DUTA SELEBRITI LELAKI PERTAMA VICTORIA’S SECRET
Pelakon utama siri komedi Netflix, “Never Have I Ever”, Darren Barnet mencipta sejarah sebagai duta selebriti lelaki pertama untuk koleksi uniseks Victoria’s Secret Pink.
Dia mula mencipta nama selepas membintangi sebagai watak Paxton Hall-Yoshida dalam siri komedi popular Netflix berjudul “Never Have I Ever”. Kini, Darren Barnet mencipta sejarah selepas dilantik menjadi duta selebriti lelaki pertama untuk koleksi Gender Free untuk Victoria’s Secret Pink.

Kempen Victoria’s Secret Pink
Perlantikan Darren Barnet sebagai duta untuk koleksi Victoria’s Secret Pink merupakan usaha label pakaian dalam itu untuk mempromosikan koleksi uniseks Pink dan memberikan sokongan kepada inisiatif kesihatan mental. Ia turut sama meneruskan usaha label ini untuk menjadi lebih inklusif dan mampu milik kepada semua.
“Awalnya saya ingat saya perlu untuk menggayakan pakaian dalam. Saya tidak tahu mengenai koleksi uniseks ini, tetapi melihatnya saya terus menyatakan ya!” ujar Darren Barnet mengenai perlantikannya sebagai duta koleksi Victoria’s Secret Pink.

(Photo by Jon Kopaloff/Getty Images for Tom Ford Beauty)
Selain akan berkongsi item kegemarannya, pelakon campuran Jepun dan Amerika Syarikat berusia 31 tahun ini akan menyertai aktiviti Bulan Kesedaran Kesihata Mental Pink dan Instagram Live. Dia turut akan menjadi juri kepada biasiswa Pink With Purpose bersama Remi Bader dan Chloe x Halle.
Pada Jun tahun lalu, Victoria’s Secret mengumumkan langkah untuk menukar label mereka dengan menggantikan “Angels” dengan barisan wanita seperti Megan Rapinoe, Eileen Gu, Paloma Elsesser, dan Priyanka Chopra Jonas untuk mendefinisikan standard kecantikan. Bintang TikTok dan model, Remi Bader dilantik sebagai perunding saiz dan duta untuk koleksi Pink.

(Photo by Monica Schipper/Getty Images for Netflix)
Musim terbaharu siri, “Never Have I Ever” akan ditayangkan di Netflix pada bulan Ogos akan datang.
Foto: Getty Images & Instagram
Baca lebih lanjut: BANDARAYA YANG PALING ‘HORNY’ DI DUNIA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PELAKON LELAKI PALING MENARIK DALAM NETFLIX WEDNESDAY MUSIM 2
Kenali barisan pelakon lelaki menarik dalam Netflix Wednesday musim 2 dari Principal Barry Dort hingga Pugsley dan Gomez Addams.
7 FILEM DAN SIRI BAHARU DI NETFLIX PATUT TONTON
Filem dan siri baharu dari Netflix sentiasa menjadi penantian ramai, lebih-lebih lagi peminat yang ingin mengisi masa pada hujung minggu.
KEHANGATAN FILEM ANIMASI NETFLIX, K-POP DEMON HUNTERS
Filem animasi K-Pop Demon Hunters menjadi satu fenomena dalam kalangan peminat filem dan muzik, dengan keunikkannya sendiri.
BAHAGIAN TERBURUK DALAM SQUID GAME SEASON 3 (SPOILER ALERT)
Squid Game Musim 3 berjaya goncang dunia, tapi satu babak jadi punca peminat kecewa.
KENALI 7 PELAKON SIRI NETFLIX TERBARU, BET
Pelakon-pelakon siri terbaru Netflix, Bet bukanlah biasa. Wajah mereka juga sering dilihat di dalam siri atau filem Netflix yang lain.
TRAGIS TAPI BENAR: 7 SELEBRITI DUNIA YANG MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEMURUNGAN
Kemurungan ragut nyawa ramai selebriti dunia. Kisah mereka buka mata kita tentang pentingnya sokongan dan kesedaran kesihatan mental.