Skip to content

JOE JONAS KECUNDANG SEKALI LAGI DALAM PERCINTAAN

JOE JONAS KECUNDANG SEKALI LAGI DALAM PERCINTAAN

Kongsikan artikel ini

Baru lima bulan menjalin hubungan romantis, Joe Jonas dan Stormi Bree sudah pun membawa haluan masing-masing.

Pasangan itu dilaporkan berpisah baru-baru ini kerana tidak lagi mempunyai matlamat hidup yang sama dan sibuk dengan jadual kerjaya yang padat.

“Joe sedang sibuk menyiapkan album solo terbaru. Keutamaannya kini adalah pada kerjaya dan anak-anak. Jadi dia terpaksa ketepikan cinta buat masa sekarang,” menurut satu sumber terdekat.

“Jika wanita yang tepat hadir, dia pasti akan luangkan masa untuknya. Dia tidak merasakan keperluan untuk menjalin hubungan dengan sesiapa pun. Jika ia berlaku, ia berlaku. Tetapi buat masa ini, dia sangat gembira dengan kehidupan solonya,” jelas sumber lain.

JOE JONAS KECUNDANG SEKALI LAGI DALAM PERCINTAAN

Foto: SplashNews

Cinta Hati Joe Jonas Selepas Perceraian

Penyanyi dan Stormi mencetus spekulasi percintaan Januari lalu setelah dirakam meluangkan masa bersama di Cabo San Lucas, Mexico. Mereka dirakam menaiki jet peribadi di lapangan terbang selepas Joe membuat persembahan tahun baru bersama Jonas Brothers.

Bapa kepada dua cahaya mata itu dilihat menyarung baju panas hitam bersama topi besbol merah dan sepasang cermin mata. Model itu pula menggayakan baju lengan panjang hitam bersama bersama beg galas rona kuning air.

Foto: Backgrid

Pasangan itu kemudiannya dirakam menikmati hidangan di Casa Tua, sebuah restoran Itali di Aspen, Colorado. Tidak lama kemudian, keduanya dilihat meluangkan masa bersama bermain ski.

Stormi merupakan seorang model dan bekas ratu cantik Miss Teen USA. Dia juga sudah bergelar ibu dan memiliki seorang anak perempuan, Gravity Blue Smith yang kini berusia enam tahun.

Joe dan aktres Sophie Turner sah bercerai pada September 2023 selepas empat tahun bergelar suami isteri. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Willa, 4 dan Delphine, 2.

 

Foto: Times Now

Pautan berkaitan: PERCINTAAN HARRY STYLES & TAYLOR RUSSELL PUTUS DI TENGAH JALAN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

JUSTIN BIEBER SAMBUNG TRADISI KELUARGA MENERUSI NAMA ANAK SULUNG

JUSTIN BIEBER SAMBUNG TRADISI KELUARGA MENERUSI NAMA ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut
KEBENARAN MENGENAI HUBUNGAN CHRIS MARTIN & DAKOTA JOHNSON

KEBENARAN MENGENAI HUBUNGAN CHRIS MARTIN & DAKOTA JOHNSON

Bacaan Lanjut
TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH DIKURNIA ANAK KETUJUH

TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH DIKURNIA ANAK KETUJUH

Bacaan Lanjut
HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?

HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?

Bacaan Lanjut
BURUJ CETUS ILHAM NAMA ANAK KEDUA RAJA SYAHIRAN & UYAINA ARSHAD

BURUJ CETUS ILHAM NAMA ANAK KEDUA RAJA SYAHIRAN & UYAINA ARSHAD

Bacaan Lanjut
“SAYA TERASA SANGAT TUA” - ROBERT PATTINSON KONGSI PENGALAMAN MENJADI BAPA

“SAYA TERASA SANGAT TUA” – ROBERT PATTINSON KONGSI PENGALAMAN MENJADI BAPA

Bacaan Lanjut