GL PICKS: MODEL LELAKI MALAYSIA YANG BERPOTENSI BERJALAN DI MINGGU FESYEN LELAKI MILAN & PARIS
Dunia fesyen lelaki antara satu ruang global dan sangat inklusif. Milan dan Paris kekal sebagai dua pentas paling berprestij. Di mana kedua- dua tempat ini menjadi pentas peragaan gaya estetika, identiti dan disiplin profesional global. Di tengah arus perubahan yang semakin meraikan kepelbagaian wajah dan budaya, model lelaki Malaysia kini turut mencuri perhatian. Bukan sekadar wajah menarik, tetapi juga karakter, kehadiran dalam kamera dan potensi naratif yang kuat.
Berikut antara model lelaki Malaysia yang dilihat berpotensi menjejakkan kaki di Minggu Fesyen Lelaki Milan & Paris.
#1 Ridzman Zidaine
Ridzman Zidaine bukan sahaja menjadi salah satu wajah model paling menonjol dari Malaysia, tetapi dia juga mencipta sejarah dalam dunia fesyen antarabangsa. Pada usia awal 20-an, Ridzman telah menjadi model Malaysia pertama yang membuka pertunjukan untuk jenama ikonik Louis Vuitton pada show Men’s Pre-Fall 2024 di Hong Kong, satu pencapaian yang jarang dicapai oleh model Asia Tenggara.
Ridzman kemudian meneruskan momentum itu dengan membuka runway Louis Vuitton Autumn/Winter 2024 di Paris Fashion Week, menjulang nama Malaysia di pentas fesyen global. Struktur tubuhnya yang tinggi, keyakinan langkah dan kehadiran yang matang menjadikan Ridzman calon kuat hadir di minggu fesyen utama seperti Milan dan Paris, bukan sekadar sebagai model, tetapi sebagai salah satu wajah yang mampu membawa naratif fesyen Malaysia ke pentas dunia.
2. Daniel Fleischer
Daniel Fleischer adalah salah seorang model lelaki Malaysia yang semakin menaik dalam dunia fesyen tempatan. Dia merupakan sebahagian daripada Topboi Citizen, agensi model yang sama yang memperkenalkan Ridzman Zidaine ke pentas fesyen global. Daniel memulakan kerjaya modelling sejak umur 18 tahun selepas ditemui oleh pengasas Topboi Citizen, Ridduan “TTFGA” Ismail, ketika dia sedang berjalan di sekitar Kuala Lumpur. Pengalaman ini membuka peluang baginya menjelajah dunia fesyen, dengan portfolio yang merangkumi pelbagai gaya editorial dan pendekatan visual kreatif.
Aura Daniel yang tenang di depan kamera dan keupayaannya membawa gaya fesyen yang versatil. Daripada streetwear edgy hingga konsep editorial lebih eksperimental, menjadikan Daniel calon yang sesuai untuk mengikuti jejak langkah Ridzman di pentas Milan & Paris.
Daniel Fleischer memiliki daya tarikan editorial yang halus dan versatil. Wajahnya berupaya menyampaikan naratif kreatif sama ada minimalis, klasik atau avant-garde. Menjadikannya pilihan ideal untuk rumah fesyen utama. Aura tenang dan keyakinan di hadapan kamera menambah nilai kepada profilnya, sekaligus memenuhi kehendak reka bentuk fesyen moden yang semakin memerlukan keunikan visual.
#3 Gbril
Gbril merupakan salah seorang model lelaki Malaysia yang sedang meningkat naik dalam dunia fesyen tempatan dan berpotensi besar untuk menjejaki jalan ke pentas antarabangsa seperti Milan dan Paris. Dia memulakan kerjaya modellingnya secara rasmi pada tahun 2022 apabila membuat debutnya di runway koleksi Neonate di Kuala Lumpur Fashion Week, yang membuka peluang untuknya terus melangkah ke pertunjukan lain selepas itu.
