ARNOLD GANTI DONALD TRUMP
Sebelum beliau ditabal menjadi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terlebih dahulu dikenali sebagai seorang bos yang tegas di dalam rancangan realiti The Apprentice. Slogan ‘You’re Fired’ yang diucapkannya sudah sebati dengan rancangan popular tersebut.
Kini, setelah menggalas tanggungjawab mempersiapkan diri memasuki White House, rancangan The Apprentice tetap akan diteruskan dengan edisi terbarunya, The New Celebrity Apprentice. Namun, jangan harap Donald akan kembali duduk di kerusi bos tersebut kerana kini beliau mempunyai pengganti, iaitu tidak lain tidak bukan bintang aksi popular Hollywood merangkap Gabenor California, AS Arnold Schwarzenegger.
Episode perdana The New Celebrity Apprentice telah pun ditayangkan Isnis lepas di NBC. Persoalannya kini, banyak pihak tertanya adakah Arnold masih akan menggunakan slogan ‘You’re Fired’ di saat peserta dipecat. Namun, slogan Arnold ternyata lebih berbeza dari Trump. Berdasarkan laporan The Hollywood Reporter, slogan Arnold berbunyi, “You’re terminated. Get to the chopper.” yang sinonim dengan filem Terminator lakonan beliau.
Walaupun Donald tidak memimpin rancangan The Apprentice kali ini, namun beliau masih duduk di kerusi penerbit untuk rancangan ini.
Konsep edisi kali ini masih sama iaitu setiap minggu, dua kumpulan akan bertanding bagi memenangi tugasan yang ditugaskan khas oleh mereka. Pasukan yang kalah akan kembali semula ke boardroom di mana salah seorang akan di-terminated.
Antara selebriti yang terlibat dalam rancangan ini adalah Laila Ali, Carrie Keagan, John Lovitz dan ramai lagi. Dan antara advisors Arnold adalah Warren Buffett, Tyra Banks, Steve Ballmer, Jessica Alba dan Patrick M.
Saksikan sedikit sedutan The New Celebrity Apprentice di pautan di bawah.
Oleh Wan Mohd Firdaus
Tags
Artikel Yang Berkaitan
NEVER OUT OF STYLE: 6 AKSESORI LELAKI YANG KEKAL DIMINATI
Padanlah 6 aksesori ini terus jadi dambaan dan masih relavan tanpa mencacatkan gaya dan stail terkini anda.
RISIKO PEMAKAIAN KASUT TANPA STOKIN: WHEN & HOW
Penggayaan kasut tanpa stokin kini menjadi trend. Namun, adakah anda mengayakannya dengan betul?
5 JENIS BEG LELAKI WAJIB ADA
Lelaki era kini sudah mula tidak segan untuk menjinjing beg tertentu yang kini sudah menjadi trend semasa.
KENALI SAM ASGHARI, SKANDAL KACAK & ‘BAKAL SUAMI’ BRITNEY SPEARS
Kenali Sam Ashgari, model kacak yang dikaitkan dengan penyanyi Britney Spears. Ini trivia menarik mengenai beliau dan bagaimana dirinya dari seorang zero, kini seorang hero.
“SILAP MATA ADALAH PERJUANGAN SAYA” – SOBHI SHAKER, PESERTA ASIA’S GOT TALENT, DARI PENDATANG KINI SEORANG PEJUANG
Satu perjuangan mencari kebebasan, didorong usaha mencipta pencapaian.
KEPAKARAN BREITLING BERBALAS KEANGGUNAN
Diasaskan oleh Léon Breitling, identitinya menjulang jam berfungsi kronograf yang direka khusus untuk bidang navigasi penerbangan juga bersimbol status sosial dan kemewahan.