G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DENGAN POWER
Tujuh tahun menyepi daripada dunia muzik solo, G-Dragon akhirnya muncul dengan buah tangan terbaru buat peminat.
Single yang diberi judul Power ini nyata tidak mengecewakan. Dengan rentak catchy dan lirik penuh makna, terbukti ‘taring’ penyanyi ini masih lagi berbisa.
Menurut pemuzik yang terkenal dengan jolokan ‘Raja K-Pop’ itu, lagu ini menandakan era muzik dan era G-Dragon yang baru.
“Saya mengekspresi diri melalui muzik. Lagu ini menandakan sebuah era baru dan saya berharap ia dapat memberi inspirasi kepada peminat yang mendengarnya,” katanya.
Kolaborasi Dengan Label Palestin
Power ditulis oleh G-Dragon sendiri bersama penulis lagu terkenal iaitu Tommy Brown, Theron Thomas dan Steven Franks. Ia dikeluarkan oleh agensinya, Galaxy Corporation dengan kerjasama syarikat rakaman yang sedang meningkat naik, Empire.
Kolaborasi antara dua syarikat ini mengejutkan ramai peminat terutama selepas mengetahui Empire dimiliki oleh Ghazi Shami, usahawan Palestin yang lantang bersuara mengenai serangan kejam Israel terhadap rakyat Palestin.
Pemuzik berusia 36 tahun ini merupakan artis Korea pertama yang berkolaborasi dengan syarikat rakaman itu. Dengan status sebagai ikon K-Pop, tindakannya tentunya meraih pujian ramai peminat.
Allkpop melaporkan peminat K-Pop merentasi fandom berbeza memuji keputusan penyanyi itu untuk berkongsi platformnya dengan usahawan Palestin saat suara dan nyawa rakyat Palestin diketepikan sehingga kini.
G-Dragon Semakin Laku
Menurut Galaxy Corporation, G-Dragon akan terus aktif dengan pelbagai projek selepas melancarkan album baru.
“Selepas membuat kemunculan semula, dia akan menjayakan aktiviti global termasuk projek di Jepun. Cawangan kami di Jepun akan memberi sokongan padu terhadap aktiviti yang dijalankannya selepas ini.”
Dragon meninggalkan agensi YG Entertainment tahun lalu dan menandatangani kontrak eksklusif dengan Galaxy Corporation. Sejak itu dia terlibat dengan pelbagai aktiviti antaranya menghadiri acara Consumer Electronics Show (CES) 2024 yang diadakan di Las Vegas pada Januari lalu.
Dia turut mengumumkan kerjasama dengan Yoshiki, ketua dan pemain dram kumpulan rock legenda Jepun, X Japan.
Foto: YouTube
Pautan berkaitan: G-DRAGON SUMBANG KEPAKARAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BIG BANG MENGEJUTKAN PEMINAT SELEPAS 7 TAHUN
Selepas tujuh tahun, kumpulan lelaki terkenal dari Korea Selatan, BIG BANG akhirnya kembali semula tanpa dirancang. Kumpulan lelaki yang membawa fenomena dari Korea Selatan hingga serata dunia, BIG BANG akhirnya kembali dan membuat persembahan bersama tanpa dirancang. Salah seorang ahli BIG BANG, Taeyang telah melakukan konsertnya, The Light Year di Seoul pada 31 Ogos dan…
G-DRAGON BERI KEJUTAN KEPADA PEMINAT SEMPENA ULANG TAHUN KE-34
Sempena meraikan hari istimewanya, G-Dragon membuat kejutan dengan membuka satu lagi akaun Instagram rasmi. Sehingga kini ia telah mencapai lebih 138,000 ribu pengikut.
G-DRAGON SUMBANG KEPAKARAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN
Bermula sebagai penyanyi rap, penulis lagu, anggota kumpulan Bigbang seterusnya usahawan, G-Dragon menambah satu lagi jawatan ke dalam profil kerjayanya.
G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK
'Raja K-Pop' ini sedang dalam persiapan menghasilkan album solo sebagai buah tangan terbaru buat peminat.
G-DRAGON BIGBANG TERLIBAT DALAM SKANDAL DADAH?
Baru beberapa hari lalu aktor Lee Sun Kyun didakwa terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah. Kini giliran G-Dragon pula menerima pertuduhan sama.
4 SELEBRITI ASIA YANG MEMILIKI JENAMA GAYA HIDUP TERKENAL
Selain ikon Hollywood seperti Gwyneth Paltrow dan Jared Leto, bintang Asia juga tidak ketinggalan mengasaskan jenama gaya hidup sendiri.