AERIL ZAFREL DAN PENGURUS DISAHKAN POSITIF COVID-19
Pelakon Tercipta Satu Ikatan, Aeril Zafrel membuat pengumuman di Instagram yang mengesahkan dia kini positif Covid-19.
Tulisnya, dia mengetahui perkara tersebut selepas menerima keputusan ujian kelmarin. Malah, pengurus Aeril turut disahkan positif.
Tulis Aeril di kapsyen, selepas mendapat tahu pengurusnya jatuh sakit, dia terus pergi ke kediamannya dengan tujuan untuk menjaganya.
“Malam tadi aku mendapat perkhabaran aku positif Covid-19. Isnin aku pergi ke rumah pengurus aku sebab dia demam. Jadi aku ke sana sebab kebiasaannya aku yang akan jaga kalau dia sakit teruk sebelum ni.”
Tambahnya, memandangkan hari sudah lewat malam, dia mengambil keputusan untuk tidur di rumah pengurusnya. Keesokan hari dia membawa pengurusnya ke klinik untuk membuat ujian calit PCR bersama.
Selepas pulang dari klinik, dia sempat berjumpa para pekerjanya untuk sesi briefing bagi pelancaran maya produknya, kemudian terus pulang ke rumah. Pada hari Rabu, dia mendapat keputusan ujian dan hasilnya mengejutkan.
“Rabu keputusan keluar, aku dan pengurus disahkan positif,” jelasnya di ruangan kapsyen.
Menurut Aeril lagi, sebaik sahaja mengetahui dia kini positif, dia terus mendapatkan khidmat sebuah klinik untuk membuat ujian ke atas isteri dan anak-anaknya, juga untuk semua pekerjanya.
“Swab test RTK kesemua mereka negatif dan masih menanti result PCR pula. Doakan negatif juga.”
Perkara sama turut dikongsi oleh isterinya, Wawa Zainal di Instagram. Dia memuat naik video sedang menjalani ujian calit di rumah bersama kesemua anak mereka berserta kapsyen, “Doakan kami negatif Covid-19.”
Buat masa sekarang, Aeril sedang menjalani kuarantin di rumahnya selama 10 hari. Begitu juga Wawa, walaupun pada waktu ini dia belum menerima keputusan sama ada dirinya positif Covid-19 atau tidak.
Dalam hantaran terbaru, Aeril memohon pengikut di Instagram berkongsi tip yang diamalkan untuk segera sembuh daripada virus ini.
Foto: Halimaton Saadiah Sulaiman
Pautan berkaitan: PULANG DARI LANGKAWI, HARRIS ANNUAR DISAHKAN POSITIF COVID-19
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 FILEM HEBAT LAKONAN DATUK AARON AZIZ
Dikenali kerana bakat lakonan yang luar biasa, Datuk Aaron Aziz keperibadian yang memikat, serta keupayaan menghidupkan watak penuh jiwa.
FATTAH AMIN: MENJIWAI WATAK DALAM “BIDAAH”
Bidaah bukan sekadar drama, tetapi sebuah pengalaman emosi yang mendalam dan Fattah Amin adalah bintang yang menerangi kisah ini.
MEERQEEN: BINTANG MUDA MALAYSIA YANG MENAWAN
Dalam landskap hiburan Malaysia yang dipenuhi dengan bakat luar biasa, Meerqeen muncul sebagai pelakon muda paling bersinar dalam industri.
5 GAYA FESYEN NABIL AHMAD
Nabil Ahmad bukan sahaja dikenali sebagai pengacara berbakat dan pelawak versatil, tetapi juga dengan gaya uniknya.
FATTAH AMIN: RAMADAN, FASA BARU SEBAGAI SEORANG BUJANG
Ramadan kali ini membawa makna yang berbeza buat Fattah Amin. Tahun-tahun lalu, dia menunaikannya sebagai seorang suami, berbeza tahun ini.
ALIFF AZIZ: SEORANG LELAKI YANG SEMAKIN MATANG
Dari bintang di pentas hiburan hingga menjadi bapa, Aliff Aziz adalah bukti bahawa setiap lelaki boleh berubah kepada lebih baik.