Skip to content

Tengku Hassanal

KENALI TENGKU HASSANAL PERWARIS TAKHTA PAHANG BERJIWA RAKYAT

Kongsikan artikel ini

Jika bercakap soal takhta pewaris negeri Pahang sudah pastinya nama Tengku Hassanal, putera tampan terlintas di pemikiran rakyat Malaysia. 

Nama Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah semakin menjadi sebutan di kalangan rakyat Malaysia setelah ayahandanya, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam pada 24 Januari 2019 yang lalu. Raut wajahnya yang tenang dan senyum yang tidak lekang dari bibir, mencuri perhatian ramai terutama apabila beliau diumumkan sebagai Waris Ganti untuk negeri Pahang.

FAKTA MENARIK PUTERA PAHANG YANG MENCURI HATI RAKYAT MALAYSIA

PELANTIKAN TENGKU MAHKOTA PAHANG

Tengku Hassanal

Foto: this.7 (Instagram) & DigitalBone TV (Youtube)

Pada 29 Januari, Tengku Hassanal telah dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang dalam satu isitadat rasmi di Balairung Seri Istana Pahang. Perlantikan ini mengikuti prinsip patrilineal Malaysia, di mana pewarisan takhta ditentukan melalui garis keturunan lelaki. Video mengenai pelantikan ini boleh ditonton di Youtube melalui saluran DigitalBone.Tv.

MENYUSURI JEJAK AYAHANDA DAN NENDA

Putera Pahang

Foto: this.7 (Instagram)

Tengku Hassanal menerima pendidikan yang hampir sama seperti ayahandanya, Al-Sultan Abdullah, yang juga pernah menuntut di Akademi Tentera Diraja Sandhurst. Pendidikan dan asuhan yang diterima dari Sultan Abdullah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, telah membentuk keperibadian Tengku Hassanal menjadi seorang putera raja yang rendah diri dan sederhana.

TENGKU MAHKOTA PAHANG AKTIF!

Tengku Hassanal

Foto: this.7 (Instagram)

Selain itu, baginda  sangat aktif dalam bidang sukan, menunjukkan minat yang mendalam dalam pelbagai jenis sukan. Pada 25 Jun 2016, baginda menyertai perlawanan amal The Jerudong Park Polo Trophy di Cirencester Park Polo, England, bersama HRH Prince William dan HRH Prince Harry. Turut hadir menyaksikan perlawanan itu adalah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah. Selain polo, Tengku Hassanal juga meminati sukan lain seperti ragbi, bola sepak, golf, menembak, dan sukan rakyat.

GELAGAT PUTERA YANG MENCUIT HATI

@this7.fans

[ISTIADAT BERINAI] #fyp #royalpahang #tengkuhassanal #tengkumahkotapahang #tengkumuhammad #tengkuarifbendahara

♬ original sound – Thissk.8 – Thissk.8

Sebuah video di TikTok, this7.fans yang memaparkan Tengku Muhammad dan Tengku Hassanal mengusik ibu saudara mereka, Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah. Gelagat ini berjaya menarik perhatian netizen dengan momen spontan.

Pautan Berkaitan: KENALI BAKAL SUAMI YAM TENGKU PUTERI AFZAN AMINAH HAFIDZATULLAH

 

By Siti Maliyanah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KENALI TENGKU AMIR NASSER IBRAHIM, PUTERA ANGKAT YDP AGONG DAN RAJA PEMAISURI AGONG

Bacaan Lanjut

KENALI TENGKU MUHAMMAD, PUTERA DIRAJA PAHANG YANG MENCURI PERHATIAN RAKYAT SEMASA KEMBARA BORNEO

Bacaan Lanjut

KENALI TENGKU HASSANAL IBRAHIM, TENGKU MAHKOTA PAHANG YANG SEGAK & BERPENDIDIKAN

Bacaan Lanjut