Skip to content

DI SEBALIK PEMILIHAN NAMA PUTERA KEDUA NEELOFA & HARIS ISMAIL

DI SEBALIK PEMILIHAN NAMA PUTERA KEDUA NEELOFA & HARIS ISMAIL

Kongsikan artikel ini
2 of 2

Neelofa & Haris Ismail Pilih Nama Istimewa

Pasangan usahawan itu akan mendedahkan nama anak kedua mereka selepas genap seminggu kelahirannya iaitu pada hari Isnin, 17 Julai. “Nama hari ketujuh kita umum, Insya-Allah,” kongsi Neelofa di Instagram Story. Haris Ismail memaklumkan dia telah pun memilih nama buat puteranya dan ia merujuk pada hadis Rasulullah SAW.

“Buat masa sekarang nama anak sudah ada, Insya-Allah, saya dan isteri akan kongsi selepas genap tujuh hari. Nama untuk anak kedua ini juga memberikan maksud yang baik. Saya ingin berkongsi sedikit yang mana dalam Islam menyuruh umatnya menggunakan nama yang baik. Pada hari kiamat kelak, mereka akan diseru dengan nama itu. Malah dalam hadis Rasulullah pun ada menyatakan perkara ini,” katanya, menurut Harian Metro.

Neelofa

Foto: Instagram

Anak sulung pasangan itu, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022 juga diberikan nama dengan makna indah. ‘Muhammad’ adalah nama Nabi kita yang membawa maksud ‘terpuji’ dalam bahasa Arab. Bilal pula bermaksud ‘bulan purnama’, ‘kemenangan’, dan ‘pemenang’, juga nama sahabat Nabi Muhammad yang merupakan muazin pertama dalam sejarah Islam. Adakah nama anak kedua pasangan ini juga dari kalangan nama para sahabat Rasulullah SAW? Sama-sama kita nantikan.

 

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: NAMA ANAK TRAVIS SCOTT & KYLIE JENNER MENJADI BAHAN JENAKA PEMINAT ARAB

2 of 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Blink

“TIDAK SEMUA LELAKI ADALAH CHAUVINISTIC” – BLINK #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut

“GOOD THINGS TAKE TIME, DON’T BELIEVE IN SHORT GAIN.” – ROBERTO GUIATI #GLALPHAMEN2023

Bacaan Lanjut
MENGAPA ABDULLAH ABBAS MENJADI PILIHAN HARIS ISMAIL & NEELOFA?

MENGAPA ABDULLAH ABBAS MENJADI PILIHAN HARIS ISMAIL & NEELOFA?

Bacaan Lanjut
NEELOFA & HARIS ISMAIL BAKAL TIMANG CAHAYA MATA KEDUA

NEELOFA & HARIS ISMAIL BAKAL TIMANG CAHAYA MATA KEDUA

Bacaan Lanjut
NEELOFA & HARIS ISMAIL BAKAL TIMANG CAHAYA MATA KEDUA

NEELOFA & HARIS ISMAIL MENANTIKAN KEHADIRAN CAHAYA MATA KEDUA?

Bacaan Lanjut
PARIS HILTON BERKONGSI FOTO & SIMBOLIK NAMA ANAK PERTAMA

PARIS HILTON & CARTER REUM DIKURNIAKAN CAHAYA MATA PERTAMA

Bacaan Lanjut