JUSTIN BIEBER DIKHABARKAN SUDAH BERKAHWIN?
Kecoh apabila khabarnya Justin Bieber dan tunangnya, supermodel Hailey Baldwin dilaporkan berkahwin secara rahsia pada hari khamis lalu. Apa benar dakwaan ini? Menurut sumber, gosip perkahwinan mereka menjadi bualan selepas tamatnya New York Fashion Week. Menurut laporan TMZ, mereka mendapatkan sijil perkahwinan pada hari khamis lalu di New York City secara tergesa-gesa tanpa pengetahuan ahli keluarga mahupun rakan rapat.
Namun akhirnya semua terjawab apabila Justin Bieber dalam satu posting di akaun instagram nya menulis kepsyen, ‘My wife is awesome’ dan sekaligus menamatkan spekulasi yang mereka sudah benar-benar berkahwin. Apatah lagi, Hailey Baldwin turut menukar nama akaun Instagram nya dari Hailey Baldwin ke Hailey Barber, serta dilihat seakan penjenamaan yang baru buat dirinya.
Justin dan Hailey pertama kali bertemu di belakang pentas semasa program TV Today sekitar tahun 2009, apabila mereka diperkenalkan oleh bapa Hailey, aktor Stephen Baldwin. Mereka kemudian bertemu semula dan bercinta pada November 2014, selepas Justin dan Selena berpisah. All the best to them!
Oleh Wan Mohd Firdaus, 22 November 2018
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 BINTANG HOLLYWOOD INI SEBENARNYA BERASAL DARI KANADA
Melainkan anda peminat tegar selebriti Hollwood, anda pasti terkejut apabila mendapat tahu beberapa bintang terkenal ini merupakan warga Kanada.
PENAMPILAN LELAKI DI MET GALA PALING DIINGATI
Sempena MET Gala yang akan berlangsung esok, kami memperingati penampilan selebriti lelaki di MET Gala paling diingati.
PETUNJUK KOLABORASI JUNGKOOK BTS & JUSTIN BIEBER
Sebuah video yang memaparkan aksi Jungkook BTS sedang merakam lagu di studio Los Angeles baru-baru ini mencuri perhatian ramai.
KEDANGKALAN JUSTIN BIEBER & HAILEY MENGENAI RAMADAN MENGUNDANG KECAMAN DUNIA
Justin Bieber dan Hailey Bieber terang-terangan tidak menghormati umat Islam yang sedang menjalankan ibadah berpuasa di bulan Ramadan.
PENGUMUMAN TERBARU JUSTIN BIEBER MENGUNDANG AMARAH PEMINAT
Justin Bieber mengumumkan pembatalan siri jelajah dunia Justice di Eropah selepas menangguhnya beberapa kali.
HAK RAKAMAN & PENERBITAN MUZIK JUSTIN BIEBER KINI MILIK HIPGNOSIS
Justin Bieber mengikut jejak langkah Shakira dengan menjual keseluruhan katalog muziknya pada harga RM855 juta.