FIFA BENARKAN FAIZ SUBRI BERBAJU MELAYU DI ZURICH
Berita gembira yang sewajarnya dikongsi dan diraikan bersama semua rakyat Malaysia. Akhirnya, impian Mohd Faiz Subri untuk menyarung persalinan baju Melayu tradisional pada majlis Anugerah Puskás 2016 nanti akhirnya menjadi kenyataan.
Ini menandakan pada 9 Januari depan nanti pemain skuad Pulau Pinang itu bakal muncul di Zurich, Switzerland dengan berbaju Melayu setelah mendapat ‘kebenaran khas’ daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Perkara berkenaan disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin selepas pihaknya menghantar permohonan kepada FIFA. (Sumber: malaysia1news)
Sejak diumumkan sebagai pilihan Top 3 untuk The FIFA Puskás Award 2016, yakni anugerah untuk jaringan gol terbaik sepanjang tahun, pemain kelahiran Ayer Hitam ini melahirkan hasrat untuk memakai baju melayu ketika majlis itu nanti. Namun beliau kecewa apabila diberitahu bahawa pihak penganjur, FIFA tidak membenarkannya.
Walau bagaimanapun, Faiz tekad untuk tetap membawa sepersalinan baju melayu ke Zurich dan tidak menolak kemungkinan akan mengenakan persalinan itu di luar dewan. Dan kini, hasrat Faiz Subri akhirnya tercapai! Difahamkan, busana tradisional bernilai RM3,000 yang bakal disarung Faiz nanti dihadiahkan Institut Seni Malaysia Melaka sebagai tanda mengiktirafkan kejayaannya. Dan pasti kita sebagai rakyat Malaysia wajar berbangga kerana tradisi kita bakal ditayang dan disaksikan oleh seluruh dunia.
Faiz kini berentap dengan jaringan gol pemain dari Brazil dan Venezuela. Kemenangan The FIFA Puskás Award 2016 ditentukan melalui undian yang akan ditutup pada 9 Januari 2017 (Isnin). Jadi, jangan lupa untuk mengundi gol Mohd. Faiz Subri agar beliau membawa pulang anugerah ini. Anda boleh klik di sini untuk mengundi. Jom undi beramai-ramai!
Oleh Wan Mohd Firdaus
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
Terokai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga busana lelaki terkini di pentas peragaan tempatan.
5 FILEM YANG MEMBUKTIKAN BAKAT LAKONAN DAIYAN TRISHA
Biarpun sudah lama mengikuti atau baru mahu mengenali Daiyan Trisha, lihatkan lima sorotan filem terbaik yang menjadi bukti bakat lakonannya.
EMPAT TREND FESYEN PALING HANGAT SELEPAS FIFA WORLD CUP 2026
Daripada fenomena tas Hermès Haaland hingga trend warna icy blue, lihat empat trend hangat yang membuktikan hubungan rapat antara FIFA dan fesyen.
GABRIETTE SAH BERGELAR ISTERI MATTY HEALY MEMAKAI MATIÈRES FÉCALES
Gabriette bergelar isteri menggayakan haute couture bride daripada Matières Fécales dan hanya memegang sekuntum ros.
7 TEMPAT BERHIMPUN UNTUK MENONTON FIFA WORLD CUP 2026 FINALE DI KL & PJ
Meriahkan tontonan perlawanan akhir FIFA World Cup 2026 anda dengan tujuh tayangan awam di sekitar KL & PJ.
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.












