Skip to content

GL OGOS 2022: HENLEY HII: ALWAYS CAMERA-READY! 06 Featured Image

GL OGOS 2022: HENLEY HII, ALWAYS CAMERA-READY!

Kongsikan artikel ini
2 of 4
GL OGOS 2022: HENLEY HII: ALWAYS CAMERA-READY! 02

Anting-anting PRADA

Antara superpower untuk tidak kelihatan atau berkebolehan untuk terbang, apakah yang bakal dipilih?

Sudah pasti saya memilih untuk terbang sebagai superpower saya. Hanya kerana sewaktu kecil dahulu, ayah pernah menceritakan kisah-kisah dongeng di mana orang Cina boleh berjalan di atas air juga berkebolehan untuk terbang. Saat itu, melihatkan filem-filem Kung Fu, saya benar-benar percaya bahawa kita boleh terbang. Juga ayah menyarankan untuk saya bermeditasi, buat memahami serta membayangkan tenaga rohani atau chi untuk masuk ke dalam badan. Haha.

Apakah intipati atau panduan sebenar kejantanan di abad ke-21 ini?

Pengalaman hidup adalah sangat-sangat penting sekalipun hari ini kita dibanjiri dengan pelbagai kemudahan teknologi untuk mencari kita mencari ilmu. Hanya dihujung jari! Namun, setiap perincian pengalaman yang kita lalui itulah yang bakal membentuk lalu dijadikan panduan untuk menelusuri kehidupan yang dikira misteri ini. Untuk sesiapa pun, tidak kira jantina. Pada tahun 2016 saya mendepani kegagalan untuk berumah tangga dan pada tahun berikutnya, kami tiga beradik kehilangan ibu buat selama-lamanya. Dalam tempoh tiga bulan ini, ia seperti satu proses pembelajaran bagi saya untuk memahami kesedihan dengan mendalami erti kehilangan orang yang tersayang.

Sebarang stigma terhadap lelaki yang ingin diubah?

Lelaki boleh menangis juga beremosi. Saya tidak sekali akan menyembunyikan emosi atau menghalang air mata untuk membasahi pipi. Menangis bukan simbol kelemahan. Menangis adalah satu keadaan semulajadi yang berlaku bila seseorang individu itu memberi respons terhadap perasaan sedih, takut, kecewa, malah gembira. Menangis tidak sepatutnya diklasifikasikan mengikut jantina. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, semua manusia berhak untuk melepaskan dan meluahkan perasaan sedih yang dirasainya.

Jika Henley bangun esok hari dan terperangkap dalam tubuh orang lain, siapa yang bakal menjadi pilihan?

Terlampau banyak di fikiran! Diantaranya adalah Bruno Mars dan Chris Hemsworth. Siapa yang tidak mahu menjadi Thor kan? Atau menjadi superstar seperti Bruno Mars!

 

2 of 4

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

PEAK FITNESS MEMBAWA KECERGASAN BERTARAF DUNIA DI TRX

PEAK FITNESS MEMBAWA KECERGASAN BERTARAF DUNIA DI TRX

Bacaan Lanjut
5 Filem Patriotik Malaysia Sempena Hari Kemerdekaan

5 FILEM PATRIOTIK MALAYSIA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

Bacaan Lanjut

BENTUK OTOT DALAM 30 HARI

Bacaan Lanjut

5 SENAMAN KAKI YANG PATUT ANDA LAKUKAN DI GYM 

Bacaan Lanjut
5 PRODUK FESYEN MENARIK BULAN INI

5 PRODUK FESYEN MENARIK BULAN INI

Bacaan Lanjut
KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

Bacaan Lanjut