Skip to content

CHAM VE ALAMI JANGKITAN KUMAN PADA JANTUNG

CHAM VE ALAMI JANGKITAN KUMAN PADA JANTUNG

Kongsikan artikel ini

Ahli kumpulan VE, Cham atau nama sebenarnya Charma Adizalilullah Abdul Khalil dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman pada bahagian jantung.

Penyanyi berusia 46 tahun itu kini sedang menerima rawatan lanjut di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Khabar duka itu dikongsikan oleh rakan artis yang juga bekas anggota VE, Lah Ahmad menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.

“Kepada sahabat yang mengenali kawan kita, Cham kini telah ditahan di wad PPUM semalam (Ahad) kerana jangkitan kuman pada jantung,” tulisnya.

Pelantun lagu Kau Tercipta itu turut memohon doa daripada orang ramai agar Cham diberi kesembuhan segera. Juga semoga dia dapat menjalani rawatan tanpa sebarang komplikasi serius.

“Dengan rendah diri saya mohon kawan-kawan sekiranya sudi sama-sama mendoakan kesihatan beliau agar kembali sembuh. Semoga segala urusan rawatan beliau berjalan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi yang serius hendaknya,” tambahnya.

Cham VE

Foto: Utusan

Tahap Kesihatan Cham

Tidak dapat dipastikan adakah penyanyi itu mempunyai isu kesihatan yang serius atau kronik. Namun dia tidak pernah berkongsi tentang sebarang masalah kesihatan bersama peminat sepanjang terlibat dalam industri seni.

Seorang lagi bekas anggota VE, Adeep Nahar memaklumkan dia sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada keluarga penyanyi itu.

“Maaf, saya sekarang berada di Singapura atas urusan kerja. Insya-Allah, saya akan cuba dapatkan pengesahan daripada ahli keluarga. Dan akan cuba kemas kini maklumat terkini mengenai keadaan Cham,” katanya menurut laporan BH Online.

 

Foto: Utusan

Pautan berkaitan: “SIAPA SANGKA SIFAT BARAN SAYA RUPANYA BERPUNCA DARI…” – CAPRICE SAHKAN DIRINYA MENGHIDAP PENYAKIT

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

CLIFF UMAR BERDEPAN HUKUMAN PENJARA LIMA TAHUN

CLIFF UMAR BERDEPAN HUKUMAN PENJARA LIMA TAHUN

Bacaan Lanjut
good vibes festival 2024

GOOD VIBES FESTIVAL KEMBALI JULAI INI DENGAN PEGGY GOU, J BALVIN, JOJI, RUSS DAN RAMAI LAGI

Bacaan Lanjut
PENGHIBUR IKONIK 70-AN, HAIL AMIR MENINGGAL DUNIA

PENGHIBUR IKONIK 70-AN, HAIL AMIR MENINGGAL DUNIA

Bacaan Lanjut
DOLLA SEKALI LAGI DIIKTIRAF DI PERINGKAT ANTARABANGSA

DOLLA SEKALI LAGI DIIKTIRAF DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Bacaan Lanjut
KONSERT AKU FAIZAL TAHIR LIVE IN KUALA LUMPUR BAKAL MENEMUI PEMINAT

KONSERT AKU FAIZAL TAHIR LIVE IN KUALA LUMPUR BAKAL MENEMUI PEMINAT

Bacaan Lanjut
WAJAH ERNIE ZAKRI TERPAMPANG DI PAPAN DIGITAL IKONIK TIMES SQUARE NEW YORK

WAJAH ERNIE ZAKRI TERPAMPANG DI PAPAN DIGITAL IKONIK TIMES SQUARE NEW YORK

Bacaan Lanjut