Dua Kisah Atlet Paralimpik Penuh Inspirasi
1. Hunter Woodhall: Pelari Paralimpik Professional.

Sumber: YONATHAN KELLERMAN
Dilahirkan dengan mempunyai kecacatan pada bahagian kakinya, kedua-dua belah kakinya diamputasi semasa kecil. Walaupun doktor telah mengesahkan bahawa beliau tidak lagi mampu untuk berjalan, namun, dia nekad berazam untuk membuktikan bahawa dia masih mampu untuk berjalan dengan belajar untuk berlari. Setelah mendapat pendidikan secara di rumah (homeschooled) pada awalnya, Woodhall kemudiannya dihantar ke sekolah awam pada Gred lima. Dia menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri di sekolah kerana sentiasa dicemuh kerana kecacatannya.
Ia sangat sukar bagi saya. Sepanjang tempoh itu, saya tidak bercakap dengan mana-mana orang mengenai hal tersebut dan termasuklah ibu bapa saya. Saya hanya pendam dalam diri sahaja. Tidak ada banyak perkara yang menarik berlaku sepanjang tempoh itu, saya hanya menghadapinya dan berusaha melaluinya hari demi hari. ” ujar Hunter dalam sebuah temu ramah oleh majalah People.
Walaupun dalam kesukaran untuk menyesuai diri di sekolah, Woodhall mendapat sokongan daripada beberapa rakan sekolah yang melayannya seperti “orang lain”. Dengan sokongan moral dari rakan dan keluarganya, beliau bersetuju untuk menjadi sebagai seorang atlet paralimpik. Hunter merasakan hidupnya telah berubah kerana dia berjaya menjumpa minat baru dalam hidupnya.
Malangnya, dalam usaha dia untuk mencapai cita-citanya, beliau menghadapi beberapa masalah seperti kewangan hingga ke kekurangan jurulatih yang mampu melatih atlet paralimpik. Akhirnya, Hunter meminta semula bantuan dari bekas jurulatihnya Tracy Sundlun. Dengan bantuan dan bimbingan Sundlun, Woodhall akhirnya berjaya mendapat perhatian daripada University of Arkansas dan menandatangani kontrak dengan pihak universiti berkenaan. Dia menjadi amputee berganda pertama yang menerima biasiswa Divisi 1 dalam trek dan padang.
Woodhall kini mengukir jalan baru untuk dirinya sendiri, dia terus menggunakan platformnya media sosial seperti Instagram dan TikTok untuk bersuarakan pendapat dan persoalan daripada netizen mengenai kecacatannya.
“Saya fikir seperti salah satu perkara terbesar yang telah saya pelajari, sama ada melalui kecacatan fizikal, sama ada kecacatan yang tidak dapat anda lihat, keadilan sosial, bangsa; mana-mana perkara ini, salah satu cara terbesar untuk seperti membantu dan mendidik orang melakukan perbualan, ” kata Woodhall dalam sebuah temu ramah bersama majalah People.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.











