Skip to content

KAK ZAI & ‘BODY SHAMING’, ANTARA KELANTANGAN DAN KEBENARAN YANG MENYAKITKAN

Kongsikan artikel ini

Kecoh diperkatakan tentang ‘peha melimpah’ yang menjadi fenomena dek kelantangan seorang ikon fesyen yang mengadu dirinya ‘dihimpit’ oleh situasi yang tidak menyenangkan sewaktu menonton sebuah persembahan fesyen baru-baru ini. Sebelum itu, sedikit informasi tentang siapakah sebenarnya Kak Zai ini, beliau merupakan pengkritik fesyen terkenal dan terbaru, kelibatnya boleh ditonton dalam rancangan Gen F terbitan Astro.

Walaupun tidak dilantun secara spesifik, namun tindakan Kak Zai atau pun nama sebenarnya, Zaihani M Zain menyelar secara terangan serta menasihati individu-individu berbadan besar agar tidak hadirkan diri ke mana-mana pementasan fesyen, nyata mengundang rasa tidak senang kebanyakan netizen, terutama sekali dari komuniti ‘plus-size’.

Mana tidaknya! Kenyataan berbaur ‘body-shaming’ yang ditulisnya di laman sosial peribadinya nyata mengundang amarah apatah lagi kenyataan seakan menghina mengenai bentuk badan seseorang. Ya, mungkin situasi ini tidak begitu memberi kesan kepada penulis dek memiliki tubuh yang ‘sedang-sedang’ saja, tetapi kenyataan dari Kak Zai memang pahit untuk ditelan bagi mereka yang bertubuh gempal.

Ya penulis akui punya ramai sahabat ‘plus-size’, and the struggle is real. Mereka tidak meminta untuk memiliki tubuh sedemikian, and god knows how hard they have tried to loose some weight. Namun persoalannya, adakah kelantangan Kak Zai melampaui batas, atau ini merujuk kepada kebenaran yang menyakitkan?

SILAP PERCATURAN DALAM MENEGUR?

Sebelum apa-apa, penulis sebenarnya tidak berpihak kepada sesiapa. Penulis sendiri tidak mengenali secara dekat figura yang lantang bersuara itu, namun apa yang penulis dapat simpulkan di sini adalah kesilapan Kak Zai dalam menyatakan ketidakpuasan hatinya. Dalam kenyataannya baru-baru ini, Kak Zai sudahpun memohon maaf atas ketelanjurannya, dan menyatakan tiada niat untuk menghina tubuh sesiapa – ahli keluarga, kawan-kawan atau pun para pengikut. Yes, I respected that. Mungkin kita sendiri akan merasa tidak selesa sekiranya berada di situasi Kak Zai pada waktu dan ketika itu, dan seterusnya mengaburkan pendirian dan akal dalam melontarkan pendapat dan rasa.

Namun, kesilapan Kak Zai adalah dalam menyatakan keberangannya. Tidakkah Kak Zai terfikir, bahawa dengan menulis status di FB, secara tidak semena ia pasti akan mengundang rasa tidak senang sementelah ianya tular. Apatah lagi, Kak Zai sememangnya seorang yang dikenali. Dan baru-baru ini, timbul pula isu Kak Zai sendiri yang mendedahkan ada ‘dalang’ di sebalik menyebaran statusnya itu. Eh, biar betul!? Penulis bukan terkejut dengan dalang yang dimaksudkan itu, tetapi tindakan Kak Zai yang membabi buta menuding jari akan kesilapan yang dilakukannya sendiri.

Tak kan lah Kak Zai ada seorang saja rakan dalam akaun FB nya itu? Yang pasti, ramai yang punya akses untuk membaca status itu, dan kemungkinan ramai yang berkongsi, selain menekan butang ‘share’. They can just simply screenshot and pass it to others. Make sense?

