Skip to content

“BAK BERCINTA DENGAN PUTERA WILLIAM” - GWYNETH PALTROW MENGENAI BRAD PITT

“BAK BERCINTA DENGAN PUTERA WILLIAM” – GWYNETH PALTROW MENGENAI BRAD PITT

Kongsikan artikel ini

Hampir tiga dekad membawa haluan masing-masing, Gwyneth Paltrow mengimbas kembali percintaannya dengan Brad Pitt yang tidak kesampaian.

Dalam satu wawancara bersama Vanity Fair, aktres berusia 53 tahun itu berkata perhubungan mereka sekitar tahun 90-an dahulu bagaikan kisah dongeng.

“Bercinta dengan Brad Pitt bagaikan bercinta dengan Putera William atau yang seumpama dengannya. Hubungan kami sentiasa menjadi tajuk perbualan,” katanya tentang perhatian yang menyelubungi aktor Se7en itu.

Kedua-duanya bukan sekadar menjalin cinta malah hampir bergelar suami isteri. Ketika itu mereka adalah ‘pasangan emas Hollwood’. Gwyneth baru berusia 22 tahun manakala Brad 29 tahun, dan kemudaan serta kemasyhuran mereka berjaya memukau dunia.

Brad Pitt Gwyneth Paltrow

Foto: Getty Images

Kisah mereka bermula di sesi uji bakat Legends of The Fall namun bibit-bibit cinta berputik di set penggambaran Se7en, naskah seram ikonik yang difilemkan pada tahun 1994. Perhubungan mereka berkembang selama tiga tahun yang memuncak dengan pengumuman pertunangan pada November 1996.

Gwyneth Paltrow & Brad Pitt Berpisah

Menjelang Jun 1997, pasangan itu mengejutkan dunia apabila memutuskan pertunangan secara tiba-tiba tanpa sebarang penjelasan. Ia memberi tamparan hebat kepada Gwyneth sehingga dia hampir menarik diri daripada membintangi Shakespeare in Love.

“Saya masih lemah akibat perpisahan yang teruk. Memikirkan saya perlu terbang ke England untuk jalani penggambaran, jauh dari rumah, ia amat menakutkan,” tambahnya.

Namun selepas membaca skrip, dia bersetuju untuk menerima tawaran itu. Keputusan yang tidak dikesalinya kerana dia berjaya membawa pulang trofi Oscar sebagai Aktres Terbaik menerusi peranan Viola De Lesseps.

Brad Pitt Gwyneth Paltrow

Foto: Getty Images

Masa menyembuhkan segala duka dan bekas pasangan itu akhirnya kembali menjalin hubungan sebagai rakan.

“Selepas berpisah, kami terputus hubungan buat seketika. Tetapi kira-kira 18 tahun lalu, kami kembali bersahabat dan kekal rapat sehingga kini,” katanya.

Gywneth yang bakal muncul dalam filem terbaru Marty Supreme tidak lama lagi sempat memuji bekas kekasihnya itu dalam satu temu bual bersama Entertainment Tonight.

“Saya mengaguminya. Dia seorang yang luar biasa – pintar, kreatif, usahawan yang hebat dan lelaki yang baik. Saya peminat tegarnya.”

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: GIGI HADID AKHIRNYA ULAS PERCINTAAN DENGAN BRADLEY COOPER

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 SELEBRITI HOLLYWOOD YANG DILAHIRKAN DALAM KELUARGA BERADA

5 SELEBRITI HOLLYWOOD YANG DILAHIRKAN DALAM KELUARGA BERADA

Bacaan Lanjut
TERAPI OZON REKTUM, AMALAN KESIHATAN GWYNETH PALTROW YANG PELIK DAN MEMBIMBANGKAN

TERAPI OZON REKTUM, AMALAN KESIHATAN GWYNETH PALTROW YANG PELIK DAN MEMBIMBANGKAN

Bacaan Lanjut

BRAD PITT DAN KEKASIH BARUNYA, LE DOMAINE

Bacaan Lanjut
KEBENARAN MENGENAI HUBUNGAN CHRIS MARTIN & DAKOTA JOHNSON

RAHSIA PERHUBUNGAN CHRIS MARTIN & DAKOTA JOHNSON

Bacaan Lanjut