#GL15TAHUN MAN OF ERA, AWAL ASHAARI
Menyingsing tirai usia yang ke-15 tahun, GLAM Lelaki menampilkan 15 persona bagi melengkapi spektrum energi yang sudah terbias sejak lebih sedekad lalu. Nama-nama ini terus terpintas lantang. Alfa dan Cemerlang, 15 tahun GLAM Lelaki membawakan MAN OF ERA, AWAL ASHAARI.

Jaket, kemeja & seluar cetak MOSCHINO
Pengarah Kreatif AIZAT AIDID & NISA HALID, Pengurus Projek, Pengarang Digital & Asst. Penata Gaya MUZAMMIN MUZLAN, Pengarang Gaya Hidup ZUHAIRIE SAHROM, Pengarang Fesyen & Penata Gaya JOHAN KASSIM, Pengarang Kecantikan JULIA AZMAN, Pengarah Seni & Pereka Grafik AMIRUL ARIFIN, Fotografi EDMUND LEE/ONE3FOUR STUDIO, Grooming KHIR KHALID, SAHIR SABRI menggunakan YSL Beauty, Dandanan CKAY LIOW, JUNO KO
AWAL ASHAARI, 41
Pengacara televisyen dan pelakon.
Berkecimpung dalam dunia hiburan sejak 2004 sehingga kini. Hampir dua dekad Awal bergelar pengacara dan pelakon. Senantiasa hadir dengan bakat-bakat baharu lantas bersaing dengan orang muda yang lebih vibrant; Awal kekal relevan. Bapa kepada dua cahaya mata ini tidak pernah meletakkan limit untuk mencuba sesuatu yang baru dan sentiasa menjaga dan kekal dengan momentum penjenamaan diri Awal Ashaari dari mula pembabitan sehinggalah saat ini.
Intipati maskuliniti masa kini.
Lelaki masa kini lebih universal. Tidak terlalu stereotip atau diskriminasi terhadap sesama sendiri. Dalam erti kata lain, lelaki Alpha abad ke-21 ini tidak terasa dikongkong malah bersifat lebih terbuka dan bebas.

Kemeja LOUIS VUITTON

Jaket, kot & seluar pendek BOTTEGA VENETA. Kasut VERSACE
Stigma mengenai lelaki yang perlu diubah?
Lelaki bukan bermaksud kuasa. Ini bermaksud segalanya mengenai keseimbangan dalam menaikkan semangat satu sama lain. Ingat, setiap individu termasuklah wanita mempunyai kebebasan yang diingini dan tiada batasan. Seperti contoh, jika dahulu hanya wanita yang masuk dapur dan bukannya lelaki. Tetapi cuba anda lihat kebanyakan chef sekarang hampir dikuasai lelaki! Inilah stigma yang harus diubah.
Perkara yang ingin anda kecapi..
Masih banyak! Kalau boleh saya ingin mewarisi kepada generasi akan datang. Seperti contoh Awal Ashaari punya branding tersendiri sebagai anak seni, ingin sekali saya turunkan ilmu ini kepada bakat-bakat baharu akan datang supaya mereka berani dan dapat mencapai apa yang mereka mahukan. Seperti protege agar dapat meneruskan legasi ini.

Baju panas perincian, seluar & kasut, BURBERRY
Sesuatu perkara yang ingin Awal ingin lakukan tetapi tidak kesampaian?
Jika saya boleh undur masa, saya ingin sambung belajar untuk menambahkan ilmu supaya saya boleh mengajar individu yang memerlukan bantuan. Seperti pengajar. Ini seperti back up plan untuk diri saya kerana masa di dunia hiburan ini adalah pendek, selepas ini jika saya tidak lagi relevan mungkin sudah ada rancangan berterusan. Memang saya ada niat untuk sambung belajar, tetapi dengan kekangan masa kerja dan keluarga buat saya terhenti sementara.

Beg silang, MONTBLANC. Jaket, MSGM. Baju panas, H&M.
Pandangan Awal mengenai perkembangan dunia hiburan tempatan?
Industri hiburan terlalu play safe! Sangat berjaga-jaga dan banyak kekangan kerana masyarakat agak sensitif dan perlu jaga hati banyak pihak. Sebab itu, kebanyakan filem atau musik yang over the top semuanya kena viral atau ada babak kena potong. Ini menyebabkan kita tiada kebebasan untuk berkarya sebagai anak seni. Bukan disebabkan kita tiada karya bermutu tetapi akibat terlalu banyak halangan, ini membuatkan anak seni agak takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Jika tersalah sikit, pasti dikecam. Nak dibandingkan dengan negara jiran seperti Indonesia, Thailand mahupun Korea mereka bebas untuk berkarya sehingga mengajar sesuatu ilmu baharu.
Baca lebih lanjut: #GL15TAHUN THE VERY BANKABLE REVELATION, DATUK JOVIAN MANDAGIE
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ERA BAHARU PENULISAN DARI MONTBLANC
Montblanc membuka lembaran baharu dalam dunia penulisan dengan melancarkan dua inovasi yang meraikan tradisi, ketukangan dan keindahan.
IMBAS 8 LELAKI YANG MENGHIASI COVER GLAM LELAKI 2025
Mari imbas semula 8 lelaki ikonik yang menjadi penghias cover GLAM Lelaki pada tahun 2025 dengan aura mereka yang tersendiri.
GL PICKS: 10 PILIHAN BEG LELAKI MINIMAL RINGKAS, REFINED & SENTIASA ON POINT
Senarai 10 beg lelaki minimal 2025, menampilkan jenama mewah seperti Loewe, Prada, LV dan Gucci dalam warna paling trend.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SALMAN FARISH
Memiliki gaya peribadi yang unggul menjadikan Salman Farish salah satu inspirasi fesyen terbesar untuk generasinya. GLAM Lelaki tampilkan Salman Farish untuk November 2025.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA ISMAIL IZZANI
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Ismail Izzani antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November
6 INFLUENCER PEREMPUAN YANG BERPENGARUH DI MALAYSIA KINI
GLAM Lelaki mengetengahkan enam influencer perempuan yang kini mendominasi ruang media sosial melalui pengaruh dan kapakaran dalam kandungan masing-masing.











