Skip to content

#GL15TAHUN FASHION’S FUTURE CHAMELEON, NAZREEM MUSA

Kongsikan artikel ini

Menyingsing tirai usia yang ke-15 tahun, GLAM Lelaki menampilkan 15 persona bagi melengkapi spektrum energi yang sudah terbias sejak lebih sedekad lalu. Nama-nama ini terus terpintas lantang. Alfa dan Cemerlang, 15 tahun GLAM Lelaki membawakan FASHION’S FUTURE CHAMELEON, NAZREEM MUSA.

 

Kot, stoking & kasut tumit, VALENTINO

Pengarah Kreatif AIZAT AIDID & NISA HALID, Pengurus Projek, Pengarang Digital & Asst. Penata Gaya MUZAMMIN MUZLAN, Pengarang Gaya Hidup ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Fesyen & Penata Gaya JOHAN KASSIM, Pengarang Kecantikan JULIA AZMAN, Pengarah Seni & Pereka Grafik AMIRUL ARIFIN, Fotografi EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO, Grooming KHIR KHALID, SAHIR SABRI menggunakan YSL Beauty, Dandanan CKAY LIOW, JUNO KO

 

NAZREEM MUSA, 33,

Pengkarya kandung digital fesyen.

Dunia kini sudah berubah. Sedekad yang lalu seorang lelaki maskulin dianggap sebagai seorang individu yang kasar, berotot bak seorang seorang atlet dalam membuktikan kejantanannya. Dengan gaya dan arus fesyen yang semakin berkembang, lelaki masa kini juga bisa menggayakan nada merah jambu mahupun memakai solekan. Sebagai pemuja lapangan fesyen yang kental, Nazreem berjaya mengolahkan sisi gayanya yang individualistik langsung tampil inklusif.

Intipati maskuliniti masa kini.

Menjadi selesa dan yakin dengan penampilan anda sendiri. Bersikap jujur kepada diri sendiri boleh membawa anda ke satu posisi yang lebih berkualiti lalu mendorong anda ke potensi sebenar anda. Kebahagiaan bakal tiba bila anda benar-benar menjalani kehidupan yang terbaik lagi harmoni.

Stigma mengenai lelaki yang mahu diubah.

Definisi lelaki hari ini lebih meluas, tidak lagi berpandukan jenis susuk tubuh badan, menerusi ceraian pakaian atau gaya konventional yang dipaparkan. Namun, ia lebih kepada bagaimana dia menampilkan keperibadian dan penampilan dirinya yang serba mengimbangi juga bersifat terbuka.

Baju panas, kemeja, seluar & kasut, PRADA

Nasihat kepada usia 15 tahun dahulu?

Katakan YA untuk setiap peluang baik yang datang kepada anda. Setiap peluang yang anda dapat adalah seperti tiada hari esok. It is today, just do it.

Apa yang lebih penting buat seorang lelaki: Stail atau gaya fesyen?

Stail, bukan setiap orang mahu tampil menuruti gaya atau trend terkin. Ada yang lebih gemarkan gaya klasik dan ‘chill’. Stail mentakrifkan seseorang, ia merefleksikan pengenalan diri yang anda berikan kepada dunia. Anda tidak perlu berselimutkan dari kepala ke kaki dalam pakaian berjenama untuk menentukan siapa anda. Lelaki yang benar-benar bergaya adalah seorang individu yang memahami ‘mengapa’ motifnya untuk berpakaian dengan baik. Once he figures that out, the rest is cake.

Jam tangan & beg galas, MONTBLANC. Jaket, COS.

Apa yang membuatkan lelaki bergaya hari ini?

FIT IS KING. Pada penghujung hari, gaya adalah subjektif. Seseorang mungkin tidak menyukai apa yang anda pakai tetapi dua yang lain mungkin menggemarinya. Walau bagaimanapun, bagi saya mengenai cara pengolahan setiap ceraian atau potongan pakaian yang sesuai adalah kunci untuk mempunyai stail dan gaya yang hebat.

Siapakah antara ikon gaya lelaki yang telah membentuk atau mentakrifkan semula idea fesyen Nazreem?

Saya berpunya beberapa referensi tetapi sejak kebelakangan ini saya sangat teruja dengan cara Machine Gun Kelly membawa gaya peribadinya ke tahap yang lebih tinggi. Saya rasa seperti persalinannya di karpet merah atau acara yang dihadirinya begitu ikonik. Cara dia memadukan nada warna yang tampil bertenaga serta etos fesyennya adalah sesuatu yang saya kagumi. I don’t often say this, but I kinda wish I had everything he wears!. Lol

Pautan Berkenaan: #GL15TAHUN HIS LASTING IMPACT, KENJI CHAI

By Zuhairie Sahrom
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Rizal Rasid #GLBlackWhiteSeries

“SAYA AKAN MEMILIH ERNIE ZAKRI” – RIZAL RASID #GLBLACKWHITESERIES

Bacaan Lanjut

5 GAYA FESYEN BRIGHT VACHIRAWIT PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
ALESSANDRO MICHELE SERTAI RUMAH FESYEN VALENTINO SEBAGAI PENGARAH KREATIF

ALESSANDRO MICHELE SERTAI RUMAH FESYEN VALENTINO

Bacaan Lanjut
DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

DRIES VAN NOTEN UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA PENTAS FESYEN

Bacaan Lanjut
Uniqlo miracle air

5 SEBAB ANDA PERLU MELENGKAPKAN GEROBOK WORKWEAR ANDA DENGAN UNIQLO MIRACLE AIR

Bacaan Lanjut
Sisley Malaysia

SISLEY BUKA STOR FLAGSHIP PERTAMA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut