GL JULAI 2022: DR SAY SHAZRIL, HOT DAD DOCTOR ALERT!

Bodysuit, beg kulit & kasut SALVATORE FERRAGAMO.
Adakah Dr Say gembira berada di posisi saat ini?
Saya ingin mengatakan bahawa saya sangat berpuas hati dan bersyukur dengan setiap sisi penceritaan, dalam menuruti perjalanan kehidupan dan kerjaya sebagai anak, suami dan bapa.
Sekiranya diberi peluang, bagaimana Dr Say mengolahkan sisi kerjaya yang berlainan?
Setelah berhenti pengajian dalam bidang kepakaran, saya kini memasang impian untuk menjadi seorang pakar psikiatri kerana melihatkan ramai individu yang mendepani isu kesihatan mental.
Apakah bezanya dalam memegang peranan sebagai seorang doktor selebriti?
Seorang doktor lazimnya bakal bersemuka dengan pesakit secara one-one-one. Kemudian meneliti lalu mendiagnosis pesakit. Bezanya peranan saya sebagai doktor selebriti adalah berupaya untuk menjangkau lebih ramai individu. Sekali gus, menampilkan kandungan yang berkaitan dalam dunia perubatan atau kesihatan menerusi platform-platform sosial. Pendekatannya lebih kepada mencegah dan mendidik dari peranan kebiasaan seorang doktor normal.
Bagaimana anda fikir sukses telah mengubah perjalanan hidup anda?
Terus terang, saya tidak pernah terfikir bahawa saya boleh meraih pendapatan yang lebih daripada ibu bapa saya. Hanya kerana saya melihat betapa kompeten keduanya bekerja dalam persekitaran perkerjaan konvensional dari jam 8-5 untuk 5 hari seminggu. Bila saya menyatakan hasrat untuk berhenti dari melanjutkan pengajian dalam bidang kepakaran, mereka agak sedih. Bagi mereka, menjadi seorang pakar adalah satu-satunya cara untuk menjadi doktor yang sukses. Akan tetapi saya berjaya membuktikan kepada mereka dalam mengolahkan semula definisi sukses bagi kerjaya seorang doktor. Sekali gus, menggalas tanggungjawab serta kewajipan untuk keluarga serta diri sendiri.
Gaya peribadi Dr Say?
Gaya peribadi saya terdorong kepada gaya smart casual. Saya selesa dalam penampilan yang rapi lagi sleek. Turut menerapkan unsur keselesaan dalam memilih persalinan.
Ikon fesyen…
Di antara Chris Hemsworth dalam kempen Boss dan paduan gaya serta karismatik Henry Cavill yang begitu dapper.
Tiga item esensial fesyen anda?
Blazer, celana separa formal dan kasut loafer.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ALVN: 5 ACARA FESYEN BESAR PERNAH DIHADIRI
Impak ALVN di dalam dunia fesyen semestinya tidak mampu dinafikan lebih-lebih lagi apabila wajahnya sering kelihatan di acara fesyen dunia.
PILATES: SENAMAN BAHARU UNTUK LELAKI MODEN
Sudah tiba masa untuk keluar dari zon selesa dan masuk ke studio Pilates. Percayalah, badan anda akan berterima kasih
8 JENAMA FESYEN MANFAAT TEKNOLOGI AI
Jenama fesyen besar dunia kini tidak lagi bergantung pada iklan tradisional untuk menarik perhatian pelanggan. Teknologi AI adalah masa kini.
HENRY CAVILL WAJAH BAHARU LONGINES ELEGANCE
Aktor Henry Cavill membias gabungan kemewahan dan keaslian yang mencerminkan sepenuhnya kepercayaan Longines bahawa Elegance adalah Attitude.
GODAAN LONGINES ULTRA-CHRON CARBON
Longines terkenal dengan strategi mengeluarkan jam tangan baharu, utuh berpaksi pada menyelidiki arkibnya sarat warisan yang mengagumkan untuk dijadikan inspirasi. Jenama ekslusif ini juga jarang sekali memperkenalkan koleksi yang luar dari jangkauan. Maka wajarlah untuk GLAM Lelaki bersetuju bahawa Longines Ultra-Chron Carbon ini luar biasa. Walaupun Ultra-Chron mempunyai sejarah sejak tahun 1968 dan kebangkitan semula…
CHIC, ATHLETIQUE, LEMBARAN FESYEN KOLEKSI CRUISE 2024
Lembaran fesyen terakhir 2024, menampilkan ceraian-ceraian hangat koleksi Cruise 2024. Dari Louis Vuitton, Prada ke Celine.