KEADAAN TERKINI KAMAL ADLI SELEPAS SERANGAN MENGEJUTKAN DI SINGAPURA
Kamal Adli dan Uqasha Senrose Masih Trauma
“Mereka perlukan semangat untuk menjalani kehidupan seharian. Kamal dalam keadaan berjaga-jaga kerana kes masih dalam siasatan. Oleh kerana kami tidak tahu motif penyerang, jadi Kamal tidak berani untuk keluar bebas. Mungkin ambil tempoh ini untuk berehat.”
Dia menambah, Uqasha kini sudah kembali bekerja dan sering ditemani ke mana-mana. Menerusi perkongsian di Instagram aktres berusia 31 tahun itu dilihat sedang sibuk menjalani penggambaran di set.
Neydia memaklumkan insiden yang berlaku memberi kesan mendalam terhadap mereka sekeluarga kerana turut berada di tempat kejadian. “Ahli keluarga lain berada di sana ketika itu kecuali saya, emak dan Raysha. Kalau ikutkan saya pun patut pergi tetapi tak berkesempatan kerana ada hal. Saya dan keluarga memang trauma selepas kejadian itu. Sekarang ini jika mahu keluar ke mana-mana kami lebih berhati-hati dan tidak akan berseorangan.”

Foto: The Star
Kejadian malang yang menimpa Kamal Adli berlaku pada 12 Mac lalu sewaktu pasangan suami isteri itu menjayakan acara Hari Raya Mega Sale 2023 di Dewan Ekspo Singapura. Dia mengalami kecederaan di bahagian kepala, wajah, bawah mata serta badan dan telah selamat menjalani pembedahan. Penyerangnya yang merupakan seorang lelaki berusia 34 tahun direman selama dua minggu dan diarahkan menjalani pemeriksaan psikiatri di Institut Kesihatan Mental Singapura.
Pautan berkaitan: TRITON ‘DITELAN’ LUMPUR, APA KISAH DI SEBALIK TRAGEDI YANG MENIMPA KAMAL ADLI?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
6 PERSONALITI DENGAN KERJAYA DAN GAYA HIDUP YANG ‘CEMERLANG’
Enam personaliti dengan kerjaya hebat dan gaya hidup sihat. Mereka buktikan disiplin diri dan keseimbangan hidup tunjang kejayaan mereka.
KETAHUI 5 PERKARA MENGENAI PELAKON ‘HERO ROMANTIS’ KAMAL ADLI
Sejak awal pembabitan Kamal Adli lebih sedekad lalu, dia antara pelakon yang telah mencipta pelbagai momen dalam industri hiburan Malaysia.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: IDAN AEDAN
GLAM Lelaki bawakan pelakon muda yang bawa nama hingga keluar negara, Idan Aedan sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025.
GAYA PASANGAN TERBAIK DI FILEM FESTIVAL CANNES 2025
Gaya pasangan di Festival Filem Cannes 2025 menjadi pertanyaan ramai,terutamanya kerana tahun-tahun sebelum ini dipenuhi pasangan ikonik.
RIP CURL X JANGGUTBEAR: STREETWEAR GAYA SURF
Ketahui kolaborasi Ripcurl x Janggutbear yang menghasilkan koleksi pakaian streetwear yang berinspirasikan jiwa lautan.











