Skip to content

BEBAS COVID, NAMUN LEWIS HAMILTON GAGAL REBUT GELARAN JUARA

Kongsikan artikel ini

Berita baik untuk kesihatannya, namun kurang baik untuk kerjayanya.

Pelumba Formula Satu (F1) terkenal, Lewis Hamilton kembali beraksi di Abu Dhabi pada Ahad lalu namun malangnya tidak berjaya meraih gelaran juara.

Pada 1 Disember lalu, dia disahkan positif Covid-19, hanya beberapa hari selepas menjuarai Grand Prix Bahrain. Hamilton dilaporkan mengalami gejala ringan dan telah menjalani dua ujian sebelum keputusannya disahkan positif berikutan mempunyai kontak rapat dengan individu yang positif Covid-19.

Dan dalam perlumbaan terbaharu ini, Max Verstappen yang mendahului dari pusingan terawal muncul juara diikuti Valtteri Bottas di kedudukan kedua, dan Hamilton terpaksa berpuas hati di kedudukan ketiga.

Semoga 2021 membawa tuah buat Hamilton!

 

Foto: Formula1.com/Sumber: Daily Star

 

Pautan berkaitan: ALTIMET AKHIRNYA UNDUR DIRI

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG

Bacaan Lanjut
OUTFIT CHECK DI ITALIAN GRAND PRIX 2026!

OUTFIT CHECK DI ITALIAN GRAND PRIX 2026!

Bacaan Lanjut
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA

5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA

Bacaan Lanjut

5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA

Bacaan Lanjut
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES

GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES

Bacaan Lanjut
ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut