GL JULAI 2022: DR SAY SHAZRIL, HOT DAD DOCTOR ALERT!

Kemeja-t & seluar monogram GUCCI X ADIDAS. Jam tangan LONGINES Spirit Zulu Time.
Apakah pembelian item fesyen terbaik setakat ini?
Pembelian terbaik adalah kasut berjalan yang berpunya gaya athleisure.
Bagaimana pula pembelian terburuk?
Jauh lebih banyak, salah satunya adalah beg briefcase kreasi satu rumah fesyen mewah ini. Saya baru sahaja memakainya sekali, segala perincian mengenainya kini seperti tidak mematuhi cita rasa juga tidak praktikal.
Cara Dr Say mengolah gerobok fesyen peribadi?
Dengan masa anda bakal didedahkan dengan cara untuk mengimbangi lalu mengekspresikan gaya peribadi yang tersendiri. Saya bermula dengan menghimpunkan ceraian pakaian asas antaranya, muscle tee bersama seluar jeans berpotongan slim fit. Dari situ saya akan menyarungkan blazer untuk menambahkan seri atau menaikkan stail peribadi.
Apakah yang dikumpul di dalam gerobok fesyen Dr Say?
Saya berpunya koleksi blazer Boss yang sudah tentunya menjadi kegilaan saya.
Adakah Dr Say berpunya rejim penjagaan wajah?
Setelah dibeleter oleh isteri, kini saya berpunya rejim penjagaan wajah. Juga memandangkan usia kita yang beralih ke fasa yang lebih matang. Kita bakal sedar akan tampilan perbezaan dan perubahan pada kulit. Bermula dengan pembersih muka, wajib setiap hari. Saya tidak memakai toner, sebaliknya hanya memakai pelembab muka setelah membasuh. Pada waktu pagi saya akan memakai pelembab muka serta krim sunblock, dan pada waktu malam pula saya akan memakai serum muka.
Produk penjagaan kulit terbaik anda sepanjang masa?
Lancôme Advanced Génifique Serum, terbaik untuk semua!
Apa rupa rejim senaman mingguan Dr Say?
Saya ingin memecah stigma yang berselubung kelompok bapa-bapa, di mana susuk badan menjadi tidak terurus. Senang kata, “dad bod” setelah bernikah. Rutin yang saya amalkan hanya split gym routine. Saya benci kardio kerana bila di gim, I’m the strength kind of person. Tidak perlu untuk memiliki ‘competition body’, sekadar hanya fit bagi mengekal kesihatan tubuh badan. Satu jam sudah memadai untuk 3 ke 4 kali sesi dalam seminggu kerana ada banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan dalam hidup ini.
Sedikit motivasi untuk pembaca?
Otot tidak dibina dengan sendirinya, anda tidak akan kelihatan “baik” hanya selepas sebulan meluangkan masa di gim. Ia adalah satu proses dan memerlukan konsistensi serta ketekunan. Saya sarankan untuk anda menggunakan mesin yang sedia ada. Ia selamat serta berfungsi sebaik free weight seperti dumbbell, barbell dan sebagainya.

Kemeja monogram & rantai logo DIOR. Jam tangan LONGINES Spirit Zulu Time.
Pautan Berkenaan: GL MEI 2022: IDRIS KHAN & EYKA FARHANA; WE GO HIGH!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
INSPIRASI BAHARU DUNIA FITNESS MALAYSIA: ‘NEXT-GEN FITFLUENCERS’
Temui barisan fitfluencer, ikon baharu dunia fit Malaysia yang sedang mencipta nama dan memberi inspirasi di media sosial.
KETAHUI 7 CARA UNTUK MENGATASI KULIT BERJERAWAT DAN SENSITIF UNTUK KAUM LELAKI
Masalah kulit berjerawat dan sensitif bukan hanya dialami oleh wanita, malah lelaki juga Ketahui tips atasi kulit berjerawat dan sensitif.
GAYA SELEBRITI ASIA DI MILAN FASHION WEEK MEN’S SS26
Selebriti-selebriti Asia mendominasi musim fesyen kali ini dengan wajah mereka berada di serata acara Milan Fashion Week Men's SS26.
HAEL HUSAINI & ALVN DI MILAN FASHION WEEK MEN’S SS26
Hael Husaini dan ALVN menjadi antara wajah dari Malaysia yang menghadiri acara Milan Fashion Week Men's SS26 tahun ini.
HYROX: PERLUMBAAN FITNESS PALING ‘NEXT LEVEL’ UNTUK LELAKI MASKULIN
Kenali Hyrox, trend kecergasan global kini tiba di Malaysia. Ketahui cara sertai, latihan, dan sebab lelaki maskulin wajib cuba.
ALVN: 5 ACARA FESYEN BESAR PERNAH DIHADIRI
Impak ALVN di dalam dunia fesyen semestinya tidak mampu dinafikan lebih-lebih lagi apabila wajahnya sering kelihatan di acara fesyen dunia.