Penulis tertarik dengan kenyataan Syanie Hisyam, pelakon komedi yang menyatakan, “kenyataan beliau ibarat menafikan hak dan menindas orang berbadan besar untuk bersama-sama dalam apa-apa acara atau hidup bermasyarakat. Don’t spread such hatred”. Ya, penulis bersetuju. Apatah lagi sudah banyak seleberiti yang ‘mencari makan’ dengan keadaan tubuh mereka tersebut, sekaligus menawarkan diversity dalam arena hiburan tempatan. Sebaiknya, Kak Zai sendiri tidak perlu sebenarnya untuk mengeluarkan kenyataan yang demikian. Jika tidak tahan sekalipun, simpan saja dalam hati mahupun luahkan pada mana-mana rakan yang dipercayai. Ataupun, if you don’t have anything nice to say, don’t say anything at all. 

BODY-SHAMING VS HEALTH NEEDS

Ya, isu ini sebenarnya tiada apa pun. Cuma apabila ia merujuk kepada fizikal seseorang, rakyat Malaysia mudah terkesan lantas menyebarkan hatred kepada Kak Zai. Apatah lagi majoriti penduduk di Malaysia ini kebanyakkannya berbadan besar dan sebahagiannya boleh dikategorikan obesiti sehinggakan mencapai tahap yang membimbangkan apatah lagi melibatkan kesihatan. Menerusi portal UtusanBorneo.com, ‘tinjauan Kebangsaan Kesihatan Morbiditi (NHMS) pada tahun 2015 telah melaporkan bahawa hampir 50 peratus penduduk Malaysia berlebihan berat badan atau obes’.

Apa mungkinkah kelantangan tidak disengajakan ini boleh dijadikan satu pemangkin semangat buat mereka yang ‘plus-size’ untuk kembali langsing dan seterusnya menjaga kesihatan terutama sekali bab pemakanan dan diet? Ya, mungkin. Namun tidak mustahil dari apa yang telah terjadi, akan ada dua atau tiga individu yang terkesan lalu menyahut ini sabagai satu cabaran. Then we know, that everything happens for a reason. 

Dan seterusnya, jadikan apa yang terjadi sebagai salah satu pengajaran untuk kita berfikir dahulu sebelum melontarkan apa saja pendapat, lisan mahupun menulis, terutama sekali melibatkan fizikal dan saiz badan seseorang. Yang pasti, penulis cukup kagum dengan Anna Wintour. Kenal? Ketua Editor majalah terkenal Vogue sejak dari tahun 1988, di mana dirinya kekal optimistik dan profesional di setiap kali duduk di hadapan sewaktu pentas peragaan fesyen besar, walaupun sudah beberapa kali duduk bersebelahan dengan mereka yang bertubuh besar seperti André Leon Talley, Kim Kardashian dan lain-lain, seperti dalam gambar-gambar di bawah ini. Mungkin selepas ini Kak Zai boleh mengusulkan agar setiap fashion show untuk menyediakan kerusi lebih besar.  Selainnya, sama-samalah kita pelajari dan mengambil iktibar akan apa yang sudah terjadi okay.

*Ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan majalah GLAM Lelaki. 

Oleh Wan Mohd Firdaus, (@wanmohdfirdaus), 20 April 2018

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 SEBAB LELAKI RENDAH LEBIH BAGUS UNTUK WANITA

Bacaan Lanjut
ONITSUKA TIGER MUSIM LURUH 2023 DI MILAN, ALVIN CHONG, GLENN YONG & GULF KANAWUT ANTARA TETAMU UTAMA

ONITSUKA TIGER MUSIM LURUH 2023 DI MILAN, ALVIN CHONG, GLENN YONG & GULF KANAWUT ANTARA TETAMU UTAMA

Bacaan Lanjut
KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI Mierul Aiman

HOT BOY SUMMER! MIERUL AIMAN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVER BOY

Bacaan Lanjut
MESTI TAHU! TIGA KOLEKSI BARU MUSIM PANAS 2023 PILIHAN GLAM LELAKI

MESTI TAHU! TIGA KOLEKSI BARU MUSIM PANAS 2023 PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”

ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”

Bacaan Lanjut