AKSI WILL SMITH MENAMPAR CHRIS ROCK MENGEJUTKAN PENTAS OSCAR 2022
Ketika kamera mengfokuskan kepada Jada Pinkett Smith, pelakon yang duduk sebebelahan suaminya itu kelihatan seperti tidak selesa dengan lawak jenaka tersebut. Kemudian, pelakon “King Richard” itu bangun dan bergerak ke atas pentas sebelum menampar Chris Rock ketika acara siaran langsung. Hampir kesemua penonton termasuklah Chris Rock sendiri kelihatan terkejut dan keliru selepas kejadian tersebut.

(Photo by Neilson Barnard/Getty Images)
Ketika teater tersebut menjadi diam, Chris Rock sempat melawak, “That was the greatest night in the history of television”. Will Smith masih lagi kelihatan marah dan mengeluarkan kata-kata kesat selepas dia duduk di bawah. Penyampai seterusnya, bintang muzik Sean “Diddy” Combs naik ke atas pentas dan menasihatkan mereka untuk berdamai seperti keluarga.
Jada Pinkett Smith tampil dengan kepala bercukur kerana penyakit yang dialaminya. Dia secara terbuka berkongsi mengenai kesukaran yang perlu dihadapinya kerana penyakit alopecia, iaitu penyakit gangguan autoimun yang menyebabkan keguguran rambut.

(Photo by Neilson Barnard/Getty Images)
40 minit selepas kejadian tersebut, Will Smith sekali lagi naik ke atas pentas untuk menerima trofi Oscar pertama kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk filem “King Richard”. Sampil menitiskan air mata, dia yang berlakon sebagai bapa kepada legenda tenis dunia, Venus dan Serena Williams dalam filem itu menyatakan Richard Williams merupakan “a fierce defender of his family”.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: MENGAPA ANUGERAH AKADEMI DIGELAR SEBAGAI OSCAR?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GAYA BEST DRESSED LELAKI DI OSCAR 2025
Pada Anugerah Akademi ke-97, Oscar yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, bintang-bintang lelaki Hollywood mempamerkan gaya fesyen yang memukau di karpet merah.
INSIDEN TAMPAR DI OSCAR, WILL SMITH MASIH BERDENDAM?
Sedang team Oscar bersiap sedia untuk pengumuman calon Oscar 2025, ramai yang mengimbas kembali apa yang telah terjadi dan, Will Smith vs Chris Rock paling dingati dalam sejarah anugerah itu. Dunia masih tidak melupakan tragedi paling buruk di Anugerah Oscar pada 2022, apabila aktor Will Smith menampar hos dan juga aktor komedi Chris Rock secara…
5 PASANGAN SELEBRITI BERCERAI SELEPAS DUA DEKAD MENGECAPI BAHAGIA
Tahun-tahun kebelakangan ini menyaksikan banyak perkahwinan bintang Hollywood dilanda badai sehingga melalui perceraian perit.
EVOLUSI FESYEN WILL SMITH & JADA PINKETT SMITH SEJAK TAHUN 90-AN
Ayuh imbas kembali detik fesyen Will Smith dan Jada Pinkett Smith sejak hampir tiga dekad lalu.
7 NASKAH TENIS WAJIB TONTON JIKA ANDA PEMINAT FILEM CHALLENGERS
Jika ada menggemari filem bergenre sukan terutama tenis, ada beberapa lagi filem serta dokumentari yang mesti anda tonton dan nilai sendiri.
PERKAHWINAN SELEBRITI YANG GAGAL SELEPAS 20 TAHUN HIDUP BERSAMA
Tempoh perkahwinan yang panjang tidak menjamin kebahagiaan berkekalan. Ramai selebriti yang bercerai-berai walaupun sudah berdekad hidup bersama.