GL OGOS 2022: HENLEY HII, ALWAYS CAMERA-READY!
PASKAL MELONJAKKAN POPULARITINYA LANTAS NAMANYA MENITI DARI BIBIR KE BIBIR PENGGEMAR FILEM AKSI TEMPATAN. HENLEY HII, 37, MULA MENCEBURI LAPANGAN SENI SETELAH MENJUARAI PROGRAM PENCARIAN BAKAT NYANYIAN BERBAHASA CINA; PROJECT SUPERSTAR MALAYSIA MUSIM KEDUA TAYANGAN SALURAN 8TV. SINGLE TERBARU YANG BERJUDUL CINTA KAU & AKU TAMPIL MENGIMBANGI SISI PROFILNYA SEBAGAI PENYANYI SERTA PENULIS LAGU YANG BERSENTUHAN NADA RETRO. ANAK JATI KOTA KINABALU YANG GILAKAN GIM INI TURUT TAMPIL MEMBINTANGI FILEM AKSI SERAM TERBARU, THE ASSISTANT. KINI TERDORONG MENGAMALKAN RUTIN SENAMAN CROSSFIT, HENLEY TERUS MENGGENGGAM MATLAMAT SERTA MOTIVASI UNTUK MEMPERKASAKAN IMEJ DIRI YANG SENANTIASA CAMERA-READY!
Pengarang Rencana & Arloji: ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Digital, Penata Gaya & Arahan Kreatif : MUZAMMIN MUZLAN Gambar : CHEE WEI Grooming : KF BONG Rambut : CKAY LIOW
Sedikit ringkasan mengenai latar belakang diri…
Saya berbintang Pisces dan merupakan anak jati Kota Kinabalu dan hanya menetap di Kuala Lumpur pada tahun 2005; dengan memegang matlamat untuk mengikuti program pencarian bakat Astro Talent Quest dan berjaya melayakkan diri sehingga ke peringkat akhir. Dua tahun kemudian, saya menaruhkan bakat nyanyian sekali lagi dengan memasuki program kendalian saluran 8TV iaitu Project Superstar Malaysia. Lantas, berjaya dinobatkan sebagai juara bagi program pencarian bakat nyanyian berbahasa Cina untuk musim keduanya pada tahun 2007. Mungkin ramai peminat, khususnya di kalangan orang Melayu tidak mengetahui perjalanan karier seni saya bermula sebagai penyanyi. Rata-ratanya mengenali Henley menerusi filem aksi ketenteraan Paskal yang sukses. Saat ini saya adalah seorang penyanyi juga penulis lagu, merangkap seorang pelakon yang selesa memegang watak aksi. Di samping itu, merupakan seorang suami dan pemuja lapangan kecergasan.
Apakah perkhabaran terkini Henley?
Mei lalu tampil membintangi filem terbaru arahan Adrian Teh, The Assistant dalam pada masa yang sama mengeluarkan single terbaru berjudul Cinta Kau & Aku yang bersentuh nada retro. Saya bakal kembali mewarnai pawagam tempatan September ini menerusi sekuel filem seram komedi Ada Hantu 2 yang mana filem asalnya ditayangkan pada Ogos tahun lalu di Disney+ Hotstar. Saya juga baru pulang dari berbulan madu bersama isteri di Sabah. Pauline Tan, juga berpunya kerjaya seni sebagai aktres juga hos.
Sesuatu yang menarik tentang Henley yang tidak semua orang tahu?
Saya sangat mengilai Dragon Ball. Saya rasa, saya tidak pernah berkongsi cerita ini kepada umum dan malam kemarin saya sempat menonton beberapa sirinya. Selain itu, saat ini saya obses dengan rutin senaman Crossfit. Ohh, saya juga seorang kaki durian!
Inspirasi muzik Henley…
Memandangkan saya membesar dalam era, di mana lapangan muzik kala itu dibanjiri dengan kumpulan atau grup vokal pop seperti Backstreet Boys, *NSYNC dan 98 Degrees; saya sangat berminat dan obses untuk berpunya kumpulan vokal sendiri. Itulah yang menjadi inspirasi lalu mendorong saya untuk berjinak dalam dunia seni suara. Namun, hari ini genre pilihan saya lebih bersandarkan kepada genre Rock; soft rock tepatnya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PEAK FITNESS MEMBAWA KECERGASAN BERTARAF DUNIA DI TRX
Peak Fitness, peneraju pantas dalam sektor kesihatan dan kecergasan kini melancarkan outlet utama mereka di Exchange 106, TRX, Kuala Lumpur.
5 FILEM PATRIOTIK MALAYSIA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN
Demi menyambut Kemerdekaan tahun ini, filem-filem patriotik boleh menjadi salah satu aspek menunjukkan semangat sebagai rakyat Malaysia.
BENTUK OTOT DALAM 30 HARI
Latihan ekstrem seperti rutin Crossfit mengetatkan dan menguatkan otot untuk memberi pembentukan otot dengan lebih pantas. Anda harus cuba!
5 SENAMAN KAKI YANG PATUT ANDA LAKUKAN DI GYM
Ia tidak selalunya menyeronokkan tetapi quote terkenal kata, anda tidak boleh sekali-kali skip rutin senaman kaki. Lagipun, kaki anda merupakan separuh badan anda dan senaman kaki yang betul boleh menyumbang penampilan lebih terbentuk.
5 PRODUK FESYEN MENARIK BULAN INI
Adakah anda sedang mencari idea fesyen baru? Ketahu lima produk fesyen menarik untuk dimiliki. #GLAMLelaki approved.
KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?
Tommy Hilfiger menyambut 100 tahun Disney dengan melancarkan koleksi kolaborasi Disney x Tommy. Semak item yang menarik dari koleksi ini.