AMANDA AMRY, PERSONALITI CHEEKY DAN WAJAH AYU
Amanda Amry, nama yang mungkin terkenal dalam kalangan pencinta muzik dan kecantikkan muda, GLAM Lelaki turut sempat menemubualnya.
Dengan personaliti yang cukup lucu dan comel, Amanda Amry bukan sahaja diminati lelaki, tetapi ramai juga wanita yang mengidolakannya. Penyanyi dan pencipta kandungan ini cukup petah apabila disunting oleh GLAM Lelaki untuk temubual ini. Comel, cheeky dan peramah, tiga perkataan untuk GLAM Lelaki gambarkan Amanda Amry pertama kali kami mendekatinya. Tetapi, bagaimana dengan Amanda? Apakah tiga perkataan untuk dia gambarkan dirinya? Teruskan baca temubual GLAM Lelaki bersama Amanda Amry untuk mengenalinya dengan lebih rapat!
1. Amanda Amry dalam 3 patah perkataan?
Laugh. Love. Lulian. (Durian)
2. Apakah perkembangan terkini Amanda?
Sekarang saya berada di tahun kedua Ijazah dalam bidang Psikologi. Selain itu, saya juga merupakan seorang pencipta kandungan, pengacara, penyanyi, dan baru-baru ini dilantik sebagai duta Angry Koala Hair Treatment. Basically a little bit of everything yang Amanda suka lakukan. Love..
3 .Ramai mengenali Amanda sebagai seorang pempengaruh. Apa lagi yang dilakukan oleh Amanda, yang orang ramai perlu tahu?
Cita-cita Amanda sebenarnya adalah untuk menjadi ahli psikologi forensik. Amanda memang meminati bidang forensik dan jenayah, gemar perkara yang mencabar minda, yang ada unsur tricky dan memerlukan analisis, perkara-perkara seperti itu.
4. Siapakah girl crush and boy crush Amanda?
Ada beberapa. Kalau pelakon, Amanda sukakan Nad Zainal dan Sharifah Amani. Dua insan yang Amanda jadikan inspirasi dalam dunia lakonan. Kalau penyanyi, sudah tentu Bernadya. Amanda tak pernah menggemari seorang penyanyi dan muziknya sebegitu rupa sehinggalah bertemu dengan Bernadya. Boy crush, seorang lelaki bernama Tommy, masa Amanda berumur 3 tahun. Hahahaha… Masih di tadika waktu itu, tapi hingga sekarang tak dapat lupakan. First love mungkin? Hahah.
5. Siapakah inspirasi Amanda dalam hidup?
Ibu saya. Beliau seorang arkitek dalaman, isteri, ibu, anak, kakak, tetapi yang paling utama, beliau adalah sahabat baik saya. Tiada siapa yang pernah saya temui memiliki kekuatan dan ketabahan seperti dirinya, jadi untuk mengatakan bahawa saya bangga menjadi anaknya adalah satu ungkapan yang terlalu kecil untuk menggambarkannya.
6. Red flags ketika temu janji pertama?
Temu janji pertama dah cakap, “Nanti raya pertama wajib balik kampung saya ya.” Ataupun, dia tak suka durian. Hahahaha… Ini memang red flag besar.
BACA: “HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL
7. Apakah cabaran yang anda hadapi sebagai figura awam?
Penghendap. Ia memang wujud dan sangat menakutkan. Tetapi, pengalaman itu mengajar saya untuk lebih berhati-hati dengan apa yang saya kongsi serta lebih menjaga privasi diri saya.
8. Gambarkan lelaki idaman Amanda?
Yang seperti daddy saya , sudah 30 tahun berkahwin pun masih melayan ibu seperti zaman bercinta. Amanda sukakan lelaki yang cool, setenang ikan di lautan auww gitu. Bijak, mementingkan keluarga, dan kalau kacak, itu satu bonus.
9. Antara muzik dan kecantikan, mana lebih dekat dengan Amanda dan mengapa?
Kedua-duanya Amanda suka, tetapi muzik lebih dekat di hati. Sejak kecil, Amanda memang minat menyanyi. Walaupun sekarang sibuk belajar, jika ada acara atau apa-apa yang berkaitan dengan nyanyian, Amanda akan cuba sertai. InsyaAllah, suatu hari nanti Amanda akan keluar dengan single baharu. Single pertama Amanda, “Sang Pangeran” (di bawah Sony Music), akan sentiasa menjadi “baby” Amanda.
10 .Kamu rasa lelaki itu seksi bila…
Mereka boleh mengajar saya sesuatu tanpa membuat saya rasa kurang bijak daripada mereka, dan apabila mereka tahu apa yang mereka mahukan dalam hidup. Kalau dia main gitar sambil menyanyi untuk kita pun, cair juga hahahaha! Auw auwww 😍 Dan akhir sekali, bagi saya sangat menarik bila lelaki memakai jam tangan di tangan kanan… Lurve.
Pautan Berkaitan: DJ TERHANGAT, AIDAHO INGIN KEHIDUPAN YANG TENANG
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HAEL HUSAINI, BAEKHYUN DAN RAMAI LAGI MENGADAKAN KONSERT OGOS 2025 INI
Bulan Ogos 2025 ini bakal dipenuhi dengan konsert dari seluruh dunia dan pelbagai genre buat peminat-peminat muzik di Malaysia.
DARI GIMNASTIK KE MODELING, HOT GIRL ALYSIA BASREE
Wajah hot ditambah gaya fesyen yang cukup bergaya, Alysia Basree, model yang menjadi pilihan girl crush GLAM Lelaki kali ini!
DHAN ILLIANI, GADIS BERSENI PENUH UNIK
Nama Dhan Illiani menjadi satu nama yang cukup dikenali dalam kalangan anak seni. Topik unik di dalam karya-karyanya menarik perhatian ramai.
ZA, GADIS CANTIK PERANTAU DUNIA
Kenali Za, wajah manis disebalik komuniti Merantau+ yang menerokai kecantikkan dunia dengan mencipta kandungan travel.
IRFAN HARIS: FIGURA MUZIK MODEN BERGAYA
Irfan Haris Othman, penyanyi kelahiran Johor Bahru pada 29 November 2001, telah meniti perjalanan seni yang penuh warna sejak usia remaja.
KHABAR ANGIN JUSTIN BIEBER MUFLIS BENAR BELAKA?
Dalam dunia selebriti yang penuh drama, Justin Bieber menjadi bualan bukan kerana muzik terbaru, tetapi kerana satu dakwaan yang mengejutkan.