MENDERA BEKAS TUNANG, MARILYN MANSON DIGUGUR DARI SYARIKAT RAKAMAN
Pelakon Evan Rachel Wood tampil dengan satu tuduhan serius mengenai bekas tunangnya, Marilyn Manson.
Dalam hantaran terbaharu di Instagram Isnin lalu, dia membuat dakwaan telah melalui penderaan ngeri yang dilakukan oleh Manson atau nama sebenarnya Brian Warner.
Wood sebelum ini sering berbicara mengenai pengalamannya menjadi mangsa penderaan, serangan seksual dan pemerkosaan. Bertahun-tahun, dia memilih untuk tidak menyebarkan nama pemangsa namun kini dia tampil membuat pendedahan.
Kini menerusi hantaran Instagram dan satu kenyataan kepada Vanity Fair, Wood meluahkan segalanya.
“Nama pemangsa tersebut adalah Brian Warner, juga dikenali dunia sebagai Marilyn Manson. Dia mula membentuk saya sewaktu saya bergelar remaja dan melakukan penderaan dengan teruk selama bertahun-tahun. Saya dimanipulasi supaya menyerah diri. Saya sudah tidak tahan hidup dalam ketakutan disebabkan penganiyaan, fitnah atau peras ugut.
“Saya berada di sini untuk mendedahkan siapa lelaki berbahaya ini dan menyeru industri-industri yang menyokongnya agar membuka mata, sebelum dia membahayakan lebih banyak nyawa lagi. Saya berdiri bersama mangsa-mangsa lain yang tidak akan berdiam diri lagi,” tulisnya panjang lebar.

Foto: Instagram
Hubungan pasangan ini bermula pada 2007, sewaktu Manson berusia 38 dan Wood 19 tahun. Pada 2010, mereka mengikat tali pertunangan namun berpisah pada tahun yang sama.
Selain Wood, sekurang-kurangnya enam lagi wanita turut membuat pendedahan pernah menjadi mangsa Manson. Tuduhan itu merangkumi penderaan seksual, psikologi, keganasan dan pelbagai gangguan lain.
Atas segala dakwaan tersebut, Manson digugurkan serta-merta daripada syarikat rakaman Loma Vista Recordings. Keputusan itu diumumkan sendiri oleh syarikat terbabit yang turut memberitahu, mereka turut menghentikan sebarang kerjasama membabitkan penyanyi tersebut.
“Susulan dakwaan Evan Rachel Wood serta beberapa wanita lain yang mendedahkan pernah didera Marilyn Manson, Loma Vista akan hentikan segala promosi terhadap album baharunya berkuat kuasa serta-merta.
“Disebabkan kebimbangan terhadap perkembangan kes itu, kami juga memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Marilyn Manson dalam sebarang projek di masa akan datang,” menurut kenyataan tersebut.

Foto: Scott Wintrow/Getty Images
Setelah menerima kecaman tanpa henti, Manson akhirnya membuka mulut mempertahankan diri di Instagram. Dia mendakwa tuduhan penderaan tersebut diputar belit oleh beberapa mangsa.
“Tidak dinafikan, karya seni dan kehidupan saya menjadi tarikan kontroversi sepanjang masa. Namun tuduhan terbaharu ini adalah putar belit yang sangat dahsyat.
“Hubungan intim saya sentiasa atas dasar suka sama suka serta mengikut cita rasa bersama. Entah bagaimana atau mengapa, mereka kini memilih untuk menipu mengenai kisah lalu. Itulah kebenarannya,” katanya.
Foto: Frazer Harrison/Getty Images
Pautan berkaitan: ALEX RODRIGUEZ DITUDUH SEBAGAI KAKI PEREMPUAN DAN PENIPU BERSIRI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL
Kami di GL tidak boleh menafikan personaliti serta aura tampan abang kepada YB Syed Saddiq itu.
JANGAN TERPERANGKAP! 7 TANDA LELAKI KAKI DERA YANG WANITA WAJIB TAHU
Ramai wanita tidak sedar mereka sedang bersama lelaki yang berpotensi menjadi kaki dera. Kenali tanda-tanda ini sekarang!
KHABAR ANGIN JUSTIN BIEBER MUFLIS BENAR BELAKA?
Dalam dunia selebriti yang penuh drama, Justin Bieber menjadi bualan bukan kerana muzik terbaru, tetapi kerana satu dakwaan yang mengejutkan.
JOHNNY DEPP KEMBALI DENGAN GAYA ‘SILVER FOX’ DALAM FILEM TERBARU DAY DRINKER
Johnny Depp, bintang legenda hadir dengan transformasi yang mengubah persepsi – satu gaya silver fox yang membangkitkan perbualan hangat.
TOM HARDY EFFECT: SENARAI WAJIB TONTON UNTUK ANDA
Tom Hard lebih daripada sekadar wajah garang dan berrahang tajam. Ia tentang intensiti yang membara, tenaga hebat dan aura maskulin.
SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA
Dalam lanskap filem Malaysia yang semakin berkembang, tidak banyak nama yang mampu menyaingi kehebatan dan pengaruh seperti Syamsul Yusof.