BOB DYLAN TERIMA PENGIKTIRAFAN NOBEL PRIZE
Penyanyi dan penulis lagu lagenda yang cukup terkenal, Bob Dylan akhirnya diberi penghormatan sebagai penerima Hadiah Nobel Sastera bagi tahun 2016. Penyerahan penghargaan itu dilaksanakan ketika dalam sebuah pertemuan berkonsepkan sederhana di Swedish Academy di Stockholm pada Sabtu lepas, seperti yang dilaporkan oleh media setempat, dipetik dari laman Independent.co.uk.
Buat pengetahuan, anugerah Nobel ini adalah salah sebuah anugerah berprestij mengiktiraf karya atau hasil kerja seseorang yang unik, tanpa mengira apa pun bentuk karya sekalipun dengan syarat ia mestilah memberikan inspirasi kepada penonton dan pengguna. Anggota Akademi Horace Engdahl telah pun memberi pengesahan bahawa Dylan telah pun menerima penghargaan tersebut, namun beliau enggan mengulas lebih lanjut.
Jelas wakil dari Akademi Horace Engdahl,’ Dylan merupakan penulis lagu yang pertama yang berjaya diiktiraf untuk menerima Hadiah Nobel. Pada waktu ini beliau sudah sebaris dengan dengan Thomas Mann, Samuel Beckett, Gabriel Garcia Marquez dan Doris Lessing. Malah, beliau yang berusia 76 tahun itu cukup dipandang tinggi berikutan karya dan ekspresi puitis beliau dalam tradisi lagu Amerika.’
Walaupun Bob Dylan masih belum menerima maklum balas bagi melayakkan beliau untuk menerima hadiah tunai bernilai USD 890 ribu, Dylan diberi waktu hingga 10 Jun untuk menyampaikan ucapannya. Dan khabar terbaru, sekretariat tetap dari Swedish Academy mengatakan pada Rabu lalu, Dylan akan memberikan ucapannya hanya melalui bentuk rakaman. Bob Dylan juga masih belum memberi kata putus sama ada beliau akan mengambilnya anugerah itu sendiri atau sebaliknya. Sama-sama kita nantikan.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 10 April 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA
Dalam lanskap filem Malaysia yang semakin berkembang, tidak banyak nama yang mampu menyaingi kehebatan dan pengaruh seperti Syamsul Yusof.
AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL
Augustin Eng mula dikenali sejak dia aktif berkongsi content menarik di media sosial. GLAM Lelaki mengenali ‘content creator’ muda ini lebih dekat.
“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL
Nama Nina Hasnul cukup dikenali lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat muzik dan fesyen tidak kira lelaki atau wanita.
NIK RIFA’IE: WAJAH UTAMA GL GANG & MENYELAMI KREATIVITI BINTANG BERBAKAT BESAR
Nik Rifa'ie yakin bahawa inisiatif ini akan membawa inspirasi kepada ramai, sekaligus membuka peluang baru.
LACOSTE STRIPS DOWN TAYLOR ZAKHAR PEREZ UNTUK KEMPEN TERBARU
Taylor Zakhar Perez tampil bergaya di hadapan lensa dengan hanya mengenakan Lacoste minimalist boxer briefs. Oh...hangat!
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD
Tiada ijazah diperlukan untuk bergelar selebriti berjaya di Hollywood namun lima bintang ini mempunyai latar belakang pendidikan yang mengagumkan.