G-DRAGON BIGBANG TERLIBAT DALAM SKANDAL DADAH?
Baru beberapa hari lalu bintang Parasite, Lee Sun Kyun didakwa terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah. Kini giliran G-Dragon pula menerima pertuduhan sama.
Bagaimanapun berbeza dengan Lee Sun Kyun yang diletakkan dalam tahanan polis, tiada penahanan dibuat terhadap ketua kumpulan BigBang itu. G-Dragon dilaporkan dipanggil ke Balai Polis Incheon untuk siasatan selepas beberapa bukti terarah kepadanya. Bagaimanapun dia dilepaskan tidak lama kemudian.
Menurut kenyataan pihak berkuasa, mereka tidak akan mendedahkan butiran khusus kepada media memandangkan siasatan masih dijalankan. Dalam masa sama mereka enggan mengulas sama ada ia mempunyai kaitan dengan kes dadah Lee Sun Kyun.

Foto: Koimoi
Selain dua aktor ini, pihak polis dilaporkan sedang cuba mengenal pasti enam suspek lain termasuk seorang pekerja seni hiburan, komposer dan penyanyi.
Agensi pengurusan Big Bang, YG Entertainment juga enggan memberi respons kerana penyanyi itu bukan lagi di bawah tanggungjawab mereka.
“Sukar untuk memberi maklum balas secara rasmi kerana dia bukan lagi artis naungan kami. Kontraknya tamat pada 6 Jun lalu.”
Bukan Pengalaman Pertama G-Dragon
G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong pernah berdepan tuduhan sama pada 2011. Dia ditangkap ketika sedang menghisap ganja di luar sebuah kelab malam di Jepun.
Bagaimanapun katanya ia berlaku secara tidak sengaja kerana rokok yang dihisapnya adalah pemberian peminat dan dia tidak tahu ia mengandungi ganja.

Foto: Namaste Hallyu
Bercakap kepada hos rancangan SBS Healing Camp setahun kemudian, penyanyi berusia 35 tahun itu berkata dia memberi kerjasama ketika diminta melakukan ujian air kencing dan rambut kerana yakin dirinya tidak bersalah.
“Bagaimanapun hasil ujian yang diperolehi positif. Saya amat malu. Saya rasa tidak adil kerana saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.” Disebabkan kurangnya bukti atas tuduhan itu, kes tersebut akhirnya digugurkan.
Pautan berkaitan: ISU KETAGIHAN DADAH: BILIK JUSTIN BIEBER DISELINAP MASUK PENGAWAL PERIBADI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
G-DRAGON BAKAL GEGARKAN PENTAS AXIATA ARENA BUKIT JALIL
Buat peminat di Malaysia, G-Dragon akan kembali ke Kuala Lumpur untuk menjayakan konsert Übermensch World Tour!
10 LAGU BARU DILANCARKAN MENJADI PILIHAN GLAM LELAKI
Sebagai pencinta muzik, kita akan sentiasa mengambil tahu tentang setiap lagu baru untuk menambah kepelbagaian di dalam playlist.
TIRU GAYA RAMBUT BARU IKONIK IDOLA K-POP
Gaya rambut memainkan peranan besar buat lelaki. Setiap gaya rambut atau warna mampu mengubah aura yang ingin ditonjolkan.
G-DRAGON KEMBALI BERAKSI DI PENTAS KONSERT JELAJAH DUNIA
Konsert solo yang diberi nama Ubermensch itu akan dimulakan dengan dua persembahan di Goyang yang terletak di barat laut Seoul.
GAYA PUSHING THE BOUNDARIES G-DRAGON
Dalam dunia fesyen, G-Dragon sentiasa mendahului trend, dan di pertunjukan Chanel SS25 Haute Couture, dia membawa tuxedo ke tahap baharu.
TIRU STAIL! GAYA SELEBRITI LELAKI MENGGAYAKAN TAS TANGAN UNTUK KEGUNAAN HARIAN
Kini, semakin ramai lelaki yang menggayakan tas tangan sebagai sebahagian daripada gaya fesyen mereka walaupun dalam kehidupan harian.