FASA BAHARU HUBUNGAN ROMANTIS TOM HOLLAND & ZENDAYA
Hubungan pasangan Spider-Man, Tom Holland dan Zendaya kini memasuki fasa lebih serius apabila dilaporkan membeli kediaman pertama mereka pada harga mencecah RM16 juta.
Rumah mereka terletak di Richmond, kawasan kejiranan kelas atasan di mana selebriti terkenal seperti Mick Jagger dan Angelina Jolie turut memiliki kediaman di situ. Lokasinya dikatakan tidak jauh dari South West London, tempat di mana Holland dilahirkan dan dibesarkan.
“Mereka sangat teruja dengan hartanah itu dan pembelian pertama mereka sebagai pasangan kekasih. Mereka amat mencintai satu sama lain dan mahukan kediaman pertama di London, tempat di mana Tom membesar. Semua orang gembira dengan keputusan mereka,” jelas satu sumber terdekat.
Tambahnya, pasangan itu kini sedang menjalankan beberapa proses ubah suai pada rumah idaman mereka.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN
Mew Suppasit sertai Montblanc menterjemah makna seni penulisan. Lihat gaya sofistikated ikon Thailand ini bergaya dengan produk Montblanc.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.











