GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN AEDY ASHRAF
Editor & arahan kreatif: JOHAN KASSIM, Pengarah seni kanan: KHAI RAMLI, Pereka grafik: HILMAN HISHAM, Grooming: SAHIR SABRI Dandanan: CKAY LIOW Gambar: EDMUND LEE, Pelatih amali: BATRISYIA FAISAL,Teks/temubual: YUSAIRY FITRI, Outfit, TOMMY HILFIGER MUSIM BUNGA 2025

Ini bukan pertama kali Aedy Ashraf dijemput untuk menghiasi wajah kulit muka hadapan GLAM Lelaki. Namun yang istimewanya, kali ini aktor berusia 31 tahun terpilih sebagai salah seorang yang layak untuk diangkat sebagai figura masa kini. Sejak kebelakangan ini, namanya terus-menerus berada dalam senarai A-list dalam membintangi slot penting dalam kategori drama di semua stesen tv utama. Sudah puas!
Itulah biasan yang diberikan oleh anak muda yang senang dipanggil Aedy, apabila diujar pertanyaan mengenai penglibatannya. Maka dengan itu, dia telah memutuskan untuk memberi tumpuan kepada penghasilan dan pengarahan filem, melangkah tegas meninggalkan arena drama dan kini memberikan fokus kepada produksi filem yang lebih memberi impak. “Saya merancang untuk tidak terlibat dengan drama dalam lima tahun akan datang.

Jaket, baju panas, seluar chinos & sniker, TOMMY HILFIGER
Saya mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada produksi dan pengarahan filem,” kata Aedy dengan yakin. Keputusannya untuk menangguhkan kerjaya dalam dunia drama juga didorong oleh hasratnya untuk memberi impak yang lebih besar dalam bidang yang lebih luas, dengan berharap dapat membawa karya Malaysia ke peringkat global. Jika dibandingkan industri tanah air kini semakin berkembang tetapi tidak begitu ketara jika diletakkan di barisan negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura, Malaysia masih lagi perlahan maka dengan itu saya optimis untuk membawa industri perfileman kita ke tahap lebih tinggi.
Aedy tidak bersembang kosong apabila filem Kahar: Kapla High Council arahan Razaisyam Rashid terbitan bersama Astro Shaw, Pasal Productions dan Alpha 47 Films telah berjaya mengutip RM13 Juta membuktikan produksi yang terajuinya bisa membolosi minda anak muda sehingga filem ini meraih liputan meluas seluruh negara dan komen positif.
Sebagai seorang pengarah, Aedy tidak hanya terlibat dalam penghasilan filem tetapi juga dalam memilih dan mengolah idea-idea kreatif. “Kami mendapat inspirasi daripada projek SPM yang menjadi pemacu dalam banyak karya kami. Semua ini adalah hasil kerjasama pasukan yang saling mempercayai,” tambahnya. Aedy juga memuji rakan-rakan seperjuangannya dalam dunia produksi seperti Fatima yang menjadi sumber inspirasi dan guru baginya. Keluarga juga memainkan peranan dalam ‘cinta baru’ Aedy. Setiap Keputusan sama ada ia berisiko atau tidak semuanya akan dirujuk kepada ibu yang juga seorang anak seni aktres Liza Zain. Bagi Aedy, restu keluarga adalah segala-galanya.

Jaket & baju panas, TOMMY HILFIGER

Baju T & seluar chinos, TOMMY HILFIGER
Mengimbangi Kerjaya dan Kehidupan Peribadi
Menjaga keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan peribadi bukanlah perkara mudah. Walaupun disibukkan dengan kerja-kerja produksi dan pengarahan, Aedy turut memberi penekanan kepada kehidupan sosial dan jenama peribadinya. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Alpha 47 Films, Aedy memimpin syarikat dalam menghasilkan filem dan tajuk-tajuk baru. Dalam masa yang sama, dia juga harus memenuhi tuntutan acara sosial dan memperbaharui jenama peribadinya di media sosial. Walaupun ia adalah cabaran besar, Aedy mengakui bahawa ini adalah sebahagian daripada perjalanan yang harus ditempuhi oleh mereka yang berada dalam industri hiburan.
“Memang susah, tetapi saya percaya kalau kita benar-benar fokus dan disiplin, semua ini boleh diuruskan. Setiap hari 8 pagi sehingga 5 petang akan difokuskan pada kerja-kerja di pejabat dan saya akan cuba untuk memenuhi undangan ke majlis fesyen dan lain-lain. Ramai yang berjaya melakukan perkara yang sama, dan saya rasa saya juga mampu melakukannya,”
*Dapatkan GLAM Lelaki isu Mac 2025 Volume 1 untuk membaca artikel penuh
Artikel berkaitan: GLAM LELAKI MAC 2025 #MODERNMUSES MEMPERSEMBAHKAN MEERQEEN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
JAZMY JUMA, “JUJURLAH DENGAN EMOSI SENDIRI. PELAJARI MANUSIA, BUKAN SEKADAR SKRIP.”
Sebagai pelakon muda yang sedang meningkat naik, Jazmy Juma mula menempa nama sejak berlakon dalam drama Nuh & Nayla dan Hilang Dalam Rindu.
HAUS NOWHERE BANGKOK BAKAL DIBUKA DI ICON SIAM, BUTIK TAMBURINS PERTAMA DI ASIA TENGGARA
HAUS NOWHERE BANGKOK bakal membuat debut meganya di Icon Siam pada 10 Disember 2025 dengan kehadiran Felix dari Stray Kids.
5 BAKAT BAHARU YANG DIJANGKA “GOING BIG” PADA 2026
Menjelang 2026, lima bakat baharu ini dijangka mencipta impak lebih besar melalui lakonan, muzik dan personaliti mereka.
IMBAS 8 LELAKI YANG MENGHIASI COVER GLAM LELAKI 2025
Mari imbas semula 8 lelaki ikonik yang menjadi penghias cover GLAM Lelaki pada tahun 2025 dengan aura mereka yang tersendiri.
TONTON FILEM-FILEM INI DI BULAN NOVEMBER DAN DISEMBER 2025
Bulan November dan Disember 2025 bakal memenuhkan pawagam dengan filem-filem penuh genre menarik buat peminat filem.
TOMMY HILFIGER RAIKAN ‘A HILFIGER HOLIDAY’ BERSAMA BINTANG T-WAVE POND, PHUWIN, GEMINI DAN FOURTH
Kembali untuk kempen ketiga, bintang hiburan Thailand membawa pengaruh global dan semangat perayaan ke dalam kempen 'A Hilfiger Holiday'.











