FATTAH AMIN DAN AMIRA OTHMAN SAH BERNIKAH 14 SEPTEMBER INI
TIADA RAHSIA LAGI! FATTAH AMIN DAN AMIRA OTHMAN BAKAL BERNIKAH 14 SEPTEMBER INI. “DARI RAKAN SEKERJA KE RAKAN SERUMAH”-FATTAH AMIN.
Belakangan ini, media sosial hangat memperkatakan tentang hubungan rapat antara pelakon popular Fattah Amin dan penyanyi berbakat Amira Othman. Tarikh 14 September, yang juga merupakan hari lahir Fattah (lahir pada 14 September 1990), sering dikaitkan oleh netizen sebagai detik istimewa yang mungkin menyaksikan penyatuan pasangan selebriti ini dalam ikatan perkahwinan.
Spekulasi tersebut akhirnya terjawab apabila Fattah dan Amira sah akan melangsungkan pernikahan pada 14 September 2025, jam 9.00 malam. Pengumuman rasmi itu dibuat dalam satu majlis pelancaran single terbaharu Amira bersama adiknya, Irfan Haris, yang berlangsung pada jam 3 petang tadi. Fattah mengejutkan para hadirin apabila hadir ke majlis tersebut secara mengejut dan terus berkongsi berita gembira mengenai perkahwinan mereka.
Amira berkata, “Alhamdulillah, doa dari kalian semua dan benda baik kita kongsi juga hadiah kepada peminat-peminat yang selalu sokong kami.”
Sempena pengumuman istimewa itu, Fattah dan Amira turut mengumumkan kerjasama bersama Unifi TV dalam sebuah program eksklusif bertajuk Setulus Takdir. Program ini bakal menyiarkan acara akad nikah mereka secara langsung melalui aplikasi Unifi TV 2.0, yang boleh ditonton secara percuma oleh semua pengguna.
SETULUS TAKDIR FATTAH & AMIN
Menariknya, Setulus Takdir bukan sekadar siaran langsung akad nikah, tetapi turut menampilkan beberapa episod istimewa yang merakam perjalanan cinta Fattah dan Amira menuju hari bahagia, termasuk detik-detik manis yang belum pernah dikongsikan kepada umum sebelum ini.
Dengan pengumuman ini, peminat setia kedua-dua selebriti itu pastinya teruja menantikan momen penuh makna yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Artikel berkaitan: FATTAH AMIN, “TAHUN INI SAYA INGIN MEMBERI FOKUS YANG LEBIH KEPADA KERJAYA SAYA.”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PERSONALITI LELAKI TAMPIL STYLISH DALAM REKAAN RIZMAN RUZAINI
Hael Husaini, Anuar Zain, Syamel, Fattah Amin dan Nicholas Saputra tampil memikat dalam rekaan eksklusif Rizman Ruzaini.
GL25: SOROTAN YANG MENCORAKKAN BUDAYA LELAKI MODEN
Tahun 2025 sekali lagi menyaksikan bagaimana GLAM Lelaki terus memimpin naratif gaya hidup lelaki Malaysia melalui GL25.
GL25: SOROTAN PENUH GAYA BERSAMA GLAM LELAKI 2025
GLAM Lelaki mengimbau kembali detik-detik berharga bersama selebriti, GL Team dan pelbagai jenama sepanjang 2025 dalam GL25.
TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI MALAYSIA DENGAN GAYA RAMBUT PALING ‘ON-POINT’
Total Grooming Check oleh GLAM Lelaki menyorot gaya rambut Robert Pattinson & selebriti lelaki Malaysia yang menjadi rujukan grooming moden.
Ernie Zakri, Fattah Amin, Adam Lee & Jazmy Juma Cemerlang di ABPBH ke-37
Ernie Zakri dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 37, mengatasi saingan sengit daripada finalis top 5 lain.
6 ARTIS LELAKI YANG BERKAHWIN PADA TAHUN 2025
Tahun 2025 dipenuhi dengan berita artis-artis lelaki yang berkahwin bersama wanita pilihan mereka yang cukup jelita.











