KENALI SIAPAKAH KUMPULAN DUKES — WAJAH BAHARU INDIE ROCK MALAYSIA
Di tengah kebangkitan muzik alternatif tanah air, muncul satu nama yang semakin menjadi sebutan, DUKES. Dianggotai oleh lima anak muda berusia 22 tahun, iaitu Ziyyad (vokalis), Rayyan (gitaris), Jimbo (gitaris), Umar(bassist) dan Cheng (pemain dram), DUKES membawa gelombang baharu dalam dunia indie rock Malaysia. Gaya mereka memadukan sentuhan British Pop Rock dengan kejujuran dan semangat anak muda tempatan, menghasilkan bunyi yang segar, bertenaga, dan autentik.
PERMULAAN DAN ARAH MUZIK
DUKES mula mendapat perhatian melalui lagu Girls dan Laila, dua karya awal yang menampilkan identiti muzik mereka. Romantik, jujur dan sedikit nakal. Kini, di bawah naungan Alternate Records, kumpulan ini meneruskan momentum mereka dengan dua single terbaru: Fell in Love With a Girl in Bristol dan Into the Sky.

DUKES, SUARA GENERASI BAHARU
Mengambil inspirasi daripada British Rock 90-an dan disesuaikan dengan identiti lokal, DUKES membuktikan bahawa muzik Malaysia masih punya jiwa segar dan daya saing global. Persembahan mereka penuh tenaga. Visual yang bergaya dan penghayatan dalam setiap bait lirik menjadikan DUKES antara kumpulan paling dinantikan dalam arena indie tempatan. Dengan dua single terbaharu mereka, DUKES bukan sekadar mencipta lagu, malah mereka mencipta ruang baharu untuk muzik Malaysia agar terus berkembang.
ANTARA CINTA DAN KEBEBASAN
Fell in Love With a Girl in Bristol, dilancarkan pada 20 September 2024, menampilkan sisi lembut dan sentimental DUKES. Lagu ini diinspirasikan oleh kisah cinta yang sebenar, tentang rasa jatuh cinta, kehilangan, dan kenangan yang sukar dilupakan. Ditulis dan dirakam dalam masa kurang lapan jam, ia menunjukkan keaslian dan keserasian semula jadi antara ahli kumpulan ini.

Sementara itu, Into the Sky pula membawa sisi yang lebih eksperimental. Ditulis bersama oleh Ziyyad dan Jimbo, lagu ini membicarakan tentang kebebasan dan penemuan diri. Melodinya yang progresif dan lirik yang reflektif menjadikan DUKES lebih daripada sekadar band. Mereka adalah suara generasi baharu yang sedang mencari arah dan makna hidup.
Artikel Berkaitan: GENERASI: PERFECT 10 — DUA GENERASI, SATU SEMANGAT: ARABELLA ELLEN DAN FARAH ANN
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TOP 10 FILEM DI NETFLIX PATUT TONTON BULAN INI
Barisan filem Netflix yang berada di dalam senarai top 10 bulan ini memberi pelbagai genre yang mampu memenuhi malam minggu anda.
MENCARI SUT BAHARU? PERGI KE BOSS, SACOOR BROTHERS, MASSIMO DUTTI DAN BANYAK LAGI
Sut adalah refleksi keyakinan dan kematangan gaya lelaki. Terokai jenama sut antarabangsa yang menjadi rujukan utama dunia fesyen lelaki moden
5 DUTA JAM TANGAN TERKINI DARI KOREA SELATAN
Korea Selatan turut menguasai dunia jam tangan sebagai duta jenama dan menjadi bukti impak mereka kepada dunia.
LEVI’S® RAIKAN TAHUN KUDA DENGAN KOLEKSI LUNAR NEW YEAR
Sempena sambutan Lunar New Year, Levi’s® mempersembahkan koleksi khas Year of the Horse yang meraikan semangat kebebasan.
TOMMY HILFIGER RAIKAN TAHUN KUDA 2026 BERSAMA JISOO
Tahun ini, Tommy Hilfiger raikan Tahun Kuda bersama duta jenama, Jisoo dalam koleksi Lunar New Year yang penuh tenaga dan elegan.
QAL-G, “LAGU ‘SEPI’ MENANDAKAN LANGKAH RASMI PERTAMA SAYA DALAM INDUSTRI MUZIK.”
"Sejujurnya, saya tidak pernah menjangka akan melangkah sejauh ini, jadi ia merupakan satu kejutan besar dan rezeki," Qal-G.











