“KUKUHKAN NAMA DI MALAYSIA” – RIZAL RASID
- Mendalami Edisi New Gen 2023, apakah mitos Gen Z?
Salah satunya, adalah Gen Z juga Millenial malas. Saya punya ramai kenalan dari generasi ini, yang mana mereka yang lebih rajin berbanding generasi terdahulunya. Secara tidak langsung, menghadirkan cabangan kerjaya baharu.
- Cara Gen Zer berbeza daripada mana-mana generasi bila…
Gen Zer is bold and full of wild imaginations. Generasi ini juga lebih kreatif dari segi melaksanakan sesuatu perkara dengan cara yang berbeza.
- Siapakah individu yang mempengaruhi kehidupan Rizal?
Dari sisi muzik saya dipengaruhi oleh Afgan. Saya mahu memperjuangkan muzik sepertinya, turut mengagumi caranya memilih gaya serta persalinan. Effortlessly chic!
- Apakah kriteria yang paling penting buat pemuda Gen Zer?
Karakter dan personaliti. Dua perkara itu penting bagi saya apabila ia berkait dengan persahabatan dan perhubungan.
- Bagaimana pula gadis-gadis Gen zer?
Wanita adalah simbol kekuatan. Bagaimana saya membayangkan ibu saya, itulah cara saya membayangkan wanita, di mana mereka serba serbi kuat di setiap sisi.
- Beritahu GL sesuatu yang menarik mengenai Gen Zer?
Saya akan katakan Gen Z punya kebolehan yang tersendiri. Jangan sesekali memandang rendah kepada generasi ini.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AMANDA AMRY, PERSONALITI CHEEKY DAN WAJAH AYU
Amanda Amry, nama yang mungkin terkenal dalam kalangan pencinta muzik dan kecantikkan muda, GLAM Lelaki turut sempat menemubualnya.
HAEL HUSAINI, BAEKHYUN DAN RAMAI LAGI MENGADAKAN KONSERT OGOS 2025 INI
Bulan Ogos 2025 ini bakal dipenuhi dengan konsert dari seluruh dunia dan pelbagai genre buat peminat-peminat muzik di Malaysia.
IRFAN HARIS: FIGURA MUZIK MODEN BERGAYA
Irfan Haris Othman, penyanyi kelahiran Johor Bahru pada 29 November 2001, telah meniti perjalanan seni yang penuh warna sejak usia remaja.
KHABAR ANGIN JUSTIN BIEBER MUFLIS BENAR BELAKA?
Dalam dunia selebriti yang penuh drama, Justin Bieber menjadi bualan bukan kerana muzik terbaru, tetapi kerana satu dakwaan yang mengejutkan.
KENALI SAIXSE PENYANYI FENOMENA MALAMPAGI
Kehadiran Saixse adalah bukti bahawa bakat muda Malaysia mampu mencipta gelombang bukan sahaja di tanah air malah merentas sempadan.
SESI EKSKLUSIF #STYLEDBYJK BERSAMA GL GANG DAN JENAMA DENIM, LEE
Sembilan GL Gang hadir menyertai masterclass #styledbyJK bersama jenama denim, Lee. Sambil itu, mendekati koleksi musim bunga 2025 Lee.