Skip to content

CLIFF UMAR BERDEPAN HUKUMAN PENJARA LIMA TAHUN

CLIFF UMAR BERDEPAN HUKUMAN PENJARA LIMA TAHUN

Kongsikan artikel ini

Cliff Umar berdepan detik hitam dalam hidup apabila didakwa atas kesalahan memiliki bahan terlarang.

Juara Gegar Vaganza musim ketujuh itu mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki heroin di Mahkamah Majistret. Pengakuan dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

Cliff atau nama sebenarnya Abdullah Umar Joseph didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 0.39 gram di tepi Jalan Persiaran Kewajipan, Subang Jaya, Selangor pada 26 Mei kira-kira pukul 3.30 petang.

Dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta yang sama. Jika disabit kesalahan, penyanyi berusia 42 tahun itu boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya.

Cliff Umar dadah heroin

Foto: Bernama

Cliff Umar Mohon Jaminan Dikurangkan

Dalam prosiding yang berlangsung, Timbalan Pendakwa Raya memohon tarikh baru bagi laporan kimia dan mencadangkan jaminan sebanyak RM6,000.

Peguam Cliff pula memohon jaminan rendah memandangkan penyanyi itu menanggung isteri dan empat anak yang masih bersekolah.

“Anak guam saya bekerja sebagai pemain muzik dengan pendapatan tidak menentu,” kata peguam Sallehuddin Salam.

Mahkamah kemudiannya membenarkan vokalis Projek Pistol itu diikat jamin sebanyak RM3,300 dengan seorang penjamin. Tarikh sebutan laporan kimia ditetapkan pada 31 Julai akan datang.

 

Foto: Facebook

Pautan berkaitan: G-DRAGON BIGBANG TERLIBAT DALAM SKANDAL DADAH?

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

CHAM VE ALAMI JANGKITAN KUMAN PADA JANTUNG

CHAM VE ALAMI JANGKITAN KUMAN PADA JANTUNG

Bacaan Lanjut
good vibes festival 2024

GOOD VIBES FESTIVAL KEMBALI JULAI INI DENGAN PEGGY GOU, J BALVIN, JOJI, RUSS DAN RAMAI LAGI

Bacaan Lanjut
PENGHIBUR IKONIK 70-AN, HAIL AMIR MENINGGAL DUNIA

PENGHIBUR IKONIK 70-AN, HAIL AMIR MENINGGAL DUNIA

Bacaan Lanjut
DOLLA SEKALI LAGI DIIKTIRAF DI PERINGKAT ANTARABANGSA

DOLLA SEKALI LAGI DIIKTIRAF DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Bacaan Lanjut
KONSERT AKU FAIZAL TAHIR LIVE IN KUALA LUMPUR BAKAL MENEMUI PEMINAT

KONSERT AKU FAIZAL TAHIR LIVE IN KUALA LUMPUR BAKAL MENEMUI PEMINAT

Bacaan Lanjut
WAJAH ERNIE ZAKRI TERPAMPANG DI PAPAN DIGITAL IKONIK TIMES SQUARE NEW YORK

WAJAH ERNIE ZAKRI TERPAMPANG DI PAPAN DIGITAL IKONIK TIMES SQUARE NEW YORK

Bacaan Lanjut