KENALI AMIRA OTHMAN, WANITA YANG DIPIKAT OLEH FATTAH AMIN
Baru sahaja mengumumkan perkahwinan mereka, Amira Othman merupakan wanita yang berjaya dipikat oleh hero malaya, Fattah Amin.
Nama Amira Othman bukan lagi asing di persada seni tanah air. Dilahirkan pada 26 Oktober 1993, wanita berwajah manis ini membuktikan bahawa bakat dan ketekunan mampu menempatkan dirinya dalam pelbagai cabang industri hiburan. Dari dunia nyanyian ke layar perak, Amira berjaya membina reputasi sebagai figura serba boleh yang disenangi ramai. Segalanya bermula pada tahun 2013 apabila Amira menjejakkan kaki ke Akademi Fantasia musim ke-10. Walaupun hanya menamatkan perjalanan di tempat kelima, platform ini menjadi titik tolak kepada kerjaya seninya. Nama Amira mula dikenali dengan single “Hati-Hati” (2015), hasil ciptaan Faizul Sany, Hael Husaini dan Mike Chan. Lagu ini yang melonjakkan popularitinya sebagai penyanyi. Lagu-lagu berikutnya seperti “Jaga-jaga” yang turut menjadi OST drama Abang Bomba I Love You dan “Mimpi Indah” mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai artis versatil.
Bukan hanya di pentas nyanyian, Amira turut membina nama sebagai pelakon. Wataknya sebagai Lily dalam drama fenomena Abang Bomba I Love You bergandingan dengan Hisyam Hamid turut menjadi sebutan. Karier lakonannya turut diikuti dengan penampilannya dalam Red Velvet bersama Alif Satar dan Neelofa. Lakonannya yang natural menjadikan Amira cepat diterima penonton.
Baca: KENALI BAND POP ROCK HANGAT, EMPTY PAGE
Nama Melonjak Semula Sejak Tahun 2025
Tahun 2025 menyaksikan Amira kembali dengan single terbaharu berjudul “Bila Nak Kahwin?”. Istimewanya kali ini, Amira bukan sahaja menyumbangkan suara, tetapi juga terlibat secara langsung dalam penulisan lirik bersama Omar K dan Iqie Hugh. Ini menzahirkan sisi kreatif yang lebih matang dan peribadinya. Muzik video ini turut menampilkan Amira bersama pasangan hatinya yang masih saling mengenali ketika itu, Fattah Amin. Di sebalik kerjaya yang sibuk, aura Amira terus menyerlah. Bukan sahaja sebagai artis, tetapi juga sebagai wanita yang berjaya menawan hati Fattah Amin. Pasangan ini sering menjadi sorotan ramai, membuktikan bahawa Amira bukan sekadar berbakat, malah memiliki keperibadian menawan yang melengkapi figura lelaki pujaan Malaysia itu.
Bakal melangsungkan perkahwinan pada 14 September 2025, berita tergempar ini diumumkan oleh bakal pengantin lelaki sendiri, Fattah Amin pada 8 September 2025. Bibit perkenalan pasangan manis ini menjadi ikutan netizen kerana kemesraan mereka yang minimalis. Kempen-kempen dan penggambaran yang dilakukan bersama mungkin menjadi salah satu faktor cinta itu mekar selepas pengenalan mereka. Wajah Amira Othman dan Fattah Amin yang menghiasi jenama-jenama tempatan turut menjadi salah satu bukti, nama Amira sememangnya meningkat tahun ini. Kini, selain daripada persiapan perkahwinan, Amira Othman juga baru sahaja mengeluarkan duet bersama adik lelakinya, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir.
Baca: SELEBRITI TEMPATAN YANG MENJADI WAJAH JENAMA ANTARABANGSA
Pautan berkaitan: 5 GAYA PASANGAN FATTAH AMIN DAN AMIRA OTHMAN
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
POWER COUPLE DI MALAYSIA: 6 PASANGAN YANG MENJADI TUMPUAN RAMAI
Power couple di Malaysia cukup ramai dalam kalangan pasangan selebriti dalam industri. Setiap dari mereka cukup menawan dan ikonik.
TAHNIAH! FATTAH AMIN & IKMAL AMRY SAMBUT KEHADIRAN AHLI KELUARGA BAHARU
Berita gembira hadir apabila dua GL Boys, Fattah Amin dan Ikmal Amry berkongsi khabar bahagia mengenai kelahiran cahaya mata mereka.
FATTAH AMIN DAN AMIRA OTHMAN TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA
Fattah Amin dan Amira Othman kini menikmati fasa baharu dalam kehidupan apabila selamat menimang cahaya mata pertama mereka, seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Jarir Umar Abdul Fattah.
HARI BAPA 2026: 8 SELEBRITI LELAKI TERKENAL INI JUGA SEORANG BAPA YANG HEBAT!
Tahun 2026, kita turut meyambut Hari Bapa dan meraikan bapa-bapa di dunia, termasuklah selebriti tempatan yang bergelar seorang ayah.
20 LAGU YANG BAKAL BERENTAP DI ANUGERAH JUARA LAGU KE-40 SEPARUH AKHIR
Aina Abdul, Dayang Nurfaizah, Haqiem Rusli dan Imran Ajmain antara penyanyi yang tersenarai dalam separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-40.
5 PERSONALITI LELAKI TAMPIL STYLISH DALAM REKAAN RIZMAN RUZAINI
Hael Husaini, Anuar Zain, Syamel, Fattah Amin dan Nicholas Saputra tampil memikat dalam rekaan eksklusif Rizman Ruzaini.











