Dua Kisah Atlet Paralimpik Penuh Inspirasi
2. Mallory Weggemann: Perenang Paralimpik Professional.

Sumber: Getty Image
Mallory Weggemann yang berasal daripada Minnesota menerima tiga suntikan epidural pertamanya pada seawal usia 18 tahun demi merawat sakit belakangnya yang berpunca daripada neuralgia postherpetic. Malangnya, apabila beliau menerima suntikan terakhirnya iaitu pada Januari 2008, atas sebab yang tidak dapat dijelaskan, Weggemann mengalami masalah kelumpuhan dari pinggang ke bawah kakinya.
Tanpa sebarang apa-apa petanda amaran, Mallory Weggermann yang merupakan seorang perenang yang sangat kompetitif sejak daripada usia 7 tahun lagi buntu apa bila mendapat berita bahawa dia tidak dapat menggunakan kakinya lagi. Setelah tiga bulan sejak kejadian tersebut iaitu pada April 2008, kakak Weggermann telah menjumpai sebuah artikel di surat khabar mengenai acara percubaan renang Paralimpik di Univeriti Minnesota dan mendesak beliau untuk menghadiri acara percubaan tersebut. Melalui sokongan dan dorongan keluarganya, Mallory Weggermann menghadiri acara berikut sebagai penonton bersama kakaknya dan bertemu dengan beberapa jurulatih Pasukan Nasional AS, serta bekas jurulatihnya, Jim Andersen. Sementara masih membiasakan diri dengan kecacatannya, Weggemann mendapati satu perkara tidak berubah, iaitu perasaan cintanya untuk berenang.
“Saya tiba di kolam renang pada malam itu, saya masih ingat bahawa saya berada dalam keadaan yang damai. Semestinya tiada apa yang rasa berbeza walaupun sesuatu yang hanya bersifat konyol seperti bau klorin tetapi, terasa sesuatu yang masih sama.”
Weggemann masih bertahan pada perasaan itu dan akhirnya naluri itu membimbingnya kembali ke minatnya dalam renang. Sejak daripada itu, pelbagai rekod kejohanan yang dicapinya sepanjang menyertai sukan Paralimpik.
“Saya menguburkan kepala saya (dalam air) dan dengan banyak cara, setiap kali saya berjaya memecah rekod, ia bukan kerana saya kurang upaya secara fizikal. Tetapi, kerana saya merasa seperti menentang tanggapan bahawa orang kurang upaya tidak mampu melakukan sesuatu.” katanya semasa dalam sebuah temu ramah di majalah People.
Setelah pelbagai cabaran dan halangan yang ditempuhi beliau, nasib Weggermann sekali lagi diuji dengan cabaran lain. Pada tahun 2014, beliau mengalami kecederaan pada yang melibatkan kerusi mandinya jatuh semasa di sebuah hotel di New York, dan dia mengalami kerosakan saraf kekal di lengan kirinya. Sejurus daripada kecederaan itu, Weggemann mengambil keputusan untuk bersara, tetapi dengan sokongan oleh jurulatih renang sekolahnya, dia berjaya kembali pulih untuk menyertai sukan Paralimpik 2016 di Rio.
“Tidak kira betapa sukarnya hidup, pada saat-saat tertentu, pastinya selalu ada cara untuk maju ke hadapan. Kita hanya perlu memilih untuk maju. Saya tahu bagaimana untuk melakukannya. Saya mengetahui bahawa selepas kelumpuhan saya. Saya tahu saya mempunyai kekuatan untuk melakukannya. Saya hanya perlu mencarinya lagi. “
Kini, Mallory Weggemann tertumpu untuk sedia dalam menyertai Sukan Paralimpik di Tokyo.
Artikel Berkaitan: CEDERA DALAM KEMALANGAN, KERJAYA TIGER WOODS BAKAL BERAKHIR?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.