Sejak itu, Gbril bukan sahaja memperagakan rekaan pereka fesyen tempatan tetapi juga membina portfolio yang kukuh di media fesyen, termasuk penampilan dalam kempen seperti koleksi bersama MSYD dan Kitwoo.
Apa yang membezakan Gbril adalah keupayaannya membawa dirinya dengan penuh keyakinan di atas runway, serta dedikasi untuk menggali pengalaman baru dalam oblik lain seperti lakonan. Kombinasi ini memberi gambaran bahawa dia bukan sekadar wajah di catwalk, tetapi juga seorang model berkarakter dan serba boleh. Antara personaliti yang sering dicari oleh rumah fesyen global apabila memilih wajah untuk pertunjukan Milan atau Paris.
#4 Aniq Razak
Aniq Razak adalah salah satu wajah model lelaki Malaysia yang semakin mendapat perhatian dalam industri fesyen tempatan. Dia mula serius dalam dunia peragaan selepas dihantar gambar dirinya semasa tempoh lockdown dan kemudiannya berjalan di beberapa pertunjukan runway termasuk Mercedes-Benz Fashion Week serta menjadi inspirasi kempen dan muka depan majalah.
Aniq dipuji kerana ketenangan dan kehadiran yang natural di hadapan kamera, dua kualiti penting yang membezakan model yang hanya kuat secara visual dengan mereka yang mampu membawa naratif kuat pada runway antarabangsa. Aura tenang itu membantu beliau memancarkan keyakinan yang diperlukan oleh jenama fesyen global.
Lebih menarik lagi, Aniq datang ke dunia fesyen dengan latar belakang yang unik. Dia turut melengkapkan pendidikan di luar catwalk dan pernah mengimbangi karier modeling dengan pengajian undang-undang. Pengalaman pelbagai ini memberi kedalaman personaliti yang jarang ditemui dalam model lelaki biasa, sekaligus menjadikan Aniq calon yang relevan untuk pentas Milan dan Paris yang semakin menghargai identiti dan cerita personal di sebalik wajah.
Artikel Berkaitan: PARIS MEN’S FASHION WEEK 2026: APA KATA PENULIS GLAM LELAKI?
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANUGERAH GRAMMY 2026: MALAM MENGIKTIRAF MUZIK DUNIA
Anugerah Grammy 2026 sekali lagi membuktikan status mereka sebagai pentas paling berprestij dalam industri muzik global di acara mereka.
SELEBRITI MALAYSIA YANG MENYERTAI HYROX OSAKA 2026
HYROX Osaka 2026 menampilkan selebriti Malaysia yang uji stamina & mental, termasuk debut Shahizan Ismail dan Ahmad Ezrinloy.
SHINEE MINHO SERTAI HYROX OSAKA 2026 SEBELUM KONSERT SMTOWN FUKUOKA
Di sebalik jadual padat SHINee, Minho sempat menyertai HYROX Osaka 2026 sebelum tampil di pentas SMTOWN LIVE Fukuoka.
TEMU BUAL BERSAMA ANDREW PUTRA, PEMILIK GIMME, UNISEX LIFESTYLE BRAND DARI JAKARTA
GLAM Lelaki menemu bual pengasas GIMME iaitu Andrew Putra. Bertanya tentang visi dan latar belakang Andrew sendiri.
JOONG ARCHEN IN KUALA LUMPUR: PELANCARAN CONCEPT STORE BONIA
BONIA Pavilion Kuala Lumpur raikan kehadiran duta jenama, Joong Archen dalam pelancaran concept store penuh gaya dan seni pertukangan.
GRAMMYS 2026, FESYEN LELAKI JADI TUMPUAN
GLAM Lelaki menobatkan lapan lelaki paling bergaya di Grammys 2026. Mereka menetapkan standard baru untuk ekspresi sartorial karpet merah.











