5 SELEBRITI LELAKI KOREA YANG PERNAH DIGELAR ‘IT BOY’
Gelaran ‘It Boy’ diberikan kepada selebriti lelaki yang memiliki pesona luar biasa dan pengaruh besar dalam dunia hiburan serta fesyen.
Dalam dunia hiburan Korea, gelaran ‘It Boy’ diberikan kepada selebriti lelaki yang bukan sahaja mempunyai bakat yang luar biasa, tetapi juga berjaya mencuri perhatian ramai dengan pesona, gaya, dan pengaruh yang luar biasa. Mereka sering menjadi trendsetter dalam fesyen, kecantikan, serta memiliki daya tarik yang memukau peminat dari seluruh dunia. Berikut adalah lima selebriti lelaki Korea yang pernah digelar ‘It Boy,’ mencerminkan standard tertinggi dalam populariti, bakat, dan gaya.
#1 G-Dragon – BIGBANG
G-Dragon (Kwon Ji-yong) memang sering digelar sebagai ‘It Boy’ dalam dunia K-pop, bahkan dianggap sebagai It Boy asal Korea yang membuka jalan bagi idol-idol generasi seterusnya. Dia sangat layak mendapat gelaran itu dengan pencapaiannya dalam bidang muzik dan fesyen. G-Dragon adalah antara idol K-pop yang menulis dan menghasilkan muziknya sendiri. Dia menulis kebanyakan lagu hit BIGBANG dan karyanya sebagai artis solo. Dalam dunia fesyen, dia dikenali sebagai Raja Fesyen K-Pop. G-Dragon terkenal dengan gaya fesyen yang berani dan avant-garde. Dia juga mempunyai jenama fesyennya sendiri, Peaceminusone yang pernah berkolaborasi bersama Nike. Baru-baru ini, G-Dragon menerima pujian apabila menandatangan kontrak bersama label muzik EMPIRE. Dia juga mengeluarkan solo terbaru selepas 7 tahun dibawah label itu.
#2 V – BTS
V (Kim Taehyung) dari BTS adalah salah seorang idol K-pop yang paling berpengaruh dalam industri muzik dan fesyen, dengan sumbangan yang menonjol dalam kedua-dua bidang ini. V dikenali dengan suara dalam dan serak yang membezakannya daripada idol lain. Ini memberikan dimensi emosi yang kuat kepada lagu-lagu BTS, terutamanya dalam lagu-lagu balada seperti Stigma, Singularity, dan Inner Child. V kerap menggabungkan elemen seni dalam fesyennya, dengan menampilkan gaya klasik dan kontemporari dalam penampilan. Diajuga merupakan duta jenama mewah Celine sejak tahun 2023. V bukan sahaja membawa gelaran ‘It Boy’ kerana visual atau gayanya, tetapi juga kerana bakat dan personalitinya yang menarik dan unik. Satu lagi bukti yang menunjukkan impak V dalam dunia K-Pop ialah apabila fancam nya mencapai 144 juta tontonan di Youtube.
#3 Hyunjin – Stray Kids
Hyunjin dari Stray Kids sering digelar sebagai “4th Gen It Boy” dalam K-pop, merujuk kepada idol generasi keempat yang paling menonjol dan berpengaruh. Sebagai penari utama, Hyunjin dikenali dengan gaya tariannya yang ekspresif dan kuat. Hyunjin juga menjadi perhatian sebagai duta jenama global Versace dan Cartier. Tujuh daripada fancam nya berada di dalam senarai 25 fancam yang paling banyak ditonton dalam kalangan idol generasi keempat. Fancam Hyunjin mempersembahkan lagu Psycho dari Red Velvet mencapai 13 juta tontonan di Youtube. Selain dari bakatnya dalam bidang muzik dan fesyen, Hyunjin juga seorang yang aktif dalam bidang seni. Dia sering berkongsi karyanya di akaun Instagram, @hynjinnnn yang kini mempunyai lebih dari 21.9 juta pengikut. Hyunjin juga digemari oleh selebriti-selebriti terkenal seperti D4VD, Troye Sivan dan Daiyan Trisha.
#4 Kai – EXO
Kai merupakan penari utama kumpulan global, EXO. Dengan popularitinya sebagai salah seorang ahli EXO, Kai juga menjadi ikon dalam dunia fesyen menjadikan dia salah seorang yang digelar ‘It Boy’ dalam kalangan idol generasi ketiga. Kai merupakan duta global pertama Gucci dari Kora pada tahun 2019. Dia juga pernah berkolaborasi dengan Gucci untuk koleksi KAI X GUCCI pada tahun 2021. Selain itu, Kai juga merupakan muse lelaki pertama untuk jenama kecantikan Bobbi Brown. Walaupun kini dia sedang menjalankan perkhidmatan tenteranya, Kai masih lagi tular di media sosial seperti X kerana peminatnya yang masih menunggu kepulangannya. Ketika pelancaran album solo pertamanya KAI, album itu mencapai tempat kedua di Carta Album Gaon dan menerima pensijilan Platinum daripada KMCA.
#5 Yeonjun – TXT
Sejak sebelum debut, Yeonjun sudah digelar sebagai pelatih lagenda kerana memenangi tempat pertama dalam evaluasi bulanan mereka. Yeonjun merupakanahli tertua kumpulan K-Pop generasi keempat, TXT. Kumpulan ini debut pada tahun 2019 dengan lagu Crown, dan merupakan kumpulan pertama yang dikeluarkan oleh syarikat muzik Big Hit Entertainment sejak debut kumpulan terkenal BTS pada tahun 2013. Yeonjun juga membuktikan gelaran ‘It Boy’ nya dengan kemunculannya di muka hadapan majalah fesyen. Pada bulan September yang lalu, Yeonjun mengeluarkan lagu solonya yang pertama, GGUM. Lagu itu menduduki carta harian digital single Oricon di Jepun dan turut tersenarai dalam carta Daily Top Songs di Spotify. Dia juga diumukan sebagai duta global jenama fesyen Moncler pada bulan Mei yang lalu.
Pautan Berkaitan: 10 LAGU K-POP CARTA TERATAS YOUTUBE MUSIC UNTUK DI MUAT TURUN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 BUTIK BAHARU DIBUKA PADA TAHUN 2025 DI KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur dihadiri dengan butik-butik baharu dalam dunia fesyen yang menambah lagi kemeriahan di kota sibuk ini.
DOMINASI G-DRAGON DAN STRAY KIDS, SENARAI PEMENANG MAMA AWARDS 2025
MAMA Awards 2025 kali ini dihiasi dengan barisan kemenangan dan persembahan yang luar biasa dari artis-artis yang mengujakan.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
PEREKA FESYEN MENSWEAR MALAYSIA: DARI TRADISI KE MODEN
Pereka fesyen menswear Malaysia kini mencipta identiti tersendiri dengan menggabungkan elemen tradisi tempatan dan sentuhan moden.
10 SELEBRITI LELAKI YANG MENJADI WAJAH JENAMA KECANTIKAN
Jenama kecantikan kini menjadikan selebriti lelaki sebagai wajah mereka juga, sebagai simbolik bahawa jenama mereka tidak mengira jantina.
BARISAN SELEBRITI LELAKI ASIA DI PARIS FASHION WEEK SS26
Barisan selebriti lelaki Asia yang menghiasi Paris Fashion Week SS26 membawa identiti jenama masing-masing dengan penuh gaya tersendiri.











