan mencapai sasaran sebelum mencecah usia tiga dekad. Bila ditanya apa yang mahu dicapai sebelum meniup lilin ulang tahun ke-30, kata Meerqeen dia hanya mahu setiap objektif yang disasarkan saban tahun tercapai. “Setiap tahun saya akan tetapkan gol, dan saya hanya mahu matlamat saya itu tercapai setiap tahun. Lain tahun lain cita-citanya.” “Kalau life goals macam mana pula?,” saya meyampuk. “Saya hanya mahu membuat keluarga saya gembira, mampu bersedekah dan berzakat.”
“Bagaimana impian mahu mengenggam Oscar? Ada yang memberi reaksi yang Meerqeen seakan tidak realistik,” usik saya. “Bagi saya benda itu realistik. Jika dalam fesyen saya boleh terpilih untuk bekerja dengan jenama besar yang dulu ramai orang fikir tak mungkin, tapi saya dah buktikan. Saya ada impian yang sama dalam lakonan. Impian adalah impian, tak salah asalkan kita bergerak untuk dapatkan apa yang kita nak. Tiada yang mustahil. Saya percaya pada kuasa kata-kata. Manifesting sangat penting kerana ia yang menggerakkan kita. Apa yang saya ada hari ini adalah apa yang saya manifest masa saya sekolah. If you manifest, benda besar akan datang.”
*Dapatkan GLAM Lelaki isu Mac 2025 Volume 1 untuk membaca artikel penuh
Artikel berkaitan: FATTAH AMIN, “TAHUN INI SAYA INGIN MEMBERI FOKUS YANG LEBIH KEPADA KERJAYA SAYA.”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD
Menterjemah secara literal setiap inspirasi sinematik, kolaborasi seni Ed Ruscha dan Dior Cruise 2027 oleh Jonathan Anderson di Los Angeles.
SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI
Kolaborasi Royal Pop antara Swatch dan Audemars Piguet kini dilancarkan bagi mencabar tradisi horologi mewah dunia. Dunia horologi global telah digegarkan oleh pelancaran kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Jenama gergasi Swatch secara rasminya telah bergabung tenaga dengan Audemars Piguet (AP). Pelancaran ini ternyata telah meruntuhkan sempadan tradisi jam tangan mewah yang sekian lama bertahan….
LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI
Terokai trend kasut lelaki paling hangat 2026. Dari gaya retro Nike Zoom Vomero 5 hingga ke Air Jordan 5, tingkatkan gaya maskulin anda.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026
Terokai 10 gaya lelaki terbaik di Met Gala 2026 pilihan GLAM LELAKI. Temui inspirasi gaya avant-garde dan maskulin paling ikonik tahun ini.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.











