15 FAKTA MENARIK MENGENAI HARRY STYLES
Shania Twain memberi pengaruh besar dalam hidupnya.
Dalam satu wawancara bersama Entertainment Tonight pada 2017, Harry mendedahkan ikon muzik country, Shania Twain merupakan antara pengaruh terbesar buat dirinya dalam bidang muzik dan fesyen. Pada 2015 dia memberitahu Entertainment Weekly bahawa ibunya sering memainkan lagu Shania di rumah ketika zaman kanak-kanaknya. Harry menambah, dia juga mendengar dan meminati muzik The Beatles, Elvis Presley, Fleetwood Mac dan Norah Jones sewaktu membesar.
Pernah terlibat dalam satu episod rancangan Nickelodeon, iCarly.
Pada 2012, Harry dan ahli kumpulan One Direction lain menjadi bintang undangan dalam rancangan iCarly untuk episod iGo One Direction. Dia memegang watak sebagai diri sendiri dan berpura-pura sakit untuk memancing perhatian Carly, dan di penghujung episod, kumpulan itu mempersembahkan lagu hit What Makes You Beautiful.
Muncul dalam filem Christopher Nolan, Dunkirk.
Harry membuat kemunculan pertama di layar perak dalam filem perang, Dunkirk pada 2017. Ia turut dibintangi oleh Fionn Whitehead dan Tom Hardy, serta berjaya membawa pulang tiga anugerah Oscar. Harry memegang watak sebagai askar muda bernama Alex di mana dia mendapat pujian hebat daripada para pengkritik.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
6 PERSONALITI DENGAN KERJAYA DAN GAYA HIDUP YANG ‘CEMERLANG’
Enam personaliti dengan kerjaya hebat dan gaya hidup sihat. Mereka buktikan disiplin diri dan keseimbangan hidup tunjang kejayaan mereka.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: IDAN AEDAN
GLAM Lelaki bawakan pelakon muda yang bawa nama hingga keluar negara, Idan Aedan sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025.
PANDUAN GAYA BUAT LELAKI ALFA DAN TINGGI BAK NADHIR NASAR DAN BRIGHT VACHIRAWIT
Lelaki tinggi mempunyai kelebihan tersendiri dalam menggayakan diri sendiri jika mereka dapat panduan yang betul.
AMANDA AMRY, PERSONALITI CHEEKY DAN WAJAH AYU
Amanda Amry, nama yang mungkin terkenal dalam kalangan pencinta muzik dan kecantikkan muda, GLAM Lelaki turut sempat menemubualnya.
HAEL HUSAINI, BAEKHYUN DAN RAMAI LAGI MENGADAKAN KONSERT OGOS 2025 INI
Bulan Ogos 2025 ini bakal dipenuhi dengan konsert dari seluruh dunia dan pelbagai genre buat peminat-peminat muzik di Malaysia.











