KENALI BANG CHAN, IDOL DENGAN 214 LAGU DI KOMCA
Selain dari menjadi ketua kumpulan Stray Kids, Bang Chan merupakan penulis dan pencipta untuk kebanyakkan lagu Stray Kids.
Bang Chan atau lebih mesra dikenali sebagai Chan, merupakan ketua kumpulan global Stray Kids. Dia dilahirkan pada 3 Oktober 1997 dan kini berusia 27 tahun. Chan pertama kali didedahkan secara rasmi oleh JYP Entertainment pada 11 Oktober 2017 dalam rancangan survival Stray Kids. Dia diperkenalkan dengan peranan “Producing”, “Vocal”, “Rap”, dan “Dance”, selain menjadi ketua untuk Projek Kumpulan Lelaki yang dibentuk sendiri olehnya bersama Park Jin-young.
Berdasarkan rekod Korea Music Copyright Association (KOMCA), Bang Chan kini mempunyai 214 lagu kredit dibawah namanya. Chan juga merupakan satu-satunya idol K-Pop generasi ke-4 yang mempunyai lebih dari 200 lagu dan berada di tempat ketiga KOMCA. Dengan bakatnya dalam bidang muzik, Chan juga mencipta lagu untuk kumpulan lain seperti NiziU dan JO1. Kebanyakan kolaborasi antara Stray Kids dan antarabangsa juga ditulis olehnya. Antaranya seperti rapper dari Jepun Sky-Hi, Tiger JK dan yang bakal dikeluarkan pada 13 Disember 2024, Tablo.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 KUMPULAN K-POP SELF-PRODUCED YANG MENJADI BUKTI BAKAT MEREKA
Selain daripada sekadar bernyanyi dan menari, 8 kumpulan K-Pop ini membuktikan bakat mereka sebagai kumpulan self-produced.
STRAY KIDS TERUSKAN KEJAYAAN GLOBAL DENGAN MINI ALBUM THIS & THAT
Selepas 9 bulan, Stray Kids, kumpulan terhangat generasi keempat ini akhirnya kembali dengan mini album terbaharu, THIS & THAT.
FENOMENA CHROME HEARTS DALAM DUNIA K-POP
Sejak dahulu lagi, jenama Chrome Hearts sudah menjadi kesukaan kebanyakkan idola K-Pop sebagai item fesyen yang sering digayakan.
EYE MAKEUP PADA LELAKI, TREND YANG WAJAR DIIKUTI? APA PENDAPAT ANDA?
Trend eye makeup dalam kalangan selebriti lelaki antarabangsa semakin mendapat perhatian selepas beberapa penampilan ikonik di acara fesyen antarabangsa.
19 BINTANG K-POP TERSENARAI DALAM TOP 100 MOST HANDSOME FACES OF 2025
Tahun ini, senarai TOP 100 Most Handsome Faces 2025 menjadi perhatian global, terutama dalam komuniti peminat K-pop.
GL25: 25 MOMEN ISTIMEWA BERSAMA GLAM LELAKI SEPANJANG TAHUN 2025
GLAM Lelaki imbas semula momen istimewa bersama selebriti, GL Team serta jenama-jenama sepanjang tahun 2025 di GL25.











